Hokkaido Inti Jebok by Pinaz

Hokkaido Inti Jebok by Pinaz 🍰 Kek paling sedap atas muka bumi.
💼 Peluang bisnes untuk mereka yang nak tambah income.
🤍 Team support sampai berjaya.

03/08/2026

Tengah scroll gallery phone, tetiba jumpa video masa memula Pinaz bawak anak-anak berhijrah ke Kelantan dulu. Tetiba teringat semula susah payah dan pahit jerih Pinaz masa tu.

4 tahun lepas ...

Pinaz datang ke sini dengan anak-anak, tanpa saudara mara, tanpa kenal sesiapa.

Masa tu, hidup Pinaz memang sedang diuji. Hati penuh dengan seribu satu persoalan. Sampai satu ketika, Pinaz sendiri tak tahu ke mana arah yang perlu dituju. Pinaz nekad tinggalkan Johor dan mulakan hidup baru di bumi Kelantan.

Selama beberapa bulan, keputusan itu Pinaz rahsiakan daripada keluarga.

Ada hari yang Pinaz rasa dunia terlalu gelap, tak tahu apa yang menanti hari esok. Tak tahu dari mana rezeki akan datang. Tapi Pinaz percaya...

Kalau Allah yg bawa Pinaz ke sini, Allah juga takkan biarkan Pinaz sendiri.

Hari ini bila Pinaz menoleh ke belakang, rasa sebak. Tak pernah terlintas yang bumi asing inilah akhirnya menjadi tempat lahirnya Hokkaido Inti Jebok by Pinaz. Allahuakbar, besar sungguh kuasa-Mu ya Allah.

Allah hadirkan orang-orang yang baik. Allah hadirkan pelanggan yang sentiasa menyokong. Allah hadirkan team yang sanggup berjalan bersama.

Rupanya, setiap ujian yang Pinaz lalui dulu sedang membawa Pinaz ke jalan yang lebih baik.

Ini baru permulaan cerita Pinaz.

Patut ke Pinaz sambung cerita perjalanan ni?

Kalau nak, komen "Sambung". Insya-Allah Pinaz akan ceritakan satu persatu.

15/07/2026

Assalamualaikum semua.

Akhirnya Pinaz ada page rasmi sendiri untuk Hokkaido Inti Jebok by Pinaz.

Sebelum ni, semuanya Pinaz kongsi di Facebook personal Safinaz Anuar. Dari gambar kek, order, cerita team sampailah perjalanan membina Hokkaido bersama korang semua.

Mulai hari ini, semua perkongsian tentang Hokkaido Pinaz akan kongsikan di sini. Insya-Allah lebih mudah untuk korang ikuti segala update, cerita dan aktiviti Team Ciknaz Jebok.

Doakan semoga hokkaido inti jebok terus berkembang, terus memberi manfaat dan terus menjadi asbab rezeki untuk lebih ramai orang.

Terima kasih kerana masih setia bersama Pinaz dari awal hingga hari ini. Semoga perjalanan kita selepas ini lebih indah, insya-Allah ❤️

Address

Kok Lanas
Kajang

Telephone

+601131394407

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hokkaido Inti Jebok by Pinaz posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category