Azamas Muslim Food Gazebo

Azamas Muslim Food Gazebo Menjual dan membekalkan pelbagai produk makanan keluaran Muslim.

28/05/2017

SEBUTIR KURMA PUN CUKUPLAH!

SEPI.

“Eh, jangan macam tu!”

“Kitorang kat Malaysia boleh makan sedap-sedap, takkan nak biar korang makan sebutir kurma je buka puasa nanti.”

“Iya, bagi kami sebutir kurma seorang itu cukuplah buat mengalas perut kami di waktu sahur dan berbuka nanti. Anak-anak kami pun begitu. Andai ada rezeki lebih kami sangat-sangat bersyukur.”

“Lagipun kami sudah biasa begini. Perang masih belum habis. Entah esok lusa kami dah tak ada dah.”

“Allahu! Kami doa supaya Allah pelihara korang semua kat sana.”

“Tunggu kami na! Sementara kami cuba bagitahu dekat orang Malaysia untuk bantu sumbang makanan untuk iftar korang nanti. Korang doakan kami k.”

Begitulah teman-teman. Saat menerima panggilan telefon dari bumi Syria.

Sebak rasanya!

Betul kan kita ini di Malaysia saat berbuka puasa makanannya boleh TAHAN!

Kadang-kadang ada di kalangan kita tak habis makan pun dan akhirnya membazir. Nasi dah tak larat menangis dah agaknya! Semoga Allah ampuni dosa-dosa kita.

Abang-abang, kakak-kakak yang kami kasihi,
Mari sini kami nak bagitahu.

Malaysia Life Line for Syria (MLLFS), Tangisan Syria di Bumi Jordan (TSDBJ) dan Muslim Volunteer Malaysia (MVM) akan ke bumi Syria Ramadhan kali ini untuk bawa sumbangan korang semua untuk bagi makan diorang berbuka puasa.

So, sementara masih ada masa dan rezeki yang Allah kurniakan dekat kita tu, kitorang nak ajak semua tolong sama-sama.

Kalau bantu sorang-sorang tak akan mampu.

Kita geng, sepakat-sepakat dengan saudara mara, kawan-kawan kita, salurkan sumbangan untuk diorang dekat sana.

Pakat bagi sorang sikit. Sorang banyak pun apa ada hal.

Sikit tu berapa, banyak tu berapa? Benda ni subjektif kan?

So, terpulang lah berapa pun.

Cuma nak bagitahu, kos untuk menyediakan makanan Iftar ni RM15 seorang. Jadinya terpulanglah nak tong-tong atau nak taja Iftar untuk berapa orang pun.

Atas masing-masing.

Dah ready?

Baca selanjutnya.

InsyaAllah.

Bismillahirrahmaanirrahiim.

=================================
Nak sumbang atas talian klik link kat bawah ni :
www.billplz.com/ramadhanalhabeeb
================================

===========================================
Kalau nak deposit duit masuk bank, boleh masuk ke akaun :

Malaysian Life Line for Syria Berhad
Maybank : 564810513971
Bank Islam : 14210010009882

ATAU

Salam Suriah Resources
CIMB : 8602041215

e-mel : [email protected]
===========================================

Terima kasih setulusnya dari kami. Terus dapatkan kemaskini terkini mengenai Misi Bantuan Ramadhan al-Habeeb untuk Syria melalui FB Malaysia Life Line for Syria dan juga laman web www.malaysia4syria.org.

Nak hubungi kami?

Boleh sangat.

Telefon pejabat : 03-41416732
Sis Fiza : 0122409173
CEO : 0132226057
Alamat emel : [email protected]

Salam Ramadhan Kareem!

Demi Syria, Untuk Ummah

Salam Aidiladha. Solat raya nanti, jaga-jaga!
11/09/2016

Salam Aidiladha.
Solat raya nanti, jaga-jaga!

' Salah Ayah '

Speechless.

Bersiaran dari SMKA Maahad Hamidiah Kajang! Ada KOPI TAK DAN GOYANG enak dan waffles. Juga HOT PIZZA Jalanan. Jom datang...
04/09/2016

Bersiaran dari SMKA Maahad Hamidiah Kajang! Ada KOPI TAK DAN GOYANG enak dan waffles. Juga HOT PIZZA Jalanan. Jom datang!

30/08/2016

11 hari sahaja lagi!

Qurban Kasih Ummah (QKU), satu lagi program IKRAM dengan kerjasama MyCARE ingin mengajak tuan-tuan dan puan-puan untuk sama-sama menghadiahkan kegembiraan ke 12 buah negara melalui ibadah korban.

Pakej yang ditawarkan berupa:

1. Korban Lembu - Pakej A : RM1,200 satu bahagian (Palestin, Syria, Iraq, Lubnan, Yaman, Sudan)
2. Korban Lembu – Pakej B : RM480.00 satu bahagian (Filipina, Kemboja, Malaysia, Myanmar, Sri Lanka, Vietnam)
3. Korban Kambing – Pakej W : RM590.00 seekor
4. Korban Kambing di Syria – Pakej X : RM1,100.00 seekor
5. Korban Kambing dibekukan – Pakej Y : RM420.00 seekor (Syria, Iraq & Lubnan)
6. Korban Kambing ditinkan – Pakej Z : RM480.00 seekor (Palestin & Syria)

Nota : Senarai negara penerima boleh bertambah mengikut keperluan semasa.

Untuk turut serta, sila masukkan Cek/Tunai ke dalam akaun "Humanitarian Care Malaysia Berhad" di

1. MBB 5642 5856 0698
2. BIMB 1209 2010 0349 04
3. CIMB 8602 135 592

Sila berikan slip bank dan butir penyertaan melalui sms/whatsapp/telegram ke 011-1234 8212 atau 019-227 6760

Tarikh tutup: 9 September 2016 (Tarikh tutup untuk semua pakej melainkan pakej Z dilanjutkan sehingga 9 September 2016)



Mari berkorban bersama QKU: bit.ly/QKU2016

Sahih.
16/08/2016

Sahih.

ANAK PEREMPUAN

Renungan.. Kami berada di Karnival Surau Al-Kauthar Bandar Baru Bangi (Seksyen 4).
13/08/2016

Renungan.. Kami berada di Karnival Surau Al-Kauthar Bandar Baru Bangi (Seksyen 4).

Sentiasa belajar bersabar dan bersyukur

09/07/2016

I Finally Understand Why Most Small Businesses Don't Succeed 07/06/2016 02:23 pm ET | Updated 19 hours ago 120 Matt Roberge Founder and CEO, SLC Bookkeeping It finally occurred to me the other day why many small businesses don't succeed. It is so obvious, I have no idea why it took me so long to dra...

*[7 SUNNAH MENYAMBUT AIDILFITRI]*Raya = Hari Kemenangan. Maka umat Islam digalakkan bergembira sesuai dengan syariah Isl...
04/07/2016

*[7 SUNNAH MENYAMBUT AIDILFITRI]*

Raya = Hari Kemenangan. Maka umat Islam digalakkan bergembira sesuai dengan syariah Islam dan mengikut sunnah2 yang telah diajarkan Rasulullah saw dan para sahabat.

Berdasarkan hadis2 sahih, berikut adalah sunnah2 yang diajarkan dalam menyambut Aidilfitri.

1⃣ *TAKBIR.*
Bermulanya maghrib menandakan mulanya 1 syawal. Umat Islam digalakkan bertakbir! Dari saat ini hingga selesai solat sunat Aidilfitri. Tidak kira bersendirian mahupun berjemaah. Takbir dengan penuh rasa 'izzah.

2⃣ *MANDI.*
Mandi pada pagi raya. Perkara ini mungkin biasa untuk rakyat Malaysia yang tinggal di garisan Khatulistiwa dan mandi dalam purata 2 kali sehari. Tapi sesuatu yang mungkin boleh diberi lebih perhatian bagi mereka yang tinggal di kawasan musim sejuk dan mandinya jarang2 sekali.

3⃣ *PAKAI PAKAIAN YANG TERBAIK.*
- Menjadi sunnah untuk kita memakai pakaian terbaik yang kita ada. Terbaik tidak semestinya baru. Tetapi paling baik antara semua.

4⃣ *MAKAN SEBELUM SOLAT RAYA.*
- Berbeza dengan kebiasaan sunnah Nabi pada solat sunat Aidiladha, Rasulullah saw menjamah beberapa biji tamar SEBELUM solat sunat Aidilfitri. Jadi adalah sunnah untuk kita juga makan (tamar dan mungkin sebagainya) sebelum kita solat sunat Aidilfitri.

5⃣ *SOLAT DI KAWASAN LAPANG.*
-Menjadi sunnah untuk umat Islam solat di kawasan lapang (e.g. padang atau dataran). Hal ini dapat menonjolkan kesatuan dan kekuatan umat Islam sebagai satu ummah yang kuat dan digeruni. Bayangkan saat kita semua bersatu dalam ibadah kita, tidak kira warna kulit mahupun kedudukan status kita, bersatu mengagungkan Tuhan yang Maha Esa, dengan persembahan pakaian yang terbaik, di lapangan terbuka, di seluruh dunia, tidak lain melainkan perasaan 'izzah yang bakal timbul di hati sebagai salah seorang dari umat Islam. Ini juga menjadi simbolik kepada kesatuan umat Islam dan boleh menimbulkan rasa gentar pada musuh Islam.

6⃣ *PERGI DAN BALIK MENGGUNAKAN JALAN YANG BERBEZA.*
- Destinasi ke kawasan lapangan untuk solat dan sesudah solat yang berbeza dapat membuatkan kita bertemu dengan lebih ramai manusia. Ini akan memudahkan kita mengeratkan silaturrahim, bertanya khabar dan saling mendoakan.

7⃣ *MENGUCAPKAN 'TAQABAL ALLAHU MINNA WA MINKUM'*
- Ia merupakan sebuah ucapan dan doa oleh nabi dan para sahabat saat mereka bertemu pada hari raya Aidilfitri. Maksudnya "Semoga Allah menerima dari aku dan kalian."

Pastinya, perkara yang paling utama yang kita mahukan ialah agar amal ibadah kita diterima oleh Allah swt, dosa2 kita diampuni Allah swt, aib2 kita dihapuskan dari buku catatan, dan hidup kita diberkati sepanjang perjalanan.

Kita ada lagi 2 malam sahaja untuk memaksimakan ibadah dan doa kita. Semoga Allah memudahkan kita untuk memaknai Ramadhan kurniaan Tuhan ini.

-Nota Ringkas dari Tazkirah Ramadhan oleh Dr Rozaimie, rumah Pak Ya, 2 Julai 16'.

https://telegram.me/muharikah

Bersama belajar mencintaiNya

01/07/2016

Istiqamah Pasca Ramadan Demi Setia Dengan Kebenaran 26/07/2014 Projek Buku: Setia Dengan Kebenaran, Terkini, Transformasi Ramadan Leave a comment 545 Views “Hmm, buang masa sahaja kursus-kursus ni. Sedarnya seminggu dua sahaja, lepas itu balik jadi macam dulu-dulu juga!” keluh seorang pekerja yang p...

Sedang berlangsung kuliah dhuha disampaikan Ustaz Roslan Mohamed di Surau Saujana Impian, Kajang.
25/06/2016

Sedang berlangsung kuliah dhuha disampaikan Ustaz Roslan Mohamed di Surau Saujana Impian, Kajang.

Okay ini bagi 'celang'kan mata petang-petang.
23/06/2016

Okay ini bagi 'celang'kan mata petang-petang.

Address

Kajang
43000

Telephone

+60167649172

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Azamas Muslim Food Gazebo posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Azamas Muslim Food Gazebo:

Share