05/10/2025
Terima Kasih, Tetamu dari Indonesia 🇮🇩❤️🇲🇾
Pihak Dapur Sambal Merecik ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada para pelanggan dari Indonesia yang sudi singgah menjamu selera di kedai kami.
Kehadiran kalian bukan sahaja menghangatkan suasana, malah memberi semangat buat kami untuk terus menyajikan makanan yang terbaik. Kami harap hidangan dan layanan kami meninggalkan kenangan manis sepanjang lawatan kalian ke sini. 🙏✨
Semoga ada rezeki untuk kita berjumpa lagi di masa akan datang! Jangan lupa, kalau datang Malaysia lagi, singgah ya di Dapur Sambal Merecik 😄