Zaisara Home Cookies

Zaisara Home Cookies Cerita kami segalanya mengenai biskut dan kek.Pelbagai pilihan biskut menarik, berkualiti dan tradis Of course, it wasn't an easy route to take.

There was a time in the era of 90's, when all it took to be successful in business was to make a product of good quality. If you offered a biscuit with that savory looking, people would come buy it without giving much thought. Well, that if you made sure that biscuits of yours were superior to the competition. Into the 1997s, the customers were giving lots of complains of how the biscuits much of

a shabby product with the same taste that didn't even meet the taste of their tongue although physically, they looked different. Feeling challenged by this, ZAISARA started to bake to fulfill the customers expectations. But with the passion in baking, they did a lot of experiments and ended up producing a product that was savoured, cherished and loved by the customer. With the unique and authentic values of this product, they sure made it stands out more than others. "Experience is the best teacher", that saying was proven when ZAISARA started to bake a lot of kuih muih and cakes and this was then improved to much more modernised biscuits such as Tat Nenas, Makmur, Badam Square cookies, Prune Layer and Almond London. Although it follows the trend, ZAISARA has never lost the handmade taste . With much of the improvement , ZAISARA started to sell these to others so they could taste the richness found in a biscuit. Starting from friends, family and customers, they decided to move to a small workshop near their home in Bandar Baru Bangi to meet the market demands around 2005. Zaisara Enterprise (001829507-T)
1653/1, Jalan Saujana,
Sungai Ramal Dalam,
43000 Kajang,
Selangor

Hai korang, Biskut baru in the house!Pun begitu, belum finalise lagi. Masih ada lagi perlu ditambahbaik sebelum kita bet...
07/05/2026

Hai korang, Biskut baru in the house!

Pun begitu, belum finalise lagi. Masih ada lagi perlu ditambahbaik sebelum kita betul betul masukkan biskut ini dalam senarai jualan.

Apa beza biskut ini dengan biskut Bijiran lain?

1. Guna butter. Yang lain guna marjerin
2. Tiada coklat cip atau buah buahan kering.
3. Kekacang pun tiada.

Itulah bezanya.

Pun begitu, kita bagi sample rasa kepada awak awak yang beli kuih Seroja di kedai Oren kami. Kita baru mula hari ini ya. Yang kuih Seroja pos semalam, kita tak bagi, sebab kuih ni belum ada lagi. Hehe

Sample ni terhad. Selagi Stok masih ada. Yang dah dapat nanti, hantar lah maklum balas kepada kami. Terima kasih kami dahulukan. Selamat membeli kuih Seroja kami 😄

Kurang sebulan lagi, kita akan sambut hari raya Aidil Adha. Di mana ada 2 ibadah yang besar akan kita laksanakan pada wa...
28/04/2026

Kurang sebulan lagi, kita akan sambut hari raya Aidil Adha. Di mana ada 2 ibadah yang besar akan kita laksanakan pada waktu itu iaitu tunaikan Haji bagi yang mampu dan laksanakan ibadah korban ikut kemampuan kita.

Bagi memeriahkan lagi sambutan Aidil Adha ini, setiap penyertaan korban bersama EZ Qurban secara walk in, yakni pendaftaran di kaunter EZ Qurban, akan mendapat sebekas kuih Raya daripada Zaisara.

Kuih raya ini terhad kepada 50 pendaftaran, sempat lagi nak daftar korban bersama mereka.

Pun begitu, yang Utama, ibadah korban itu ya. Kuih raya Zaisara ini sebagai hadiah meraikan Tuan puan yang datang mendaftar.

Kami juga dah daftar bahagian lembu untuk korban bersama EZ Qurban. Tapi kita tak ambil lah kuih raya tu. Hihi. Buruk siku p**a gayanya. Ahahaha.

Semoga amal ibadah kita semua diterima Allah dan diredhai oleh Nya.

Ps : Kaunter EZ Qurban di Batu Caves Centerpoint, Gombak. Daftar online juga boleh di Web mereka : www.ezqurban.org

17/04/2026

Alhamdulillah, dah sampai hujung syawal dah kita. Jualan kuih raya di PARKSON juga telah selesai. Terima kasih semua yang telah membeli kuih raya untuk syawal tahun ini.

Lagi 6 minggu, kita nak sambut raya haji p**a.

peluang untuk kita menambah amal dengan melaksanakan korban semakin dekat. Masjid dan surau tuan puan sudah buka bahagian korban tahun ni?

Bukan korbankan kuih raya ya. Nak beli kuih raya untuk raya haji ok. Nanti mesej kami ya.

Waktu sekarang ini, orang masih mencari kuih raya atas 3 sebab.Sebab yang pertama : Kuih Raya di rumah sudah habis.Sebab...
03/04/2026

Waktu sekarang ini, orang masih mencari kuih raya atas 3 sebab.

Sebab yang pertama : Kuih Raya di rumah sudah habis.

Sebab yang kedua : 1 Syawal hari tu, makan rendang, ketupat, kuah kacang, kuah lodeh, sate dan lain lain dulu. Dah masuk 14 Syawal, misi mencari kuih raya.

Sebab yang ketiga : kuih raya yang dijamu kawan/sedara itu hari, sedap betul. Jom lah cari kuih raya. Teringin dan teringat, kena dapat.

Kerana 3 sebab itu, kami pun dah kemaksini Stok kuih raya di 4 outlet Parkson yang sedang beracara Raya sehingga pertengahan April ini.

Jemput datang ke Parkson berikut untuk dapatkan kuih Raya yang teringat ingat tu 😉

📍 Parkson IOI City Mall Putrajaya
📍 Parkson Elite Pavilion KL, Bukit Bintang
📍 Parkson Elite One Utama, Bandar Utama Damansara
📍 Parkson Subang Parade

Selamat Hari Raya
Semoga kita semua sejahtera sehingga hujung usia.

Macam ni lah ya, kawan kawan, bila dapat beli kuih raya yang dicari orang ramai, tapi kita yang jumpa, kita yang beli da...
13/03/2026

Macam ni lah ya, kawan kawan, bila dapat beli kuih raya yang dicari orang ramai, tapi kita yang jumpa, kita yang beli dan beli banyak nak bagi anak anak dan keluarga, macam ni lah Rupa kita. Happy tak perlu kata apa apa. 😁

Puan ni lupa bawa beg kitar semula. Kenalah bayar 20 sen nak isi semua biskut yang dibelinya. Janji happy kan, awak. Biskut Zaisara, klasik, tradisional, sedap sudah tentu.

12/03/2026

Sudah ada kuih raya ke tu untuk sambut tetamu nanti?

Minggu depan tau kita raya. Tapi kawan, jangan panik. Nak cari kuih raya yang sedap, klasik, cantik dan yang paling penting, mesra poket, pasti ada.

Kami tawarkan pelbagai pilihan kuih raya, lebih kurang 20 jenis di mana setiapnya berbeza rasa juga rupa.

Biskut Seroja Coklat Mentega Kacang, Biskut Semperit, Biskut Suji, Biskut Tat Nenas, Biskut Almond London, Biskut Coklat Urai dan banyak lagi.

Biar pun nama seperti sama, tapi lain ya. Kuih raya yang dihasilkan dengan pengalaman 32 tahun membuat kuih raya, kini boleh didapati di Parkson.

Sepanjang bulan Ramadan sehingga pertengahan Syawal, kuih raya keluaran Zaisara boleh didapati di 10 outlet Parkson berikut :

🔸 Parkson Elite Pavilion Kuala Lumpur, Bukit Bintang
🔸Parkson Elite One Utama, Bandar Utama, Damansara
🔸Parkson Subang Parade
🔸Parkson IOI City Mall, Putrajaya
🔸Parkson Alamanda, Putrajaya
🔸Parkson Ria Rawang
🔸Parkson Setapak Central
🔸Parkson Pavilion Bukit Jalil
🔸Parkson Seremban Prima
🔸Parkson Mahkota Parade, Bandar Hilir, Melaka

Sambil mencari barang hiasan untuk rumah di Parkson , pastikan kuih Raya Zaisara masuk dalam beg shopping anda. 😁

10/03/2026

Kira kira hari, minggu depan kita raya. Kira kira Baki, bajet kuih raya sekadarnya.

Kemas kemas rumah, tak sabarnya nak beraya bersama keluarga.
Kemas kemas rumah, oh, ada lagi kuih raya kurang 30 ringgit harganya, happynya kita!

08/03/2026

Tahun ini, sudah 9 tahun Kuih raya Zaisara bersama PARKSON.

Syukur 🤲. Selalunya kami share senarai lokasi Parkson untuk jualan kuih raya.

Kali ini, kita Kongsikan video kuih raya apa yang dijual di Parkson. Tradisional dan Moden, semuanya ada. Sila lah pilih yang mana berkenan.

Pasti ada kuih raya yang disukai oleh keluarga kalian dalam video ini. 😄

Hari ke 12 Ramadan, mencari kuih raya yang boleh dipos?? Kami boleh pos!Tapi jangan cari kami di kedai Oren... Sebab say...
02/03/2026

Hari ke 12 Ramadan, mencari kuih raya yang boleh dipos?? Kami boleh pos!

Tapi jangan cari kami di kedai Oren... Sebab saya tutup sekejap. Memandangkan kedai Oren perlu direspon dalam tempoh 3 hari, Biskut pun tak siap lagi, maka kita pun off sat yang tu dalam bulan puasa ni.

Jadi, bagaimana nak beli yang pos? Beli di sini
https://zaisaracookies.onpay.my/order/form/kuihraya2026

Kita tutup order untuk pos 5 hb 3 ya. Insya Allah next week kami pos.

 Kami dari Zaisara Home Cookies, sudah berada di pasaran kuih raya sejak tahun 2007. Kebanyakan jualan kami adalah secara direct dengan para pelanggan. Sejak Pandemic Covid 2020 , kami memulakan langkah mengepos kuih raya ke seluruh Malaysia. Kuih Raya Zaisara dipos dalam pakejing khas untuk memeli...

Salam subuh 10 Ramadan. Masya Allah, dah 10 hari kita berpuasa. Alhamdulillah tahniah semua. Ok, dah boleh mula riki rik...
27/02/2026

Salam subuh 10 Ramadan.

Masya Allah, dah 10 hari kita berpuasa. Alhamdulillah tahniah semua. Ok, dah boleh mula riki riki Kuih raya.

Orang biasa seperti kita, bajet kuih raya dalam rm150. Kalau ada kerepek, tambah sikit lagi duit, dalam RM200 untuk kerepek dan kuih raya. Tapi, biasanya Rm150 tu ok dah.

Kerana itu, kami buat dan jual kuih raya dengan harga 30 ringgit ke bawah. Supaya paling banyak, dapat lah dalam 5 bekas kuih raya pelbagai Rupa pelbagai rasa.

Apabila ada yang bertanya, kenapa bukan 50 biji? Banyak pun banyak. Tak mahal mana pun.

Alamak. Bukan kita tak pernah buat bungkusan biskut 50 biji sebekas. Pernah. Tapi kena marah. Hahahaha. Sebabnya no. 1, Tak boleh nak beli kuih lain. 50 biji tu memang banyak, seronok dapat banyak. Tapi jemu lah nak habiskan. Nak merasa yang lain, kena habiskan yang ada dulu. Betul kan?

No. 2, apabila 50 biji, maknanya harga pun Hampir nak cecah 50 ringgit. Confirm lah sebekas saja kita beli. Walaupun ada bajet rm150, tapi Kita akan terus berkira kira, untuk membeli lagi. Jika harga RM30, sekurang kurang nya, boleh beli 2 bekas dengan duit keluar 60 ringgit.

Apatah lagi, apabila kuih tu harga kurang RM30. Haaa seronoknya nak merasa macam macam kuih raya.

So, kat mana lah nak dapat kuih raya bawah RM30 ni?

Kat sini 👉 10 outlet Parkson sekitar lembah Klang, Seremban dan Melaka. Alang Alang berjalan mencari inspirasi Syawal, boleh lah dapatkan kuih raya untuk moreh Ramadan 😄

Address

Jalan Saujana, Sungai Ramal Dalam
Kajang
43000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Zaisara Home Cookies posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Zaisara Home Cookies:

Share

Category