28/02/2023
Dengan nama Tuhan yang maha pengasih lagi maha penyayang.
28/2/2023 adalah hari terakhir Ruang berdiri setelah setahun lebih beroperasi.
Permulaan tahun 2023 yang agak dukacita bagi kami di Ruang.
Selepas beberapa hari meraikan ulang tahun 'anak pertama' ini, kami mendapat notis untuk mengosongkan premis daripada pihak berkenaan selewat-lewatnya hujung bulan februari(hari ini).
Setelah lebih sebulan juga turun naik pejabat pihak majlis, membuat panggilan sini sana, bertanya kepada semua kenalan semata untuk mencari ruang atau tapak ganti yang baru, kami masih tidak menemukan tempat yang bersesuaian.
Setahun lebih bertahan, mempertaruhkan semuanya untuk menghidupkan RUANG yang meraikan kepelbagaian dan boleh diterima ramai disebuah pekan kecil adalah suatu hal yang rumit, penuh kenangan pahitmanis dan air mata. Namun ianya satu pengalaman yang amat mahal diusia ini.
Sedih, ya tetapi ini bukanlah penamat. RUANG tidak akan terkubur selagi mana minat dan cinta kami berdua terhadap kopi dan pastri masih ada. Dengan izin Tuhan, harapnya kami akan bisa kembali meyeduh secepat yang mungkin.
Kepada semua yang sudi memenuhi RUANG selama ini, melihat anda kembali berkali-kali dan menceritakan tentang hal-hal yang terjadi adalah definisi bahagia kami.
Sampai bertemu lagi di RUANG yang meraikan semua peminum kopi, dengan atau tanpa gula yang seterusnya.
.
Hanis