20/03/2026
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 🌙
Selamat Hari Raya Aidilfitri daripada kami sekeluarga di Homestay Hj Musa Kabong. Di hari yang mulia ini, kami ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kerana sudi memilih homestay kami sebagai tempat penginapan anda.
Semoga setiap detik yang diluangkan di homestay kami membawa kenangan manis dan pengalaman yang menyenangkan.
Doa kami untuk anda dan keluarga: semoga Syawal ini dipenuhi kebahagiaan, kesihatan, rezeki yang diberkati, dan rahmat Allah yang berpanjangan.
✨ Selamat Hari Raya Aidilfitri – Maaf Zahir & Batin.