Rambo’s Fried Chicken

Rambo’s Fried Chicken Ramboss Fried Chicken was selling fried chicken original recipe. Since 2024
(1)

“MIN, TALAPIA TU BESAR KE?” 😁🐟Ada yang DM, ada yang tanya dekat komen… min nak bagi gambaran saiz dia pun tak reti 😅Tapi...
30/09/2026

“MIN, TALAPIA TU BESAR KE?” 😁🐟

Ada yang DM, ada yang tanya dekat komen… min nak bagi gambaran saiz dia pun tak reti 😅

Tapi bagi min, memang besar! Nak bungkus kena letak ikan dalam bekas lain. Bekas tu pun penuh, sampai ekor terkeluar 😅😅

Set A Talapia Gepuk ni RM17.00 sahaja 🥰 Ikan tu boleh kongsi makan dua orang… tapi tak syok la kongsi kan? Tengah sedap makan, masing-masing nak bahagian sendiri 🤭 Kita mesti mau sorang punyaaa! 😂😂

Hari ni Rabu, 30/9, Ramboss buka macam biasa dari 11 pagi hingga 6 petang buat sementara waktu ni 😊😊

Kepada yang tengah fikir nak makan kat mana tengah hari ni, jom singgah Ramboss. Ada Nasi Ayam, Ayam Gepuk dan Talapia Gepuk untuk korang pilih 🤤

Kat luar tu panas… mai Ramboss. Aircond sejuk, nasi pon ada,. Tinggal korang je belum sampai 😁😁

📍 Bersebelahan Galeri Hidayah, Bandar Inderapura, Jerantut
🕚 11 pagi – 6 petang

Hari ni Selasa, 29/9, setakat jam 4 petang Set Talapia Gepuk Ramboss jadi menu paling laris! 😁🐟 Hari ni ramai p**a yang ...
29/09/2026

Hari ni Selasa, 29/9, setakat jam 4 petang Set Talapia Gepuk Ramboss jadi menu paling laris! 😁🐟 Hari ni ramai p**a yang pilih talapia berbanding nasi ayam 😊😊

Ada yang puji, ada juga yang kongsi pendapat dan cadangan. Terima kasih sebab tak pernah jemu tegur dan bagi idea. Rasa macam pelanggan sendiri pun turut ambil berat tentang Ramboss 🥹🥹

Disebabkan ramai oder stok talapia untuk hari ni HABISS!!🙏🙏

Terima kasih juga kepada semua yang datang makan dan bungkus hari ni. Seronok dengar suara dan gelagat korang yang memeriahkan restoran kami 😊 Kalau ada apa-apa kekurangan, kami mohon maaf ya 🙏🙏

Kami nak korang makan dengan selesa juga—tempat yang bersih, sejuk dengan aircond, makanan yang memuaskan, dan harga yang berpatutan. Terima kasih warga Jerantut dan sekitarnya yang terus sokong Ramboss 🥰

Belum datang? Masih sempat lagi sebelum jam 6 petang ni! 😁

Ni senarai harga untuk Set Talapia, tuan/puan boleh nengok nengok dulu..nanti ada masa free terus serbu😁😁..

🐟 Set A Talapia Gepuk Ramboss — RM17.00
🐟 Set B Talapia Gepuk Ramboss — RM19.00
🐟 Set Ultimate Talapia Gepuk — RM21.00

📍 Bersebelahan Galeri Hidayah, Bandar Inderapura, Jerantut
🕚 Buka 11 pagi – 6 petang

Assalamualaikum warga Jerantut 😊😊Hari ni, Jumaat 25/9. Semoga hari Jumaat yang penuh barakah ni membawa kebaikan dan man...
25/09/2026

Assalamualaikum warga Jerantut 😊😊

Hari ni, Jumaat 25/9. Semoga hari Jumaat yang penuh barakah ni membawa kebaikan dan manfaat buat kita semua 🤲

Untuk makluman, Ramboss Inderapura Jerantut tutup sehari hari ni. Kami mohon maaf sangat-sangat kepada yang dah rancang nak datang makan di Ramboss 🙏🙏

Terima kasih sebab sentiasa sokong kami. Terima kasih juga kepada yang sudi beri maklum balas, pandangan dan teguran. Kami dengar dan hargai semuanya. Insya-Allah, kami sedang usaha tambah baik servis dan makanan kami..

Ramai sebenarnya yang terperanjat nengok set ultimate Ramboss😁😁Dalam gambar ni nampak biasa je, cuba try oder dulu..bole...
24/09/2026

Ramai sebenarnya yang terperanjat nengok set ultimate Ramboss😁😁

Dalam gambar ni nampak biasa je, cuba try oder dulu..boleh ke tidak habis kan😁😁..

Kepada yang dah cuba try, terima kasih banyak support Ramboss..kepada yang masih belum cuba dan try, jangan lupa ajak paklong, pokde, pokteh, andak, mak andak, acu, mokde, wan di kilir sekali😁, jemput datang makan, nasi Ayam pon ada🥰🥰

📍lokasi kita bersebelahan galeri hidayah bandar inderapura🥰🥰

Ramai yang DM dan komen tanya, “Ramboss ni dekat mana sebenarnya?” 😊😊Hari ni 23/9, min nak tunjuk jalan sikit. Restoran ...
23/09/2026

Ramai yang DM dan komen tanya, “Ramboss ni dekat mana sebenarnya?” 😊😊

Hari ni 23/9, min nak tunjuk jalan sikit. Restoran Ramboss terletak betul-betul sebelah Galeri Hidayah, Bandar Inderapura, Jerantut. Kalau nampak Car Wash Abang Lan, haa… kedai kami betul-betul berhadapan dengan dia! 😁

Nak cerita sikit pasal Abang Lan ni. Setiap kali ada pelanggan basuh kereta, dia siap tolong promote Ramboss sekali. 🥹🥹

Masa kedai kami tutup hampir seminggu untuk ubah suai dapur, Abang Lan antara orang pertama yang datang lepas kami buka semula. Dia tanya khabar, tanya kenapa lama tutup. Terharu min, sebab dia ambil berat macam tu 🥰

Kami buat ubah suai dapur sebab sebelum ni ada pelanggan beritahu ruang makan berasap dan kurang selesa. Terima kasih sebab tegur kami. Sekarang dah boleh makan, minum dan lepak lebih selesa sambil dengar lagu santai 😊🤝

Semoga Abang Lan dan seluruh team Car Wash Abang Lan sentiasa dimurahkan rezeki. Terima kasih banyak-banyak sebab selalu support Ramboss 🥹❤️

Kepada yang dah datang cuba Nasi Ayam Ramboss dan Set Upgrade Gepuk Ramboss, terima kasih tau! Yang belum sempat singgah, hari ni kami buka seawal 11 pagi. Rehat tengah hari boleh mai makan, kalau tak sempat, balik kerja sekitar jam 5 nanti pun boleh singgah 😁😁

📍 Ramboss Jerantut
Bersebelahan Galeri Hidayah, Bandar Inderapura
Betul-betul berhadapan Car Wash Abang Lan

Nak cari senang, taip saja “Ramboss Jerantut” di Waze atau Google Maps 😊

Jom makan Nasi Ayam & Nasi Ayam Gepuk Ultimate😁
Ingat lapor, ingat Ramboss! 😁

Selamat bekerja kepada yang sedang bekerja, yang tengah memandu tu hati-hati di jalan raya yaa 😊😊 Semoga hari ni lebih b...
22/09/2026

Selamat bekerja kepada yang sedang bekerja, yang tengah memandu tu hati-hati di jalan raya yaa 😊😊 Semoga hari ni lebih baik daripada semalam. Dipermudahkan urusan dan dimurahkan rezeki kita semua 🤲🤝

Hari ni Selasa 22/9, Ramboss buka macam biasa seawal 11 pagi! 😊😊

Hari ni admin nak cerita pasal AYAM GEPUK RAMBOSS p**ak 😁🔥 Nasi Ayam Ramboss tengah jadi sebutan, sampai tenggelam kejap cerita gepuk kita 😅 Padahal gepuk masih ada tawww!

Daripada harga serendah RM10, sampai la SET ULTIMATE untuk korang yang nak makan puas-puas! 🤤

Yang dah pernah cuba Ultimate tu, tahu la macam mana portion dia 🥵 Pinggan dah besar, makanan melimpah p**ak! Kalau bungkus, sampai kena guna DUA BEKAS, padahal order satu set je 😅😂

Tapi kalau bagi admin… celah gigi je tu. Jangan ikut admin, admin lain macam sikit selera dia 🤣🤣

Korang boleh cuba Set Ultimate Ayam atau Set Ultimate Talapia. Gepuk kita pun dah naik level sekarang, siap ada bayam crispy! Rangup-rangup makan sekali dengan nasi, sambal dan lauk… haa, syok dia tu 🤤🔥

Kalau cerita bab gepuk ni, setiap kedai ada citarasa masing-masing. Dekat Ramboss, kami nak korang balik dengan rasa…

“Berbaloi aku makan tadi.”
“Puas hati.”
“Kenyang betul!” 🥰🤝

Bila perut dah kenyang, hati pun senang. Nak sambung kerja happy, nak layan anak-anak pun happy… boss marah pun senyum lagi 😂😂 Jangan boss baca sudah, nanti dia tambah kerja p**ak 🤭

Jadi yang belum cuba Set Ultimate Ramboss, tengah hari ni boleh mai rasa sendiri. Bawak selera sekali yaa, sebab portion dia bukan main-main 😁😁

📍 Sebelah Galeri Hidayah, Bandar Inderapura, Jerantut
🕚 Buka seawal 11 pagi

Jemput datang makan tengah hari 😊😊🤝
Ingat lapor, ingat Ramboss! 🔥

SEMALAM RAMBOSS KENA SERBU! 😍🔥Semalam, Ahad 20/9, memang meriah betul! Sampai admin pun tak sempat nak ambil gambar seba...
21/09/2026

SEMALAM RAMBOSS KENA SERBU! 😍🔥

Semalam, Ahad 20/9, memang meriah betul! Sampai admin pun tak sempat nak ambil gambar sebab kena masuk tolong team dekat kitchen 😆😆

Ada yang datang dari Kuala Krau, Jengka, Damak, Gelanggi dan Padang Piol. Jauh-jauh sanggup datang nak makan dekat Ramboss 🥹🥹

Terima kasih banyak-banyak sebab datang. Terima kasih kerana sentiasa support dan terima kasih sebab masih ingat dekat kami 🤝❤️

Admin mewakili seluruh team Ramboss ingin memohon maaf kalau ada sebarang kekurangan sepanjang korang berada di sini ya 🙏🙏

Alhamdulillah, rata-rata yang datang semalam puji Nasi Ayam Ramboss. Terima kasih sebab sudi mencuba dan berkongsi rasa dengan kami 🥰🥰

Insya-Allah, kami akan pastikan servis kali ini lebih laju dan tak perlu tunggu terlalu lama. Kalau ada kelewatan seperti nasi sedang dimasak atau ayam sedang digoreng, team kami akan terus maklumkan anggaran masa menunggu mengikut timer kitchen 😊😊

Kami akan cuba beri yang terbaik untuk semua 🤝🫡

Datang lagi tau! 😍

Kepada yang masih belum cuba, hari ini bolehlah datang rasa sendiri:

🍗 Nasi Ayam Ramboss
🔥 Nasi Ayam Gepuk Ramboss

📍 Lokasi: Bersebelahan Galeri Hidayah, Bandar Inderapura, Jerantut.

Jumpa korang dekat Ramboss! 🥰🥰

HARI NI AHAD, RAMBOSS BUKA MACAM BIASA! 😊😊Hari ni 20/9, kami buka seawal jam 11 pagi hingga 6 petang buat sementara wakt...
20/09/2026

HARI NI AHAD, RAMBOSS BUKA MACAM BIASA! 😊😊

Hari ni 20/9, kami buka seawal jam 11 pagi hingga 6 petang buat sementara waktu ni yaa 🤝

Terima kasih banyak kepada semua customer yang dah datang mencuba Nasi Ayam Ramboss. Terima kasih juga kepada yang sudi beri komen, teguran dan cadangan untuk kami tambah baik 🫡🫡

Kami tak berani nak janji paling sedap, sebab selera dan tekak masing-masing berbeza. Ramai lagi otai-otai nasi ayam dekat Jerantut yang jauh lebih power 😊

Tapi apa yang kami cuba bawakan ialah satu rasa yang premium, portion yang puas, harga yang berbaloi serta tempat makan tengah hari yang selesa dan sejuk dengan aircond 😁😁

Admin sendiri kalau keluar makan tengah hari, memang cari kedai yang sejuk. Panas-panas ni, dapat duduk makan dalam aircond memang nyaman sungguh 😂

Buat permulaan ni, kami bawakan:

🍗 Nasi Ayam Ramboss
🌶️ Ayam Gepuk Ramboss

Insya-Allah, menu-menu lain akan ditambah dari hari ke hari. Kami akan terus cuba beri yang terbaik untuk setiap menu yang kami keluarkan 🤝😊

Jemput singgah makan tengah hari bersama kami!

📍 Bersebelahan Galeri Hidayah, Bandar Inderapura, Jerantut
⏰ 11 pagi – 6 petang
(Waktu operasi sementara)

HARI KE- 4 NASI AYAM RAMBOSS! 🍗🍚😊Hari ni 19/9, masuk hari ke-4 kami keluarkan menu Nasi Ayam dekat Ramboss.Tapi ada satu...
19/09/2026

HARI KE- 4 NASI AYAM RAMBOSS! 🍗🍚😊

Hari ni 19/9, masuk hari ke-4 kami keluarkan menu Nasi Ayam dekat Ramboss.

Tapi ada satu benda yang Min tak sangka..😁😁

Kalau ikut data jualan 3-4 hari ni, nampaknya orang Jerantut lebih s**a HAINANESE CHICKEN RICE berbanding Roasted Chicken Rice 😁😁

Padahal masa mula-mula nak keluarkan menu ni, Min ingat Roasted Chicken Rice yang akan ramai peminat.

Yelaaa… ayam roasted tu kulit dia crispy, isi p**ak lembut & juicy 🤤🔥
Memang Min ingat yang ni confirm jalan dulu.

Sekali Hainanese p**ak diam-diam potong line 😂😂
Hari-hari paling ramai pilih Hainanese Chicken Rice.

Nampaknya tekak orang Jerantut ni geng Hainanese ye 🤭🤭

Apa-apa pun, terima kasih banyak-banyak kepada semua yang sentiasa support Ramboss 🥹❤️

Yang datang makan, yang repeat, yang tegur, yang bagi cadangan penambahbaikan… semua kami hargai 🤝🫡

InshaAllah kami akan improve hari demi hari. Mana yang kurang kita baiki, mana yang dah okay kita cuba bagi lagi baik. 😊

HARI NI 19/9 KAMI DAH OPEN SEAWAL 11 PAGI! 🔥

Tengah hari ni elok sangat singgah…
Panas kat luar tu, masuk sini makan dalam sejuk aircond dulu 😁😁

📍 Ramboss Bandar Inderapura, Jerantut
Bersebelahan Galeri Hidayah Bandar Inderapura.

Mai cuba sendiri…
Korang p**ak Team Hainanese ke Team Roasted? 😁🍗

Kami dah buka😊😊🥹 ALHAMDULILLAH… HARI NI KAMI DAH BUKA 🥹Hari ni 18/9, Ramboss dah kembali beroperasi seperti biasa seawal...
18/09/2026

Kami dah buka😊😊

🥹 ALHAMDULILLAH… HARI NI KAMI DAH BUKA 🥹

Hari ni 18/9, Ramboss dah kembali beroperasi seperti biasa seawal jam 11 pagi 😊

Masalah elektrik yang berlaku semalam dah kami cuba dan uji semula. Insya-Allah, hari ni semuanya dah okay.

Jujur kami rasa sedih dan serba salah sangat dengan pelanggan semalam 😔 Ada seorang puan dari Temerloh, dah separuh jalan nak datang… tapi bila WhatsApp kami, terpaksa kami bagitahu kedai tutup 😫

Ada juga pelanggan yang baru sampai dari Temerloh dan nak singgah makan, tapi sekali lagi kami terpaksa bagitahu yang sama 🥹

Bayangkan dah datang dari jauh, dah teringin nak makan… tapi sampai-sampai kedai tak dapat beroperasi. Kami betul-betul minta maaf 😭🙏🏻

Terima kasih sangat kepada semua pelanggan yang memahami keadaan kami, tak marah dan tetap beri kata-kata yang baik. 🥹

Insya-Allah, lepas ni semuanya akan okay. Kami akan cuba buat yang terbaik supaya perkara macam ni tak berulang lagi.

Jemput datang hari ni… Ramboss dah buka dan kami tunggu korang 😊❤️

🕚 Buka seawal jam 11 pagi
📍 Bersebelahan Galeri Hidayah, Bandar Inderapura, Jerantut

Address

Blok Dagangan Jengka Sejahtera, No 1 Jalan BDSJ Bandar Pusat , Bandar Tun Razak
Kampong Chenor
26400

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Rambo’s Fried Chicken posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share