06/01/2026
Assalamualaikum & salam sejahtera kepada semua pelanggan yang dihargai
Dengan rasa berat hati, kami ingin memaklumkan bahawa kedai kami ditutup sepenuhnya atas faktor kesihatan dan rawatan perubatan yang perlu diberi keutamaan.
Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas sokongan, doa dan kepercayaan semua pelanggan sepanjang kami beroperasi. Setiap sokongan anda amat kami hargai dan tidak akan dilupakan.
Sekiranya kami diberi kesempatan untuk beroperasi semula di lokasi lain pada masa akan datang, insya-Allah makluman akan dibuat melalui page ini.
Mohon doa yang baik-baik.
Terima kasih atas segala sokongan anda semua kepada kami❤️