07/08/2014
RESEPI menyediakan Nasi Arab Maqluba Ayam
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Bahan-bahan yang diperlukan :-
1) 1 kotak/peket Maqluba Ayam (dalam peket tersebut dah tersedia ada 450 gm beras, rempah dan tumis untuk nasi maqluba)
2) 450 gram beras ( ADA DALAM SET)
3) 1 ekor ayam ( boleh dipotong 4)
4) 2 biji bawang besar
5) 10 biji bawang putih
6) 7 biji terung
7) 2 biji kentang XL
8) 1 btg cili hijau
9) 2biji tomato (lebih pun boleh)
10) 3 sudu besar minyak sapi
11) garam
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Cara-cara Menyediakanya :-
1) Rendam beras 20 minit, basuh dan toskan.
2) Goreng terung dan kentang ( boleh tambah bunga kobis jika s**a )
3) Hiris bawang besar, tomato ( hiris bulat), dan cili hijau (tak perlu dihiris)
4) Panaskan kuali kemudian masukkan minyak sapi/ minyak masak (minyak sapi lebih enak)
5) Goreng kayu manis, cengkih, pelaga, bawang putih, 1 biji bawang besar.
6) Masukkan ayam di kedalam kuali bersama bawang yang sedang digoreng tadi
7) Taburkan 1/2 daripada serbuk rempah nasi maqlubah ke dalam kuali. Biarkan sebentar kemudian balikkan ayam ( untuk dapatkan stok ayam) jangan goreng terlalu lama.
8) Keluarkan ayam , taburkan 1/2 daripada baki serbuk nasi maqluba, bawang putih yang ditumbuk dan 3/4 sudu kecil garam halal gel dan 1 sudu minyak sapi/minyak masak
9) Bakar dalam oven selama 1 jam, suhu 190 darjah. selepas 1/2 jam balikkan.
-Boleh juga kalau nak grill guna dapur arang atau periuk ajaib..
10) Masukkan 2 cawan setengah air ( 500ml) kedalam periuk tadi. Didihkan. ( air mestilah mendidih sebelum dituang ke atas beras supaya nasi lebih kembang dan gembur)
11) Di dalam rice cooker susunkan bawang besar, tomato, kentang goreng, terung goreng
12) Masukkan beras yang telah dibasuh dan ditoskan di atas bawang besar, tomato, kentang goreng, terung goreng tadi. masukkan 2 sudu kecil garam halal gel
13) Tuangkan air rebusan rempah/ayam tadi. kemudian on kan suiz rice cooker.
14) Tunggu nasi masak 80% gaulkan perlahan-lahan. kemudian tutup balik biarkan sampai 100% masak.
15) DONE..
Selamat mencuba. RESIPI menyediakannya ini juga ada pada bahagian belakang kotak nasi maqluba yang dibeli...
Terima kasih..