RareCafe

RareCafe RareCafe carries the living memoir of Dapur Raya Prihatin, a symbol of service, resilience, and togetherness.

Every cup, every plate, every conversation reflects the values of our community: learning, problem‑solving, kindness, and shared growth.

Hargs promo sempena bulan menghampiri Kemerdekaan. Bestnya!Keindahan Batik, Semangat Kembara Wahyu. Sambil mengopi di Ra...
14/07/2026

Hargs promo sempena bulan menghampiri Kemerdekaan. Bestnya!
Keindahan Batik, Semangat Kembara Wahyu. Sambil mengopi di RareCafe dengan Ust Shauqi Hasan.

10/07/2026

Satu tempat, macam-macam pilihan!

Tak kisah, datang untuk sarapan, makan tengah hari, minum petang atau sekadar lepak dengan keluarga dan kawan-kawan, semuanya ada di sini!

- Mee Kari yang pekat dan penuh rasa.
- Shakshouka yang unik dan mengenyangkan.
- Roti Bakar rangup bersama telur separuh masak.
- Bread Butter Pudding yang lembut dan berkrim.
- Kopi premium, Non Coffee, teh tarik dan pelbagai minuman yang menyegarkan.
- Dessert yang menarik dan sedap

Setiap hidangan disediakan dengan penuh kasih sayang kerana kami percaya makanan yang sedap mampu mencipta kenangan yang indah.

📍 Singgah di Rarecafe bersama keluarga, pasangan atau rakan-rakan.

Nikmati suasana yang selesa, makanan yang sedap dan layanan yang mesra.

Jom datang rasa sendiri!

Sekali cuba, pasti nak cuba lagi.

MOMEN INDAH TERCIPTA DI RARECAFESetiap hari, RareCafe menjadi saksi kepada pelbagai cerita.Ada yang datang meraikan hari...
08/07/2026

MOMEN INDAH TERCIPTA DI RARECAFE
Setiap hari, RareCafe menjadi saksi kepada pelbagai cerita.
Ada yang datang meraikan hari lahir.
Ada yang mengadakan reunion bersama sahabat lama.
Ada keluarga yang berkumpul selepas lama tidak bertemu.
Ada yang singgah untuk berbincang tentang kerja, menyiapkan tugasan, atau sekadar menikmati secawan kopi sambil berehat.
Kadang-kadang, selesai sesuatu program di kawasan sekitar, tetamu akan singgah untuk menyambung perbualan dan meluangkan masa bersama. Begitulah indahnya apabila sebuah kafe menjadi titik pertemuan.
Bagi kami, RareCafe bukan sekadar tempat menikmati makanan dan minuman. Ia adalah ruang untuk mencipta kenangan, mengeratkan silaturahim, berkongsi cerita, dan meraikan setiap momen besar mahupun kecil.
Terima kasih kepada setiap yang pernah memilih RareCafe sebagai sebahagian daripada kisah anda.
Kami sentiasa menantikan kunjungan anda yang seterusnya. 🤍

Disebabkan hari ini ada orang grab special item ini, kita nak share dan bagitahu kalian yang sekarang ni Windbreaker Ken...
06/07/2026

Disebabkan hari ini ada orang grab special item ini, kita nak share dan bagitahu kalian yang sekarang ni Windbreaker Kenyir boleh dapatkan dengan harga tak percaya! 😱
Jemput mai cafe kami!
Pelbagai merchandise Rare Nation boleh didapati sambil mengopi.

Bukan setakat dapat minuman kegemaran kalian di RareCafe, tapi kalian juga boleh kumpulkan koleksi tumbler eksklusif ist...
02/07/2026

Bukan setakat dapat minuman kegemaran kalian di RareCafe, tapi kalian juga boleh kumpulkan koleksi tumbler eksklusif istimewa dari RareNation!
Bukan biasa-biasa!

Rare Nation x Tyeso Premium Insulated Tumbler
Teman setia untuk hari yang sibuk. Sama ada di pejabat, dalam kereta, ketika travel atau menemani sesi me-time, tumbler ini membantu minuman anda kekal pada suhu yang diingini lebih lama.
• Kekalkan minuman sejuk sehingga 24 jam
• Kekalkan minuman panas sehingga 6 jam
• Rekaan premium & minimalis yang elegan
• Pilihan warna eksklusif: Pink & Green
• Vacuum Insulated Bottle
• Saiz praktikal 350ml / 12oz
Bukan sekadar tumbler, tetapi aksesori harian yang melengkapkan gaya hidup anda.
Sedia untuk dibawa ke mana sahaja.
Dapatkan terus tumbler limited edition ini menerusi shopee! STOK TERHAD!

Antara merchandise yang sangat praktikal. Dapatkan di RareCafe!
30/06/2026

Antara merchandise yang sangat praktikal. Dapatkan di RareCafe!

ISTIMEWA HUJUNG MINGGU ININak makan puas bersama keluarga dan kawan-kawan? Kami bawakan Family Combo yang lengkap dengan...
25/06/2026

ISTIMEWA HUJUNG MINGGU INI

Nak makan puas bersama keluarga dan kawan-kawan? Kami bawakan Family Combo yang lengkap dengan hidangan kegemaran ramai!

🍜 Mee Kari Mak Long
🍳 Shakshouka RareTV
🍞 Roti Bakar

Hanya RM43 PER SET, PERCUMA 2 Velvet Jelly dengan setiap pembelian Family Combo!

Nikmati hidangan yang mengenyangkan, lazat dan cipta memori indah bersama insan tersayang.

PROMOSI FAMILY COMBO BERMULA PADA 27 & 28 JUN 2026 SAHAJA!

Rasai sendiri kombinasi terbaik Mee Kari Mak Long, Shakshouka RareTV dan Roti Bakar dengan Velvet Jelly PERCUMA!

Jumpa di RareCafe!

PENGHARGAAN SEMPENA HARI BAPATerima kasih dari hati kami buat semua pelanggan yang hadir meraikan Hari Bapa hujung mingg...
22/06/2026

PENGHARGAAN SEMPENA HARI BAPA
Terima kasih dari hati kami buat semua pelanggan yang hadir meraikan Hari Bapa hujung minggu lepas di RareCafe.
Kami sangat menghargai setiap keluarga yang memilih RareCafe sebagai tempat untuk berkumpul, menjamu selera dan meluangkan masa bersama insan istimewa bergelar ayah. Melihat senyuman keluarga, anak-anak yang datang bersama ibu bapa, dan suasana meja yang penuh dengan gelak tawa benar-benar menjadikan hujung minggu lebih bermakna buat kami.
Hari Bapa bukan sekadar tentang ucapan, tetapi tentang menghargai pengorbanan seorang ayah yang mungkin jarang diceritakan. Ayah sering menjadi tempat bersandar, pelindung keluarga, pemberi semangat dan insan yang banyak berkorban dalam diam.
Kami di RareCafe berasa sangat bertuah kerana dapat menjadi sebahagian kecil daripada momen indah anda sekeluarga. Semoga setiap hidangan, perbualan dan masa yang diluangkan di sini menjadi kenangan manis yang akan dikenang.
Kepada semua ayah, abah, papa, walid dan figura bapa yang diraikan, harap masih belum terlambat untuk ucapkan Selamat Hari Bapa! Terima kasih atas kasih sayang, usaha dan pengorbanan yang tidak ternilai.
Terima kasih sekali lagi kerana terus menyokong RareCafe. Seronok sangat melihat wajah-wajah yang ceria. Kami doakan semoga setiap keluarga sentiasa dilimpahi kasih sayang, rezeki dan kebahagiaan.
Jumpa lagi di RareCafe.
Sedikit bingkisan istimewa buat semua.

PROMOSI ISTIMEWA HARI BAPA – HERO MALAYA!Ayah adalah wira yang tidak pernah meminta balasan, tetapi sentiasa memberi yan...
19/06/2026

PROMOSI ISTIMEWA HARI BAPA – HERO MALAYA!
Ayah adalah wira yang tidak pernah meminta balasan, tetapi sentiasa memberi yang terbaik untuk keluarga.
Sempena Hari Bapa, kami ingin meraikan semua Hero Malaya dengan hidangan istimewa di Rare Café hujung minggu ini.
🍳 Shakshouka RareTV
🍜 Mee Kari Mak Long
BELI KEDUA-DUA HIDANGAN INI DAN NIKMATI Teh Tarik Barista secara PERCUMA!
Mahukan kopi premium?
Upgrade ke Latte atau Cappuccino hanya tambah RM4 sahaja.
Raikan Hari Bapa dengan hidangan yang mengenyangkan, minuman yang menyegarkan dan kenangan yang tidak ternilai bersama insan paling istimewa.
Kerana setiap ayah adalah Hero Malaya yang sentiasa berjuang untuk keluarganya.

Tag ayah atau suami dan ajak beliau menikmati set istimewa ini!

Address

Lot 79979, Kompleks RPWP, Jalan Abim, Sungai Ramal Dalam
Kajang
43000

Opening Hours

Monday 09:00 - 20:00
Tuesday 09:00 - 20:00
Wednesday 09:00 - 20:00
Thursday 09:00 - 20:00
Friday 09:00 - 20:00
Saturday 09:00 - 20:00
Sunday 09:00 - 20:00

Telephone

+60123807585

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when RareCafe posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category