Cheftako KajangPerdana

Cheftako KajangPerdana Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Cheftako KajangPerdana, Food stall, Cyberjaya, Kajang.

With TSI Healing Port Cyberjaya  – I just got recognised as one of their top fans! 🎉
24/07/2024

With TSI Healing Port Cyberjaya – I just got recognised as one of their top fans! 🎉

Salam Aidiladha 1444H 🌸Kami dari CHEF TAKO tulus ikhlas mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua umat Islam....
28/06/2023

Salam Aidiladha 1444H 🌸

Kami dari CHEF TAKO tulus ikhlas mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua umat Islam.

Semoga perayaan tahun ini kita dapat sambut dengan penuh rasa kesyukuran. Semoga kita dapat menghayati makna Qurban dan perjuangan yang kita tengah usahakan.

Mudah-mudahan juga segala amalan-amalan kita diterima dan dilipatgandakan pahala.

Jom takbir Raya 🌸

Salam Aidilfitri 1444H Maaf Zahir dan Batin. Laungan takbir menjadi tanda berakhirnya Ramadan dan maka bermulalah bulan ...
21/04/2023

Salam Aidilfitri 1444H Maaf Zahir dan Batin.

Laungan takbir menjadi tanda berakhirnya Ramadan dan maka bermulalah bulan mulia iaitu bulan Syawal. Sama-sama kita panjatkan kesyukuran kerana dipertemukan sekali lagi dengan Syawal pada tahun ini.

Gemersik takbir mengundang hiba,
Salam diutus tanda ingatan,
Syawal dinanti menjelang tiba,
Salam diutus pohon kemaafan,

Dengan luhur hati ikhlas kemaafan, semoga silap dan salah mohon di ampuni. Jadikan bulan Syawal ini adalah bulan untuk membina Silaturahim serta bulan untuk membahagiakan insan tersayang. Moga Syawal kali ini memberi 1001 rahmat dan keberkatan untuk kita semua.

Selamat Menyambut Nuzul Al-Quran 1444H ❤️“Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, yang menjadi petunjuk bagi sek...
08/04/2023

Selamat Menyambut Nuzul Al-Quran 1444H ❤️

“Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, yang menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dengan yang salah.” - Al-Baqarah: 185

Nuzul Al-Quran adalah satu peristiwa penurunan Al-Quran kepada Nabi Muhammad SAW. Al-Quran diturunkan secara berperingkat-peringkat sampailah jadi lengkap seperti yang ada pada harini.

Sama-sama kita menghayati peristiwa penting ni dan ambil peluang untuk kita berinteraksi dengan Al-Quran 😊

Salam Nuzul Al-Quran dari kami CHEF TAKO 🌸

Address

Cyberjaya
Kajang
43000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Cheftako KajangPerdana posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category