Warung Pok Choh

Warung Pok Choh Sarapan sedap Terengganu
N. Dagang, N.Minyak, N.Lemak, Roti Titab/ canai & kuih muih boleh didapati Self serving
(269)

25/05/2026

Salam Aidil Adha 2026..
Ramai hok tanya Raya nanti buka ke katup… dengor deh, staff ambe kabo..

Terima kasih YB Dato' Dr. Alias Razak singgoh ngopi. Berselera sungguh!
18/05/2026

Terima kasih YB Dato' Dr. Alias Razak singgoh ngopi. Berselera sungguh!

24/12/2025

Esok 25 Dec
Mula berniaga seperti biasa.
Korang dtg yer!!

Abam beskal ni pernah singgah sini dulu, ingat tak? Bukan tak ingat, cuma tak cam. Tengok tu p**i dia semangat.. nanti k...
17/12/2025

Abam beskal ni pernah singgah sini dulu, ingat tak? Bukan tak ingat, cuma tak cam. Tengok tu p**i dia semangat.. nanti korang yg ada area kajang, nilai, bangi, putrajaya, jangan lupa singgah tau..

‎Kalau korang nak tahu, aku ada buka satu kedai kopi. Namanya KAYTE Coffee. Apa yang special dengan kedai kopi aku ni kalau nak dibandingkan dengan kedai kopi dan cafe-cafe lain? NOTHING SPECIAL! BORING! Takde apa sangat. Kedai Kopi BIASA-BIASA je.
‎.
‎Orang kata, nak survive dalam dunia business ni kena ada sesuatu special, keunikan, baru lah dapat menarik minat orang nak datang lebih kerap. Kedai aku? Hmmmm... Tak payah lah cari apa specialnya.
‎.
‎Kedai aku ni (sebenarnya kiosk kecik je), aku buka di Kajang. Di sekitar Kajang dan Bangi ni dah bersepah-sepah kedai kopi dan cafe yang masing-masing ada keunikan tersendiri. Banyak sangat.
‎.
‎Bab lokasi dan konsep : banyak sangat cafe yang best, selesa, cantik-cantik untuk lepak dan estetik di Kajang dan Bangi. Kalau pergi tu, boleh belanja kat follower di soc med gambar mengopi kat tempat estetik.
‎.
‎Kedai aku? Lokasi tersorok. Google Map KAYTE Coffee. Terletak dalam bangunan Arked Mara Kajang yang aku selalu dengar orang cakap "tempat sendu". Suasana dan vibe pun nampak suram. Ada yang masuk bangunan Arked Mara ni cuma nak guna tandas dan surau je. Memang tenggelam la kedai aku kalau nak bersaing dengan cafe-cafe gah yang lain.
‎.
‎Tapi bagus juga tak ramai. Tak perlu beratur nak beli kopi, waiting time pun tak lama. Nak grab & go pun senang. Aku nak duduk bersembang-sembang dengan customer pun takde hal.
‎.
‎Sebenarnya ada juga yang s**a datang dan lepak walaupun tempat sendu sebab sunyi dan tak ramai orang. Ada sorang brader ni, dah beberapa kali datang untuk lepak baca buku je.
‎.
‎Bab menu pulak, menu aku biasa-biasa je. Tak ada minuman 'signature'. Tak ada menu-menu yang fancy. Menu pun ada 8 coffee, dan 7 non-coffee je buat masa ni. Customer takde pilihan sangat.
‎.
‎Kalau orang datang pun tanya apa yang special kat sini, aku jawab "Tak ada yang sepecial kat sini. Biasanya ramai yang order Spanish Latte."
‎.
‎Kenapa ramai order Spanish Latte? Satu sebab popular kat Zus. Kedua, sebab aku selalu order Spanish Latte kalau pergi Zus atau kedai kopi mana-mana. Oleh kerana aku s**a Spanish Latte, jadi aku bancuh terpaling sedap ikut selera tekak aku sendiri dan aku yakin untuk jual Spanish Latte sebab tu yang terpaling sedap dalam menu aku.
‎.
‎Alhamdulillah, aku dah start ramai regular customer yang minum Spanish Latte hampir setiap hari. Ramai juga yang datang dan order Spanish Latte dengan hanya berkata "macam biasa". Muka-muka yang aku dah boleh cam dan dah melekat dengan Spanish Latte aku.
‎.
‎Ada sorang brader ni setiap hari dia tunjuk jari 1 cucuk langit je dari jauh, aku dah tahu dia nak Spanish Latte 1. Walaupun sebelum ni dia kata 'tak pandai sangat' minum kopi mesin ni, dia dah jadi ketagih pulak. Huhu.
‎.
‎Mungkin juga kesedapan tu dari biji kopi yang aku pakai ni berkualiti tinggi kategori Specialty Coffee. 100% Single Origin Arabica Gayo. Q-grader approved. Bean mahal, tapi kopi yang aku jual tak mahal pun. Spanish Latte baru RM10. Cafe Latte biasa baru RM9.
‎.
‎Tu pun haritu ada sorang brader ni tengok menu aku, cakap depan muka aku "mahal juga harga air kat sini".
‎.
‎Haishhhh. . . Malas je aku nak cerita bahan-bahan aku pakai semua mahal. Biji kopi aku harga pasaran RM150 sekilogram ya. Sirap-sirap aku pakai pun jenama Monin. Tapi aku faham je, mungkin dia tak pernah minum kopi jenis-jenis ni, jadi dia tak tahu. Aku pun malas nak explain panjang-panjang.
‎.
‎Kalau kedai lain, mungkin dah jual secawan RM12-RM15, panas 8oz, sejuk 12/14oz. Aku jual harga biasa-biasa je walaupun biji kopi premium dan saiz cawan panas 12oz, sejuk 16oz. Cup besar. Aku cuma nak orang ramai boleh menikmati kopi yang berkualiti dengan harga yang munasabah. Kang aku jual mahal, orang kata nak pergi haji balik hari pulak.
‎.
‎Lagipun overhead aku tak la tinggi pun. Kiosk kecik ni je, sewa tak mahal, pekerja pun tak ada lagi. Aku sorang je la tukang bancuh a.k.a barista (ye ke?). Jadi, boleh la jual dengan harga biasa-biasa lagi.
‎.
‎Makanan? Kedai aku bukan setakat tak ada makanan yang special, tapi tak ada makanan langsung. Aku jual minuman je. Kalau orang tanya makanan, aku cakap je "kedai sebelah ada jual makanan. Ringan-ringan pun ada. Sedap-sedap juga makanan dia." At least boleh lah berkongsi rezeki, aku jual minuman, dia jual makanan.
‎.
‎Bab mesin kopi, ada orang cakap kat aku, ada ramai juga jenis orang yang pergi cafe akan tengok mesin apa yang kedai tu pakai. Meroket, La Marjoko, La Salmonela, San Rimau and so on mesin yang harga puluh-puluh ribu tu. Mesin mahal baru lah nampak garang, kopi pun auto padu rasanya kalau mesin mahal.
‎.
‎Kedai aku? Biasa-biasa je. Mesin Gemilai G3006 yang murah punya, home use punya. Tapi takpelah. Walaupun mesin murah, aku dapat buat Spanish Latte yang sedap kena dengan selera tekak aku pun kira okay lah tu walaupun ada masa nak bagi taste note tu sampai, kena calibrate sampai habis suku beg kopi.
Banyak lagi lah kurangnya kedai aku kalau nak cakap dari pelbagai aspek. Kedai aku ni biasa-biasa je, tak mampu nak saingi kedai-kedai kopi di Kajang dan Bangi ni.
‎.
‎Jadi, apa yang specialnya kat kedai aku ni? Satu je yang special bagi aku. Customer-customer yang datang semuanya aku anggap luar biasa dan special. Sebab kedai aku tak busy, sempat la juga aku bersembang dengan customer-customer aku. Soalan paling lazim aku tanya, "kerja kat mana bang?".
‎.
‎Bukan aku nak menyibuk dia tu kerja besar ke, gaji besar ke. Tapi dari situ aku dapat kenal customer aku dan secara tak langsung aku dapat banyak ilmu baru. Customer yang datang dari pelbagai latar belakang, macam-macam pekerjaan, dan berbeza-beza kemahiran tak kira pangkat besar atau kerja biasa-biasa.
‎.
‎Paling seronok bila dapat ilmu yang aku tak pernah tahu. Bertambah lah juga pengetahuan am aku atau ada kemahiran yang aku boleh belajar dari diorang walaupun dari seorang student yang belum terdedah dengan dunia pekerjaan.
‎.
‎Perasaan tu sama macam aku travel dulu, jumpa bermacam-macam orang di jalanan dan banyak benda baru yang aku dapat belajar sewaktu travel.
‎.
‎Cumanya, kali ni aku tak travel, dan hanya duduk di kiosk kecik yang biasa-biasa ni sambil menyeduh kopi dan bertemu orang-orang yang luar biasa.
‎.
‎Jadi, terima kasih banyak-banyak kepada korang yang dah datang ke kedai kopi biasa-biasa aku ni untuk menikmati kopi yang biasa-biasa je sambil berkongsi cerita dan ilmu luar biasa korang semua.
‎.
‎Kalau korang datang dan mencari apa yang luar biasa di kedai aku, nak bandingkan kopi aku dengan kedai lain, bandingkan suasana kedai aku dengan kedai lain, maaf, please lower your expectations. Kedai aku biasa-biasa je tak setanding dengan kedai-kedai lain.
‎.
‎Tapi diharapkan, sokongan luar biasa dari korang semua tu akan menjadikan kedai aku ni pun luar biasa juga satu hari nanti. Amiin.. .
‎.
‎Amir Arsad
‎- PKBB (Pembancuh Kopi Biasa-biasa) wilayah Kajang.

Address

7379-A Jalan Lapangan Terbang
Kampong Telaga Batin
21300

Opening Hours

Monday 07:30 - 12:30
Thursday 07:30 - 12:30
Friday 07:30 - 12:30
Saturday 07:30 - 12:30
Sunday 07:30 - 12:30

Telephone

+601158635963

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Warung Pok Choh posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share