03/07/2023
Assalamualaikum,
Dengan dukacita yang mendalam, kami ingin mengumumkan bahawa Warung D'Beting kini telah berpindah tangan kepada pemilik baru.
Kami ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga atas sokongan yang diberikan sejak pembukaan kedai kami.
Warung D'Beting terpaksa menutup tirai disebabkan masalah kesihatan yang dialami oleh tukang masak (pemilik kedai).
Di kesempatan ini, kami ingin menyampaikan penghargaan yang setinggi-tingginya kepada semua yang telah memberikan sokongan kepada kami.
Terima kasih sekali lagi atas sokongan yang telah diberikan.