Nss Kerepek

Nss Kerepek owned by
Kerepek and Biskut lover�
Pelbagai aneka kerepek dan biskut�
Jom order�

hari ni bukak macam biasa..esok kami dah tutup.sapa sapa berminat untuk dapatkan kuih raya,kerepek,kelongsong ketupat.da...
21/04/2023

hari ni bukak macam biasa..esok kami dah tutup.sapa sapa berminat untuk dapatkan kuih raya,kerepek,kelongsong ketupat.dapat kan segera.kedai buka dari 9.30pg hingga 9.30mlm..kedai di decentrum mall uniten kajang

mari dapat kan segera kuih raya dan pelbagai kerepek anda di decentrum mall uniten kajang bukak sampai 10mlm..jangan lam...
20/04/2023

mari dapat kan segera kuih raya dan pelbagai kerepek anda di decentrum mall uniten kajang bukak sampai 10mlm..jangan lambat tunggu anda disana..

10/04/2023
Cara pilih buah tembikai manis 🍉🍉🍉
09/04/2023

Cara pilih buah tembikai manis 🍉🍉🍉

C&P:Namanya RUMPUT SAMBAU @ RUMPUT DEGIL @ RUMPUT LIAT @ RUMPUT KUCING ..biasa di kampung2...DEGIL-DEGIL PUN BANYAK MANF...
09/04/2023

C&P:
Namanya RUMPUT SAMBAU @ RUMPUT DEGIL @ RUMPUT LIAT @ RUMPUT KUCING ..biasa di kampung2...

DEGIL-DEGIL PUN BANYAK MANFAATNYA TAU..

Assalamualaikum sahabat syurga, saya nak kongsi sedikit salah satu jenis tumbuhan yang semua orang tak pandang pokok ni walau pun sebelah mata.

Sebab apa?

Mungkin sebab dia adalah tumbuhan yang menyebabkan sahabat-sahabat semua rasa meluat dengan kedegilannya. Buang, nanti akan tumbuh lagi, buang tumbuh lagi, kalau tumbuh lagi mesti dah buang..

Siapa pernah tengok pokok rumput ni? Tumbuh subur dimana sahaja tanah yang sahabat-sahabat semua selalu pijak.

Saya perkenalkan, inilah Pokok Rumput Sambau, Rumput Degil, Rumput Liat, Rumput Kucing dan entah apa lagi nama orang panggil.

Tepi rumah, belakang rumah, dalam longkang, dalam pasu, tepi jalan, dalam garaj. Pendek kata semua tempat dia ada. Tebas nanti tumbuh lagi, walaupun diracun, selang dua minggu Insyaallah dia tumbuh balik.

Biarlah dia dengan caranya yg Allah SWT cipta untuk manfaat hambanya yang bernama manusia. Sebenarnya kita tak tahu khasiatnya sebab itu kita meluat, rimas dan menyumpah bagai, betul tak?

Bila dah tahu nanti boleh lah amal ya, bila dah tahu jugak nanti jangan la pergi cari benih dan tanam pulak...

Jom kita baca dan ambil tahu semua khasiatnya.

👉 AKAR direbus tiada sukatan, ikut selera masing-masing.

- Kecutkan perut dan usus, kalau rasa perut tak selesa dan sedikit besar kedepan tu boleh lah amal ya.

- Merawat cirit birit, tak kira lah salah makan atau memang rutin mingguan atau bulanan terkena cirit ni. Amal je Insyaallah.

- Bagus untuk turunkan suhu panas yang melampau, selalu demam panas pada kanak2 lah. Bagi je anak minum.

- Penyakit hati bengkak atau apa-apa sahaja masalah pasal hati..

- Ada orang selalu atau mudah keluar peluh, baru angkat tangan nak suap nasik dah berpeluh, sila amal dengan rela.. Insyaallah.

👉 DAUN.
- Pernah tengok kucing makan daun rumput, haaa ni la antara rumputnya. Dia makan sebab perutnya rasa tak selesa, mungkin keracunan atau sebagainya. Lepas dia makan, tak lama kemudian dia akan muntah makanan berserta daun rumput yang dia makan. Kita pun boleh cuba kalau keracunan, itu pun kalau sanggup.

- Segenggam daun dikisar dengan secawan air untuk dijadikan jus. Bagus untuk anak2 yang kecacingan, sama ada cacing pita atau cacing ramu. Try la..

👉 Ni khasiat keseluruhan POKOK bila direbus, rebus akar, batang dan daun ya..

- Merawat sistem saluran kencing, menyahtoksin yang melekat atau mengganggu saluran perkumuhan anda.

- Kalau ada masalah kencing tak puas, kejap-kejap masuk tandas, kejap-kejap rasa air kencing terkeluar, boleh amal untuk melawaskan kencing, Insyaallah dengan izinnya akan mujarab.

- Bagi yang ada masalah sakit sendi, tak kiralah sendi bahagian mana pun. Bengkak ke, merah-merah ke, boleh cuba amalkannya Insyaallah.

- Menurunkan suhu badan yang panas, selalunya bila demam suhu badan akan tunggu kan? Boleh amalkannya.

- Bagi yang ada masalah angin pasang, boleh amalkan air rebusan rumput ni. Tahu angin pasang? Bukan air pasang tau.

- Yang makan tanpa fikir makanan tu bersih atau sudah rosak, sila sediakan dengan segelar air rebusan rumput sambau ya. Rasa memulas je perut tu terus minum. Kalau belum berkesan sila amal lagi sampai nampak kesannya..

- Deman kuning selalunya pada bayi yang baru lahir, jadikan air mandian atau titiskan kedalam mulut. Insyaallah..

- Penyakit hati bengkak atau apa-apa sahaja masaalah mengenai hati, bagus untuk amal.

- Bagi yang ada masalah gigi dan gusi berdarah, boleh amal air rebusan dengan cara berkumur atau meminumnya. Insyaallah dengan berkat amalan akan sembuh.

Sekian perkongsian pasal Rumput Degil ni, seliat-liatnya pun ada manfaat pada manusia dan haiwan.

Semoga ianya bermanfaat untuk kita semua hingga tersebar ., Insyaallah
Wallahualam..

Address

De Centrum Mall, Jalan Ikram Uniten
Kajang
43000

Telephone

+601156577030

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Nss Kerepek posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Nss Kerepek:

Share

Category