23/06/2015
NAK RESIPI AYAM PERCIK TERENGGANU?
Jika puan inginkan kelainan boleh la berkunjung ke gerai kami di bazar ramadhan seksyen 16 bangi. (atau call dulu 13-262 6208 / 0136179871)
Pasti menu ISTIMEWA: SATAR BAKAR TERENGGANU dan AYAM PERCIT TERENGGANU juga boleh didapati di gerai kami.
Ok, hari nie sy kongsi resipi Ayam Percik Terengganu, nanti puan boleh cuba dirumah:
Bahan-bahan:
☑ 5 ketul ayam
☑ 200 ml santan pekat (1 kotak kecik santan)
☑ 4 ulas bawang merah (dikisar)
☑ 1 inci setengah halia (dikisar)
☑ 2 batang serai (diketuk)
☑ 1 sudu besar cili giling
☑ 1 sudu teh ketumbar (ditumbuk)
☑ 2 sudu teh jintan manis (ditumbuk)
☑ 1 sudu teh lada hitam (ditumbuk)
☑ 2 keping asam keping
☑ Sedikit belacan
☑ Garam dan gula secukup rasa
Cara memasak:
------
Panaskan santan di atas periuk.
☑ Masukkan p**a bahan kisar dan tumbuk; bawang, halia, cili giling, belacan, serai, ketumbar, jintan manis dan lada hitam.
☑ Kacau sebentar sehingga sebati.
☑ Masukkan ayam. Dan biarkan sehingga empuk.
☑ Keluarkan ayam dan asingkan sebentar. Teruskan memasak kuah ayam.
☑ Masukkan asam keping, gula dan garam.
☑ Kacau sehingga bahan-bahan sebati. Biarkan sehingga kuah pecah minyak dan kuah pekat.
☑ Tutupkan api apabila sudah masak.
☑ Sapukan p**a sedikit garam pada ayam tadi dan panggangkan sebentar.
☑ Apabila ayam sudah masak, hidangkan dan curahkan kuah tadi ke atas ayam.
☑ Sedia untuk dinikmati.
PS: Jika tidak boleh memanggang, ayam tadi boleh digaul garam dan sedikit kunyit dan digorengkan sebentar. Selepas itu barulah curahkan semula kuah tadi pada ayam goreng itu.
=======
Jika puan inginkan kelainan boleh la berkunjung ke gerai kami di bazar ramadhan seksyen 16 bangi. (atau call dulu 013-262 6208/ 0136179871)
Pasti menu ISTIMEWA: SATAR BAKAR TERENGGANU dan AYAM PERCIT TERENGGANU juga boleh didapati di gerai kami.
=======