10/12/2018
MACAM MANA NAK MASAK MEE GORENG RIZQY YANG PADU ?!
Bahan-bahan
1 packet mee kuning
1 biji bawang merah besar – dihiris halus
3 ulas bawang putih – dihiris halus
Cili padi ikut korang nak buh berapa genggam.
Minyak masak
Bahan sos (disatukan)
4 sudu besar sos tiram
4 sudu besar kicap lemak manis – pakai Mahsuri jer.. Murah pun murah. Sedap gak!
2 sudu besar sos cili
1 cawan air panas – nakkan mee basah lencun sila tambah kan lagi air
Rencah-rencah
2 biji telur
udang, sotong, isi ayam – dibersihkan dan diperap bersama sos tiram dalam 20minit (tak perap pun tak apa)
fish cake dan fish ball
sayur sawi – dipotong anggaran 4 cm
Carrot
Bahan hiasan (tak mo hias pun tak kisah)
Bawang goreng
Cara-cara
1- Panaskan kuali dan minyak. Goreng telur hingga masak sambil dipotong telur tersebut dalam kuali kepada ketulan-ketulan kecil. (ala-ala scramble egg tapi kering gitu). Ketepikan..
2- Panaskan minyak untuk menumis. Tumis bawang besar merah dan bawang putih hingga warna keemasan.
3- Setelah itu, masukkan segala sos dan air. Masak hingga mendidih. Pastu masukkan bahan rencah. Masak atas api besar seketika.
4- Masukkan mee kuning. Kacau rata kesemuanya. Masukkan telur yang diketepikan tadi bersama garam secukup rasa.