18/03/2026
Throwback yang penuh makna.
Inilah insan yang memulakan perjalanan Lemang Panas RTS Dengkil.
Dari tangan beliau, bermulanya bakaran pertama. Dari usaha beliau, kami belajar tentang sabar, kualiti dan keikhlasan berniaga.
Beliau, Rahmat bin Jamaluddin, telah kembali ke rahmatullah pada tahun 2019.
Namun, cara, rasa dan semangat yang ditinggalkan masih kami teruskan hingga hari ini.
Setiap batang lemang yang dibakar bukan sekadar untuk dijual, tetapi untuk meneruskan legasi yang telah beliau mulakan.
Doakan agar kami mampu menjaga amanah ini sebaiknya.
Al-Fatihah buat arwah π€
β Lemang Panas RTS Dengkil