ASAM PEDAS MAK NGAH

ASAM PEDAS MAK NGAH Asam pedas Mak Ngah untuk Najib
ALOR GAJAH: “Tak sabar nak jumpa Perdana Menteri dan hidangkan asam pedas air tangan Mak Ngah,” kata peniaga makanan...

17/05/2014

Asam pedas Mak Ngah untuk Najib
ALOR GAJAH: “Tak sabar nak jumpa Perdana Menteri dan hidangkan asam pedas air tangan Mak Ngah,” kata peniaga makanan, Asmah Saadon, 46, di kantin Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Kuala Linggi, di sini.

Dia begitu teruja menerima kunjungan Datuk Seri Najib Razak yang dijangka merasmikan pusat berkenaan hari ini.
Menurutnya yang mesra dipanggil Mak Ngah, kunjungan pemimpin nombor satu negara sempena lawatan sehari ke Melaka itu begitu bermakna kepadanya yang sudah berniaga tujuh tahun lalu di pusat itu yang sebelum ini dikenali sebagai Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).

“Alhamdulillah akhirnya tercapai juga impian Mak Ngah bertemu beliau (Najib).

“Mak Ngah mahu hidangkan menu istimewa iaitu asam pedas resipi turun-temurun ibu,” katanya.

Kedai Asmah dikenali ramai dengan nama Asam Pedas Mak Ngah sentiasa menerima kunjungan orang ramai termasuk penduduk setempat bagi menikmati masakan itu menggunakan ikan segar seperti merah, tenggiri, pari, serkot, sembilang, parang dan kembung.

Dia yang sudah mahir memasak sejak berusia 13 tahun bersyukur kerana transformasi RTC dilakukan kerajaan negeri di kawasan itu menambah rezekinya.

Address

PUSAT TRANSFORMASI LUAR BANDAR, KUALA LINGGI
Kampung Kuala Linggi

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when ASAM PEDAS MAK NGAH posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share