Guleimasa Resepi

Guleimasa Resepi Best patin tempoyak in putrajaya! Original from temerloh.

DUIT BANYAK TAPI BUKA YOUTUBE SANGKUT?NAK GUNA TNG , CASHIER TUNGGU APPS LOADING?ONLINE BOOKING TERLEPAS KERANA INTERNET...
22/03/2021

DUIT BANYAK TAPI BUKA YOUTUBE SANGKUT?
NAK GUNA TNG , CASHIER TUNGGU APPS LOADING?
ONLINE BOOKING TERLEPAS KERANA INTERNET SANGKUT?

COMMEND AND SHARE FOR MORE EXPERIENCE /

PM :0122141211 FOR MORE INFORMATION

Assalamualaikum semua sahabat,GULAI MASA RESEPIRindu rasa makanan di kedai kami??? Takboleh keluar???Tiada masalah , kam...
05/05/2020

Assalamualaikum semua sahabat,

GULAI MASA RESEPI

Rindu rasa makanan di kedai kami???
Takboleh keluar???

Tiada masalah , kami menyediakan khidmat penghantaran kepada semua pelanggan di sekitar kawasan kami. Cas penghantaran tertakluk kepada jarak dengan kadar Rm3 - Rm5 bagi kawasan Bangi-Kajang-Putrajaya. Bagi penghantaran di luar kawasan kami hadkan kepada 5 minimum order.

WAKTU OPERASI (PKP)

~ 03:00 PTG - 08:00 MLM untuk khidmat take away

*MENU*
1. SET PATIN TEMPOYAK - ( RM 15.00)
2. GULAI PATIN TEMPOYAK Shj (RM 12.00)
*set didatangkan sekali dengan nasi + ulam + sambal tempoyak

‼️ Setiap order hendaklah dibuat sehari sebelum/ sebelum 2.00 petang hari berkenaan‼️

Maksudnya, kedai kami sudah mula beroperasi dengan mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Kerajaan.

Jika teringinkan masakan kami anda boleh terus call atau ws kami untuk tempahan. Tak gerak tak makan inilah rezeki kami. 😊

http://www.wasap.my/60122141211
http://www.wasap.my/60122141211
http://www.wasap.my/60122141211

Assalamualaikum semua sahabat,Berikutan penularan wabak Corona virus di Malaysia, kerajaan telah mengeluarkan satu perut...
17/03/2020

Assalamualaikum semua sahabat,

Berikutan penularan wabak Corona virus di Malaysia, kerajaan telah mengeluarkan satu perutusan khas yang disampaikan oleh Perdana Menteri kita malam tadi. Sedikit info abang petik adalah,

"Keenam, penutupan semua premis kerajaan dan swasta kecuali yang terlibat
dengan perkhidmatan penting negara (atau essential services) iaitu air,
elektrik, tenaga, telekomunikasi, pos, pengangkutan, pengairan, minyak, gas,
bahan api, pelincir, penyiaran, kewangan, perbankan, kesihatan, farmasi,
bomba, penjara, pelabuhan, lapangan terbang, keselamatan, pertahanan,
pembersihan, peruncitan dan bekalan makanan."

Maksudnya, kedai kami pon akan ditutup buat sementara waktu sehingga diberitahu kelak demi mengambil langkah kawalan dari virus corona ini. Jangan bersedih semua, banyakkan berdoa supaya semuanya berjalan lancar.

Tetapi anda semua jangan risau, jika teringinkan masakan kami anda boleh terus call atau ws kami untuk tempahan. Tak gerak tak makan inilah rezeki kami. 😊

16/03/2020
Assalamualaikum sahabat semua, apa khabar anda hari ini. Kalau anda ada rasa macam nak demam panas, batuk berterusan ata...
13/03/2020

Assalamualaikum sahabat semua, apa khabar anda hari ini. Kalau anda ada rasa macam nak demam panas, batuk berterusan atau selsema yg teruk. Tolong terus pergi ke klinik kesihatan berhampiran anda.

Malaysia sekarang sebulan dua ni kita tengok menular wabak penyakit Corona yang boleh menyebabkan kematian semakin meningkat dan beberapa negeri sudah ada kes. Yg terbaru dengarnya di Pahang tempat kelahiran admin dan ikan2 patin admin. Katanya HTAA Kuantan dah dikuarantin satu tingkat terus. Semua pesakit dan nurse. Sahih atau tk admin tk pasti. Ada sesiapa kerja situ?

Banyak info2 yg kita boleh baca dan cuba praktiskan yang menular dalam laman sosial. Admin tahu ramai risau dan takut. Ada yang takut sebab benda ni jadi trending dan nak jadi orang terawal bagi tahu info, ada yang risau tentang wabak ni dan terus amek langkah kawalan yang sepatutnya terhadap diri sendiri dan org yang berdekatan, ada p**a yang risau dan takut tapi masih berjalan sana sini termasuk tempat2 yang sememangnya tak sepatutnya pergi waktu2 macam ni.

Seeloknya, kita cuba praktiskan apa langkah kawalan yang dikongsikan. Elakkan berada ditempat awam yang ramai, kalau terpaksa berada jugak tolonglah jaga diri sendiri. Pakailah apa yang sesuai untuk mencegah diri sendiri. Ada segelintir manusia, dia tidak akan risau dan takut sebab belum terjadi kat diri sendiri walaupon benda yang serius. Bila dah terjadi, tak guna menyesal. Percayalah.

Sekian bebelan dari kawan admin, seorang Pengamal Keselamatan dan Kesihatan Pekerja. Tugas dia dah bertahun tegur, nasihat dan ajar pekerja untuk jaga keselamatan dan kesihatan kepada pelbagai bangsa dan negara. Admin cuma kongsikan pengalaman admin kena basuh dengan dia.

Admin pon sama je jenis takut dan risau tapi tetap tak jaga diri 😅

Apa apa pon, moga kita semua dijauhkan dari wabak dan moga wanita2 cantik diluar sana terus mencintai abang2 .

*Kalau rasa dah insaf lepas baca posting ni, jangan takut untuk ke kedai admin. InsyaAllah selamat, kalau takut jugak. Anda semua boleh order melalui Food Panda 😘

Bismillah,Assalamualaikum sahabat semua. Lunch apa tuuuu. Ada yang rindu dengan ikan patin original sungai Pahang tak?Se...
10/03/2020

Bismillah,

Assalamualaikum sahabat semua. Lunch apa tuuuu. Ada yang rindu dengan ikan patin original sungai Pahang tak?

Sebelum ni kami ada mengatakan yang kami akan buat comeback. Dengan ini, secara rasminya kedai kami telah berpindah tempat dan buka di Bangi dari Putrajaya. Officially kedai kami di Putrajaya tutup.

Kejutan comeback kami ini, kami telah tambah beberapa menu untuk memenuhi kehendak pelanggan yang disayangi. Apa lagi tunggu, ayuh ajak keluarga serta rakan-rakan anda untuk menjamu selera di kedai kami. 😊

Sempena pembukaan ni, kami ada buat promosi SEEKOR PAIS TEMPOYAK IKAN PATIN atau masakan lain yang penting dapat SEEKOR ikan patin original sungai Pahang secara PERCUMA! Nikmatilah bersama yang tercinta.

Boleh waze atau google map ke kedai kami, taip dan anda menuju terus ke kedai kami. Cari singboars kedai kami disitu. Jangan lupa untuk share dan like kawan kawan! 😘

*Tertakluk pada terma dan syarat 😊

Assalamualaikum semua, apa khabar.Maaf admin agak sibuk kebelakangan ni dengan urusan kerja lain.Ramai call dan whatsapp...
27/02/2020

Assalamualaikum semua, apa khabar.

Maaf admin agak sibuk kebelakangan ni dengan urusan kerja lain.

Ramai call dan whatsapp admin tanya pasal kedai mengidam nak makan ikan patin original sungai temerloh masak tempoyak tapi pergi kedai tutup. Sebenarnya kami dalam proses berpindah, mencari tapak niaga baru.

Sebelum ni kami cuba selesaikan dulu sedikit krisis antara kami dan owner lama, tapi bukan rezeki kami utk terus niaga disitu. Dugaan 2020 bagi kami.

Jangan risau, kami sedang berusaha mencari dan setup tempat baru. Nanti kami akan buat comeback secara besar besaran 💪🏼

Doakan supaya urusan kami dipermudahkan untuk kenyangkan perut anda semua!

Apa itu tathaiyur? Sebahagian orang mesti pernah melakukannya dan sebenarnya, bertathaiyur itu adalah syirik.Contoh-cont...
06/01/2020

Apa itu tathaiyur? Sebahagian orang mesti pernah melakukannya dan sebenarnya, bertathaiyur itu adalah syirik.

Contoh-contoh Tathaiyur:

– Tergigit lidah kononnya ada orang mengumpat hal kita.

– Kupu-kupu masuk rumah kononnya ada orang yang nak datang.

– Ambil gambar 3 orang kononnya salah satunya akan pendek umur. 😂(hakikatnya semua orang akan mati)… Dan ni antara yang femes…hahaha

– Keluar rumah terlupa sesuatu kononnya jangan patah balik kerumah atau sesuatu musibah akan berlaku.

– Rebus anak lesong, kononnya tolak hujan.

– TIdak dapat merasa sesuatu makanan kononnya jilat telapak jari supaya tidak kempunan.

– Diberak burung kononnya ada rezeki.

– Sedang berbicara cicak berbunyi kononnya tanda perbualan itu benar.

– Menjamah makanan sebelum keluar rumah kononnya supaya tidak kempunan.

– Jumpa ular melintas di jalan, kononya ada sesuatu yang buruk berlaku hari itu.

– Mimpi berak, kononnya akan ditimpa sakit.

Kenapa dikatakan syirik? Jom baca.

عن ابن مسعود رضي الله عنه قال : قال رسول اللّه، صلى الله صلى الله عليه وسلم : الطيره شرك، الطيره شرك، وما منا الا ولكن يذهبه بالتوكل

“Dari Ibnu Mas’ud R.A berkata: Telah bersabda Rasulullah S.A.W : Bertathaiyur itu syirik, bertathaiyur itu syirik, dan tiada diantara kita yang tidak terlibat dengannya kecuali akan dijauhkan oleh Allah dengan bertawakkal”.
(H/R Ahmad [3411] at-Tibb. Turmizi [1539] as-Sair)

Bahaya At-Tathayyur…

“At-Tathaiyyur” dapat meniadakan “At-Tauhid” dari dua sisi:

1. Pelaku “At-Tathaiyyur” telah menghilangkan tawakkalnya kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala, serta bersandar kepada selain Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Padahal Allah Subhanahu Wa Ta’ala adalah satu-satunya tempat bergantung. Sebagaimana disebutkan dalam surah Al-Ikhlas ayat ke-2 (yang ertinya):
اَللّٰهُ الصَّمَدُ‌ ۚ
Allah tempat meminta segala sesuatu.
[QS. Al-Ikhlas: Ayat 2]

Dan perintah Allah Subhanahu Wa Ta’ala:

فَاعْبُدْهُ وَتَوَكَّلْ عَلَيــــهِ

“Maka sembahlah Dia, dan bertawakkallah (hanya) kepada-Nya.” (Hud: 123)

2. Pelaku “At-Tathaiyyur” sesungguhnya bergantung kepada sesuatu yang tidak ada hakikatnya, bahkan hal itu hanya sebuah dugaan dan khayalannya sahaja (yang tidak layak untuk dijadikan tempat bergantung)

Wallahualam…🌱

*Tapi kalau makan nasi set ikan patin masak tempoyak mintak tambah nasi itu normal, takde apa2 hint. Itu memang kewajipan bila makanan sedak pohpalih wehhhhhhh

02/01/2020

Salam tahun baru dan selamat kembali ke sekolah buat adik adik kita semua. Moga tahun baru ni lebih bersemangat dan kuat untuk terus berusaha belajar dan mencapai cita cita. Ingat, kalau cikgu mintak lukiskan wawasan 2040, adik adik jangan lah lukis kereta terbang. Itu wawasan kami ni yang lahir tahun 90an.

Baru ni ada orang New Zealand datang bungkus makanan set ikan patin kt kedai kami, katanya tak puas makan ikan patin masak tempoyak ni. Dia memang s**a dengan ikan sungai Pahang ni. Dia pon peniaga barangan baby, boleh usha fb dia.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=4113084028715807&id=100000427510801

Admin pon sebenarnya alamat dalam kad pengenalan, berasal dari New Zealand. Sebab tu muka ada iras iras Zyn Malik. Ramai yang tak tahu pasal ni. 😁

Baru ni ada seorang hamba Allah sahabat kita datang jauh dari Terengganu, katanya nak bawak family jalan-jalan KL dan sa...
23/12/2019

Baru ni ada seorang hamba Allah sahabat kita datang jauh dari Terengganu, katanya nak bawak family jalan-jalan KL dan sanggup memilih makan ikan patin masak tempoyak pekat dan pedas di kedai kami.

"Dok dang nok epek ye punye pekat, pedas dan fresh. Neleh hinguh"

Begitulah serba sedikit dia cakap slang Terengganu lepas habis hirup semangkuk ikan patin masak tempoyak kami.

Sedap kabo ke saing-saing, dok sedap kabo ke ambe dehh. Terima kasih bohhhhh 😁

Address

7525, Jalan Reko, Taman Perindustrian
Kajang
43650

Opening Hours

Monday 11:00 - 23:00
Tuesday 11:00 - 23:00
Wednesday 11:00 - 23:00
Thursday 11:00 - 23:00
Friday 15:00 - 23:00
Saturday 11:00 - 23:00
Sunday 11:00 - 23:00

Telephone

+60189835442

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Guleimasa Resepi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category