NASI SERAI BANGI

NASI SERAI BANGI Sedap.Cepat. Bersih
Daily Lunch Box .

06/02/2023
REJAB 14 1444HRAMADHAN: 44 HARI LAGIYang wajib seorang Muslim buat setiap hari, solat 5 waktu saja.Puasa yang wajib seka...
05/02/2023

REJAB 14 1444H
RAMADHAN: 44 HARI LAGI

Yang wajib seorang Muslim buat setiap hari, solat 5 waktu saja.

Puasa yang wajib sekali sebulan je masa bulan Ramadhan.

Zakat dan Haji untuk mereka yang mampu.

Cuba kita hayati maksud azan setiap kali masuk waktu solat.

Ayat pertama azan saja "Allahu Akhbar" dah bermaksud "Allah Maha Besar".

'Besar' dari apa saja yang ada di dunia.

'Besar' dari apa saja pekerjaan yang sedang kita buat.

Maknanya, kalau dah masuk waktu, kita tengah meniaga, berhenti sekejap, solat lah.

Maknanya, kalau dah masuk waktu, kita tengah driving, berhenti sekejap di surau, solat lah.

Turutan ayat dalam azan sendiri dah beritahu, bila kita solat, kejayaan akan datang ikut kita.
"Haiyaalas solah" dulu baru "Haiyaalas falah".
NASI SERAI BANGI kami ada jual frozen Daging Salai Masak Lemak Cili Api, guna kunyit hidup, santan ori, taknak makan dengan nasi boleh makan dengan cekodok ikan bilis daun kuchai atau makan dengan lempeng pun sedap.
Nak buat stok bulan Ramadhan pun boleh.
Malam sebelum tidur, keluarkan dulu dari freezer dan masak nasi siap2, bangun sahur jam 4:30 pagi, panaskan saja lauk tu.

https://wa.link/8rxei7

DAH NAK PUASA & RAYA, JOM TAMBAH INCOME DENGAN MENJUAL PRODUK MAKANAN DIBURU RAMAI ORANG DALAM BULAN RAMADANSemua orang ...
04/02/2023

DAH NAK PUASA & RAYA, JOM TAMBAH INCOME DENGAN MENJUAL PRODUK MAKANAN DIBURU RAMAI ORANG DALAM BULAN RAMADAN

Semua orang tahu kan, kalau dalam bulan Ramadan, negara tercinta kita ni jadi macam pesta makanan, sana sini orang berjualan makanan, keinginan untuk merasa berbagai jenis makanan juga melonjak naik di bulan mulia ni...kadang-kadang membeli itu macam esok nak kiamat dah...MAKA permintaan untuk makanan bertambah dan PELUANG BUAT DUIT juga turut bertambah.

Daging Salai Masak Lemak Cili Api kami ni dah 1 tahun berada di pasaran, dah bertukar packing 2 kali kot, rasa sedap dimasak dengan resipi temurun keluarga kami di Negeri Sembilan. Harga RM 25 sepaket, berat 350-400 gram sepaket.

HARGA EJEN RM 20/PAKET, UNTUNG RM 5/PAKET

berminat? klik link di bawah:

http://wa.me/601137315024/nakjadiejen

KELUARAN:
COCONUT TREE SYNERGY EMPIRE
NO. 624, JALAN HIJAYU 2/49
BANDAR SRI SENDAYAN
73000 NEGERI SEMBILAN...

FB PAGE: coconut tree kitchen, abul khairy al-latifi
TIKTOK; COCONUT TREE KITCHEN

04/02/2023

HEBATNYA SEBIJI DURIAN !

Yang busuk dari luar itu, tak semestinya busuk di dalam,
walaupun bau busuk bagi sesetengah orang, namun tak busuk pada sesetengah orang lain,
gitulah kehidupan ini, semua orang yang tak sama
rambut sama hitam hati lain-lain
busuknya tu lah yang menjadikan harganya mahal
yang busuk tu jugalah sedap isinya
lemak manis rasanya, lembut gebu walaupun duri tajam di luarnya bisa melukakan jari...
Yang berduri di luar itu, tak semestinya tajam di dalam
Yang ditimbang bukan kulitnya, tapi isinya, tanpa isinya apalah erti kulitnya, tanpa isinya takkan berharga sebiji durian itu...

gitulah ibarat insan itu
yang dipandang Allah, hatinya jua
justeru dalam hatinya itu terkandung iman & yakinnya
iman & yakinnya itu yang menjadikannya bernilai dan berharga di sisi Allah....

- Abul Khairy Al-Latifi -

04/02/2023

1986 - tahun di mana berlakunya lambakan graduan Universiti yang tak bekerja, zaman recession tiada peluang pekerjaan langsung. Kerajaan melancarkan skim siswazah menganggur dengan menawarkan latihan kepada mereka di dalam berbagai bidang dan diberi elaun sebanyak RM400, aku kira agak okaylah pada masa tu... Kos kehidupan tidaklah tinggi sepertimana hari ini.

Manakala aku, memilih jalan lain. Aku tinggalkan bumi Malaysia keluar mempelajari agama, iman dan memperbaiki amalan di Bangladesh, India & Pakistan..semasa di India, di sebuah desa yang bernama Takia, tempat di mana alim terkemuka India, zaahid, wali Allah, Dae terbilang Maulana Ilyas rahmatullahu alaihi menjadikannya zawiah untuk berzikir dan di sana juga sewaktu ketibaan aku di Takia, aku berkesempatan menemui atau dalam ertikata yang lain menziarahi allamah alim akhir zaman, Maulana Abul Hassan Ali An-Nadwi rahmatullahi alaihi. Amat beruntung sekali aku rasa dan amat bersyukur aku pada Allah Azza wa Jalla justeru kesempatan dan peluang yang diberikannya kepada aku menemui seorang alim yang hebat ini. Pesanan beliau kepada ku; "Belajarlah Bahasa Arab, sesungguhnya dia bahasa yang indah...." Lalu aku minta beliau mendoakanku dan beliaupun mendoakan untukku.....Alhamdulillah.

Abul Khairy Al-Latifi

04/02/2023

BILA APA YANG KAU BERNIAGA MACAM LAMBAT NAK GROW, APA PERLU DILAKUKAN?

KAU ADA 2 PILIHAN:

1. WALK AWAY atau dalam ertikata lain...bla...cabut....

2. TRY HARDER ...usaha dengan lebih kuat lagi kalau boleh sampai lunyai.....

chawwww..!!!!

04/02/2023

Apa kelebihan berniaga?

Belajar yakin dengan ALlah. Allah lah Maha Pemberi rezki...kalau makan gaji cukuplah tunggu duit masuk, tumpuan lebih diberikan kepada bos.

Boleh uruskan masa ikut kehendak dan pilihan diri sendiri, set priorities....

Kalau kena gaya dan rezki boleh hidup senang dan kaya raya cepat...tapi itu bukan matlamat, tujuan & matlamat mesti disematkan dalam hati untuk bantu orang lain dan agama, inshaaAllah berkat...

Address

Foodcourt N9, Jalan Sungai Ramal Dalam
Kajang
43000

Opening Hours

Monday 11:30 - 03:00
Tuesday 11:30 - 03:00

Telephone

+601137315024

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when NASI SERAI BANGI posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to NASI SERAI BANGI:

Share

Category