08/09/2024
Risau Tentang Rezeki?
1. Jangan risau apa-apa tentang rezeki Allah. Paling ditakuti adalah andainya kita ditinggalkan oleh Allah Yang Empunya rezeki. Andai sudah mempunyai Allah di dalam diri, kita sesekali tidak bimbang dengan urusan rezeki dan kehidupan ini.
2. Walaupun pelbagai tanggungjawab ada bersama dalam kehidupan seharian.
Nak bayar rumah
Nak belanja dapur
Nak bayar kereta
Nak bayar pendidikan dan keperluan sekolah anak-anak
Nak bayar loan
Nak bayar credit card
Nak bayar tol, parking dan petrol
Nak bagi duit pada ibu ayah
Nak bayar belanja harian
Nak bayar air, elektrik dan wifi
Nak bayar macam-macam keperluan lagi
Allah Maha Mengetahui keperluan hidup kita. Pasti ada rezekinya.
3. Bagaimana nak hilangkan kerisauan tentang rezeki ini? Rahsia tidak risau apa-apa tentang rezeki. Sebenarnya sesiapa yang risau tentang rezeki, kewangan, makan minum dan kehidupan, bermakna kita sedang bersangka buruk kepada Allah. Kita sedang menghantar mesej kepada seluruh akal, organ, tisu-tisu, sel-sel dan anggota tubuh badan badan kita bahawa kita tidak yakin kepada Allah yang telah menjamin rezeki bagi setiap hambaNya yang masih bernafas di bumi ini.
4. Kata Maryam Al-Basriyyah..
“Sejak aku membaca Surah Az -Dzariyyat ayat 22, tidak pernah lagi aku risau akan urusan rezekiku.”
Apa kata Allah?
“Dan di langit terdapat sebab-sebab rezekimu dan apa yang telah ditakdirkan kepadamu.”
5. Apa maksudnya? Rezeki kita ada di mana? Dah ada cukup di langit sana dan ia akan turun kepada kita. Allah akan turunkan rezeki itu kepads kita mengikut kehendak Allah. Bila masanya, bagaimana caranya, seberapa banyak ia akan didatangkan, dalam bentuk apa saja, semuanya telah Allah aturkan dengan sempurna. Allah menjamin rezeki kita. Ayat tersebut jika kita benar-benar faham, rasa nikmat sangat hidup ini. Hilang rasa serabut kepala, lenyap segala kerisauan, padam segala resah berkaitan dengan rezeki.
6. Dibuang kerja, bisnes merudum, company tutup, sales tak masuk dan macam-macam kerisauan tentang rezeki. Ingat, semua makhluk yang hidup telah dicatatkan rezekinya. Semua manusia dikurniakan rezeki. Tetapi rezeki manusia tidak pernah akan sama. Jangan jeolous dengan rezeki orang lain. Ada rezeki yang kita dapat, tetapi orang lain tak dapat. Ada p**a rezeki orang lain dapat, tetapi kita tak dapat.
7. Percayalah, yakinlah bahawa urusan rezeki ini hati kita tidak perlu berkeluh kesah. Jangan syak dan merasa ragu tentang urusan rezeki. Kerja kita hanyalah berusaha, maka Allah akan mengurniakan kepada kita atas apa yang kita usahakan. Jangan buat kerja Tuhan. Ramai orang yang dia stress, risau, bimbang, berkeluh kesah sampai anxiety kerana dia mahu buat kerja Allah dalam urusan rezeki. Tugas kita hanya melakukan usaha dan tindakan. Terus bekerja dan berjuang dengan platform kita tidak kira bekerja atau berniaga.
9. Nabi Muhamamd SAW bersabda..
“ Jika kita bertawakkal seperti burung yang keluar pagi dengan perut kosong, balik dengan perut yang kenyang.”
Bertawakkallah kepada Allah, jangan risau dan takut dalam urusan rezeki. Jadilah seorang entreprenuer yang berani dan mempunyai keyakinan yang sangat tinggi kepada Allah SWT.
10. Saya selalu merasa senang dan tenang dalam urusan rezeki kerana saya tahu rezeki saya sudah ditentukan Allah dan tidak akan sesekali diambil oleh orang lain. Ini konsep asas sebagai orang muslim yang beriman. Jangan sesekali berfikir orang lain ambil project saya, orang lain ambil prospek saya, orang lain ambil bisnes saya dan orang lain ambil rezeki bahagian saya. Tidak mungkin. Telah dicatat di loh mahfuz bahawa rezeki kita pasti akan sampai ke tangan kita.
Sabda Rasulullah SAW
“Tidak akan wafat seseorang sehingga semua rezekinya telah disempurnakan oleh Allah SWT.”
11. Surah At Thalaq ini sangat memberi motivasi kepada kita berkaitan dengan rezeki. Apa kata Allah?
“Dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya.”
At-Talaq ayat 3
12. Ayat ini juga memberi motivasi yang cukup kuat untuk kita tentang rezeki. Lenyap segala kerisauan berkaitan dengannya.
Saya selalu meneliti Surah Al Baqarah ayat 274, Allah menyebutkan..
“Orang yang menafkahkan hartanya pada malam dan siang secara bersembunyi dan terang-terangan, maka mereka mendapat pahala di sisi Tuhannya. Tidak ada kekhuawatiran dan kebimbangan mereka dan tidak p**a mereka bersedih hati.”
13. Ya mereka yang s**a bersedekah dan memberi, Allah cabutkan rasa takut, rasa bimbang, rasa risau, keresahan jiwanya berkaitan dengan rezeki. Yang ada adalah ketenangan dan keyakinan kepada Allah Yang Maha Memiliki rezeki dan Yang Maha Memberi rezeki. Fokuslah kepada setiap usaha dan langkah kita bekerja atau berniaga dalam mencari rezeki.
14. Semoga kita terus sabar dan kuat bergantung kepada Allah. Terus berusaha dan tidak putus asa dengan janji Allah dalam usaha mencari. Terus bekerja dan berniaga dalam mencari rezeki yang halal, bersih lagi diberkati. Tunaikan semua perintah Allah. Jujur, berdisiplin dan beretika dalam menjaga setiap amanah kita. Insyaallah semuanya akan menjadi jalan Allah mempermudahkan limpahan rezeki untuk kita. Amin
16. Nasi berlauk ayam gulai, telur masin dan sayur bendi goreng, ketika bersarapan semalam. Rezeki, ada anak didik belanja. Saya tidak membayar satu sen pun. Terima kasih Siti Suria kerana belanja saya dan memberi hadiah jubah yang sangat cantik untuk saya. Itulah rezeki, diturunkan pada saat yang tepat dengan cara yang tidak kita ketahui sama sekali. Alhamdulillah.
❤️Ditulis oleh Faridah Mohd Ali. Hak cipta terpelihara.❤️