Apam Balik Klasik

Apam Balik Klasik 💫 Dari tepi jalan ke hati pelanggan. Kami bukan chef hotel tapi kuali kami banyak cerita 😄

Kami kongsi kisah sebenar, tips & semangat peniaga jalanan.

Dari usaha kecil jadi sumber inspirasi besar ❤️

01/06/2026

Salam 1 Jun 2026 🌤️

Selamat pagi sahabat-sahabat semua.
Pejam celik, pejam celik... sedar-sedar kita dah melangkah masuk bulan ke-6 tahun 2026.

Rasa macam baru semalam sambut tahun baru, tup tup kalender dah minta kita buka muka surat yang seterusnya. 😄

Kalau 5 bulan lepas ada impian yang masih belum tercapai, jangan risau. Selagi masih diberi nafas, selagi itulah masih ada peluang untuk mencuba.

Yang jatuh boleh bangun.
Yang perlahan boleh terus berjalan.
Yang penat boleh berehat sekejap, tapi jangan berhenti.

Kadang-kadang kita terlalu fokus pada apa yang belum dapat, sampai terlupa melihat sejauh mana kita sudah melangkah.

Mungkin rezeki belum melimpah.
Mungkin bisnes belum meletup.
Mungkin hutang masih berbaki.
Mungkin impian masih jauh di depan mata.

Tetapi jika hari ini kita masih mampu tersenyum, masih mampu bekerja, masih mampu makan bersama keluarga dan masih diberi kesempatan untuk berusaha, itu juga satu nikmat yang sangat besar.

Bulan Jun ini, semoga Allah permudahkan segala urusan kita, murahkan rezeki yang halal, sihatkan tubuh badan, tenangkan hati dan makbulkan doa-doa yang telah lama kita simpan dalam diam.

Teruskan melangkah sahabat.
Tak perlu jadi hebat dalam sehari.

Cukup jadi lebih baik daripada diri kita semalam. ❤️

Selamat pagi dan selamat memulakan bulan Jun 2026.

31/05/2026

Tadi lalu satu video ni dekat FYP.

Seorang ayah kat rumah sambil bawa sepinggan kentang dan daging burger.

Kalau ikut mata orang yang s**a mengkritik, mungkin ada yang cakap kentang tu terlebih masak. Ada yang mungkin kata rupa makanan tu biasa-biasa je. Tak cantik macam dalam iklan.

Tapi bila tengok reaksi anak-anak dia...

Terus rasa sebak.

Anak-anak tu berlari datang, senyum lebar, peluk ayah mereka erat-erat macam ayah tu baru balik bawa hadiah paling mahal di dunia.

Bukan sebab kentang tu sedap sangat.
Bukan sebab daging burger tu mahal sangat.

Tapi sebab mereka bersyukur.
Mereka nampak kasih sayang yang dibawa bersama makanan itu.

Mereka nampak usaha seorang ayah yang mungkin penat bekerja seharian.

Mereka nampak pengorbanan yang kadang-kadang tidak mampu dibeli dengan wang ringgit.

Masa tu baru terfikir...

Kadang-kadang kebahagiaan bukan datang dalam bentuk kemewahan.
Bukan rumah besar.
Bukan kereta mewah.
Bukan makanan viral yang beratur panjang.

Tetapi kebahagiaan datang apabila hati tahu menghargai apa yang ada.

Hari ini ramai yang ada meja penuh makanan, tetapi masih rasa tidak cukup.

Sedangkan ada keluarga yang berkongsi satu pinggan, namun penuh dengan gelak tawa dan rasa syukur.

Itulah nikmat yang paling mahal.
Nikmat yang susah nak dibeli.
Nikmat yang lahir daripada hati yang sentiasa melihat apa yang dimiliki, bukan apa yang belum dimiliki.

Semoga kita semua tidak menjadi manusia yang hanya bahagia apabila segalanya sempurna.

Kerana hakikatnya, hidup ini tidak pernah sempurna.

Tetapi rasa syukur mampu menjadikan apa yang sederhana terasa begitu istimewa.

Kadang-kadang, satu pinggan kentang dan daging burger sudah cukup membuatkan sebuah keluarga merasa seperti memiliki seluruh dunia.

Alhamdulillah. ❤️

Credit To : Facebook Orang Kampung. Anda memang terbaek...🥰

31/05/2026

OFF TOPIK🤣🤣

Jangan Gelakk wehhh😅


Masa bergerak laju apabila kita terlambat.Masa terasa lambat apabila kita menunggu.Masa terasa singkat apabila kita gemb...
30/05/2026

Masa bergerak laju apabila kita terlambat.
Masa terasa lambat apabila kita menunggu.
Masa terasa singkat apabila kita gembira.
Masa terasa panjang apabila kita bersedih.

Hakikatnya, masa tetap sama. Yang berubah adalah keadaan diri dan perasaan kita.

Kadang-kadang kita kata...
"Eh, cepatnya masa berlalu."

Sedangkan masa tak pernah berlari.
Yang berlari sebenarnya adalah umur kita.
Yang semakin jauh adalah peluang yang kita biarkan berlalu.

Bila sedang bahagia, sehari rasa macam sejam.

Bila sedang diuji, sejam rasa macam sehari.
Sebab itu jangan terlalu mengikut emosi ketika menilai perjalanan hidup.

Hari ini mungkin perlahan.
Hari ini mungkin penat.
Hari ini mungkin jualan tak seperti yang diharapkan.

Tetapi selagi kita masih diberi masa, masih ada ruang untuk berusaha, memperbaiki dan bangkit semula.

Masa tidak menunggu sesiapa.
Namun masa sentiasa memberi peluang kepada mereka yang tidak berhenti melangkah.

Jangan sibuk menghitung berapa lama perjalanan ini.

Fokus sahaja pada langkah seterusnya.
Kerana kejayaan bukan milik orang yang paling laju.

Tetapi milik orang yang paling lama bertahan.

Teruskan usaha. Teruskan berjuang. Hari yang baik mungkin sedang berjalan perlahan-lahan menuju kepada kita. ❤️

30/05/2026

Fahami produk sendiri dulu… baru orang lain yakin nak beli.

Ramai orang ingat berniaga ni cukup sekadar “produk sedap” atau “viral”.

Hakikatnya… ramai yang jual benda sama.

Apam balik sama.
Air sama.
Packaging pun lebih kurang sama.

Tapi kenapa ada kedai orang sanggup beratur?
Kenapa ada bisnes customer cari walaupun jauh?.. Tutup?

Sebab mereka faham apa yang mereka jual.

Bila kita sendiri faham produk kita, kita tak jual sekadar makanan…

Kita jual pengalaman.
Kita jual rasa percaya.
Kita jual cerita di sebalik setiap usaha.

Kalau produk kita sama macam pesaing dan tak ada identiti… akhirnya pelanggan hanya nampak satu benda:

“Mana paling murah?”

Itu yang bahaya.
Berniaga jangan harap hype semata-mata.
Hari ni viral… esok orang lupa.

Yang buat customer datang balik ialah nilai yang kita bina.

Macam kami di Apam Balik Klasik Kajang…

Kami bukan sekadar masak apam balik crunchy.
Kami jual rasa rangup panas-panas depan customer.
Kami jual suasana live cooking di majlis.
Kami jual pengalaman orang ramai tengok apam balik dimasak satu-satu sambil bau wangi naik semerbak.

Kadang customer bukan ingat sangat harga…
Tapi dia ingat feeling masa makan.

Itu branding sebenar.

Orang beli bukan sebab produk sahaja.
Orang beli sebab mereka percaya dengan siapa yang menjual.

Bila kita faham produk sendiri… baru kita boleh buat orang lain faham kenapa mereka patut pilih kita.

Berniaga ni bukan perang harga semata-mata.

Ini perang nilai, kepercayaan dan jiwa.
Yang murah belum tentu menang.
Yang faham customer… itu biasanya susah nak tumbang. 🔥

30/05/2026

Betul kan?🤣🤣

Sapa pernah rasa?

Cer Komen sikit...🔥🔥




29/05/2026

Ramai ingat kami ni jual apam balik je… 😁
Hakikatnya bila masuk musim kenduri, team kami pun boleh tahan “busy level kenduri kahwin artis” jugak 😂

Selain Apam Balik Crunchy, cendol dan aiskrim…

Kami juga ada menyediakan Katering Jelly Kelapa 🥥✨

Yang cuaca panas-panas ni… perghhh… memang ngam masuk tekak.

Sekali makan, rasa sejuk dia sampai ke hati 😌

Ada customer ambil untuk: 🎉 Majlis kahwin
🎈 Birthday party
🏢 Event korporat
🕌 Jamuan masjid & doa selamat
🎓 Hari s**an & sekolah

Nak lagi syok, jelly kelapa ni memang sesuai jadi pencuci mulut sebab rasa dia ringan, sejuk dan menyegarkan. Budak-budak s**a, orang dewasa pun laju tambah cup kedua 🤭

📌 Pilihan saiz:
🥥 4oz
🥥 8oz

Boleh tempah ikut jumlah pax majlis 😊
Nak combine sekali dengan apam balik, cendol atau aiskrim pun boleh terus setel sekali 💪

Kadang-kadang benda simple macam jelly kelapa ni lah yang buat tetamu tersenyum puas lepas makan 😍

📍Apam Balik Klasik Kajang
No 15, Jalan Rumah Murah 1
Taman Lembah Mewah, Kajang

📲 0102768626

29/05/2026

OFF TOPIK🔥🔥

Mental betul la bader ni… Kalau accident, ambil je gambar motor dengan nombor plate. Settle cerita.

Ni siap viral sana sini tapi undang-undang pun tak tahu. Boleh pulak sibuk nak minta IC orang 😅

Bukan nak backup apek tu 100%… tapi berpada-pada la. Orang tua kot, hormat sikit. Kadang bila marah sangat, akal terus parking tepi jalan 😌

Zaman sekarang semua benda nak viral dulu, fikir kemudian. Last-last netizen pulak jadi lawyer free dalam komen 😂

28/05/2026

“Apam panas tempat cari rezeki… bukan tempat lepaskan baran.”

Tadi Pak Atan terbaca satu kisah yang tengah viral… pasal seorang rider makanan yang didakwa terkena simbahan kuah panas masa ambil order dekat sebuah premis makanan.

Allahu… baca pun rasa ngilu bang.
Tak kisah siapa betul siapa salah, biarlah pihak berkaitan siasat elok-elok. Kita yang tengok dari luar ni jangan terus jadi hakim mahkamah Facebook pulak 😅

Tapi ada satu benda yang Pak Atan rasa semua orang kena faham…

Bila berniaga makanan, tangan kita pegang benda panas setiap hari. Kuali panas. Kuah panas. Air panas. Minyak panas.

Semua tu kalau tersalah guna… boleh jadi luka yang orang ingat sampai bertahun.
Kita faham… Pekerja penat. Rider penat.

Customer pun kadang stress.

Ada yang dari pagi belum makan. Ada yang order lambat siap. Ada yang kena marah customer. Ada yang sales tak jalan.

Tapi penat bukan tiket untuk hilang adab. Stress bukan lesen untuk sakitkan orang.

Kadang manusia ni bukan marah sebab benda besar pun… Kadang sebab perut lapar, cuaca panas, order bertimbun, hati tengah serabut.

Sebab tu dalam dunia F&B ni… Sabar tu bukan aksesori bang… Sabar tu “uniform” sebenar 😌

Pak Atan sendiri berniaga dah bertahun. Percayalah… Customer marah pernah kena. Order cancel pernah rasa. Kena komplen pun pernah.

Ada hari tepung tumpah. Ada hari customer datang masa apam belum sempat masak. Ada hari badan penat macam bateri tinggal 2%.

Tapi bila tengok customer senyum sambil makan panas-panas… Terus rasa, “Alhamdulillah… inilah rezeki.”

Makanan ni sepatutnya satukan orang. Bukan lukakan orang.
Dan kalau betul terkena benda panas, jangan main letak ubat pelik-pelik. Bukan tengah perap ayam bang 😭 Terus alirkan dengan air paip sejuk dan dapatkan rawatan kalau serius.

Akhir sekali… Tak kira pekerja premis, rider, cashier, tukang masak atau customer…

Semua orang tengah berjuang cari rezeki masing-masing.

Kadang satu ayat lembut boleh sejukkan keadaan. Dan kadang satu tindakan kasar… boleh tinggalkan parut seumur hidup.

Jaga mulut. Jaga emosi. Jaga hati manusia ❤️

27/05/2026

OFF TOPIK🔥🔥

Panas wehhh... Geram pulak tengok.. Nak naik tangan pun agak2 la depan orang...

Address

Kajang
43000

Opening Hours

Monday 11:00 - 19:00
Tuesday 11:00 - 19:00
Wednesday 11:00 - 19:00
Thursday 11:00 - 19:00
Saturday 11:00 - 19:00
Sunday 11:00 - 19:00

Telephone

+60135847909

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Apam Balik Klasik posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share