16/10/2018
Menjual adalah satu seni. Ia memerlukan skill dan latihan.
Kerana setiap bisnes memerlukan seni menjual yang berbeza-beza. Tapi matlamatnya tetap sama ia memastikan pelanggan membeli.
Ramai yang nak start bisnes tapi tak nak menjual. Ia sememangnya salah.
Steve job. Seorang billionaire, beliau menjual.
Lihat sahaja βsales presentationβ yang beliau lakukan dihadapan ratusan audience mengenai pelancaran Iphone. Beliau bercakap ciri-ciri produk dan kenapa anda perlu memiliki Iphone.
Warren buffet. Seseorang yang handal menjual. Bagaimana beliau mengetuai mesyuarat membentangkan saham-saham yang beliau miliki bagi menarik minat pelabur-pelabur.
Elon Musk, mengumumkan di Twitter mengenai kehebatan Tesla. Itu pun salah cara beliau menjual.
Namun, jangan menjual seperti jurujual.
Faham ke faham?
Mendesak, memaksa itu bukan cara yang terbaik.
Cuba anda ke klinik akibat darah tinggi. Tiba-tiba doktor cakap βOk Hafiz, doktor bagi ubat ini dan dapat percuma ubat pening kepala. Dan sebab datang klinik hari ini, kita bagi diskaun 30% untuk ubat darah tinggiβ...
Tak ke pelik tu. Gila apa doktor ni!
Ini umpama gaya seorang jurujual. Tiada doktor yang gila seperti ini menjual kepada pesakitnya.
Tapi untuk menjual dengan baik, ikut gaya Doktor.
Professional dan tenang sahaja.
Sentiasa bertanya khabar. Membantu kita memberi nasihat yang baik dan menyelesaikan masalah yang kita hadapi.
So harap anda belajar sesuatu.
Boleh-boleh π₯π₯π₯