Resepi Masakan Ibu Ibu Comel

Resepi Masakan Ibu Ibu Comel Berkongsi aneka resepi pelbagai masakkan yang sedap lagi Enak.

💕 Anda geng mak-mak yang suka sambal, laok, snek, cookies dan dessert lazat?🌶️🥘🍿🍪🍰

Intai sini 👇🏻
https://www.galeriinspirasiwanita.com/p/teega-sh01.html

Peluang jana income 4 hingga 5 angka sebulan dengan bisnes makanan Sesuai untuk wanita wanita yang ingin mengasah lagi skill memasak atau yang ingin memulakan perniagaan dalam bidang makanan.

Apam susu strawberry..Simple & cepat 😍😋Resepi:Telur gred A        - 3bijiGula                     - 3/4cwnOvelete       ...
04/09/2026

Apam susu strawberry..
Simple & cepat 😍😋

Resepi:

Telur gred A - 3biji
Gula - 3/4cwn
Ovelete - 1sb
Susu pekat - 3sb
Esen strawberry - 1sk
Tepung gandum - 1cwn stgh
Baking powder - 1st(optional)
Pewarna strawberry

1st, panaskan pengukus hgga air mendidih.
Mix telur, gula, ovelete, susu pekat, esen strawberry hingga putih, gebu & berat.
Maksud gebu tu angkat paddle mixer adunan jatuh perlahan.
Baru masukkan gandum, kuap balik je adunan hgga sebati. Dah sebati, bahagikan pd 2 bekas.
1 color asal, 1 color lg sy guna perisa air strawberry, titiskan beberapa titik & adun sbati.
Gris loyang dgn sdikit minyak & mas**an adunan ikut korg.
Kukus 30minit, api sederhana besar.

Kredit : Shaa Rahim

Mini cheesecakeBahanBase:3 cup biskut marie - kisar halus1/2 cup butter - cairkanTuang butter dalam adunan biskut marie....
03/09/2026

Mini cheesecake

Bahan

Base:

3 cup biskut marie - kisar halus

1/2 cup butter - cairkan

Tuang butter dalam adunan biskut marie. Gaul sebati. Sudukan dalam paper cup, tekan2 bagi padat, simpan dalam peti ais sekej*p.

Kek keju:

250gm cream cheese

2 bj telur

1/2 cup gula (saya pakai 3sb saja)

1/2 sb jus lemon

1 1/2 sb tepung gandum

Putar cream cheese + gula. Masukkan telur, putar. Masukkan jus lemon, tepung. Gaul sebati. Sudukan atas adunan biskut marie tadi. Bakar 160/16 minit. Hias dengan topping pilihan.

🌸 kredit: wan suryana

Kek kukus santan neopolitan🧑‍🍳2 biji telur🧑‍🍳200g tepung kek (ayak)🧑‍🍳100g gula halus🧑‍🍳200ml santan🧑‍🍳70ml butter cair🧑...
03/09/2026

Kek kukus santan neopolitan

🧑‍🍳2 biji telur
🧑‍🍳200g tepung kek (ayak)
🧑‍🍳100g gula halus
🧑‍🍳200ml santan
🧑‍🍳70ml butter cair
🧑‍🍳2sb susu tepung
🧑‍🍳1/2 sk baking powder
🧑‍🍳1/2 sk vanilla (optional)
🧑‍🍳1/2 sb ovalate

Cara membuatnya
🧑‍🍳Telur+ ovalate+ gula + vanilla mix hingga puteh gebu dlm 10 minit..
🧑‍🍳Kemudian bubuh tepung+ susu tepung+ baking powder kaup balik semua bahan hingga sebati cukup sekadar sebati jer..
🧑‍🍳Kemudian bubuh santan + butter cair kaup balik lg semua bhn hingga sebati..cukup sekadar sebati jgn terlalu lama..tuk elakkan kek jd mampat & menurun mendap..
🧑‍🍳Bahagikan adunan sama banyak & pewarna ikut citarasa..nk buh perisa pun buleh..
🧑‍🍳Kukus selama 30 minit..syiappp!!!

👉Buleh guna loyang 6@7

Kredit : Riesha Liena

Semoga empunya resepi ini di permudahkan Segala urusan nya selalu 🤲

Pagi ni mohhh kita buat si baby pankek fluffy🧑‍🍳🥞bahan semua hado dh ..jommm ke dapur..Baby pankek fluffy🥞🥞1cwn tpg gand...
03/09/2026

Pagi ni mohhh kita buat si baby pankek fluffy🧑‍🍳🥞bahan semua hado dh ..jommm ke dapur..

Baby pankek fluffy🥞
🥞1cwn tpg gandum
🥞1 biji telur
🥞1sk baking powder
🥞2sb minyak masak
🥞4sb gula pasir
🥞1/2 cwn susu segar
🥞1/2 sk garam ( secubit raso)

💕Lebih banyak resepi simple dan lazat di sini 👇🏻
https://t.me/KoleksiResepiMudahUntukTersayang

Cara membuatnya🧑‍🍳
🧑‍🍳Satukan telur+ gula gaul hingga gula larut & nmpk mcm berbuih tu mcm nk buat telur dadar tu..
🧑‍🍳Kemudian masukkan susu segar+ minyak masak..gaul sebati & masukkan tpg + baking powder td gaul lg j*p jer hingga semua bhn sebati..
🧑‍🍳Peram j*p adunan dlm 10-15 minit..terlebih masa pun xpo..hokey jer..
🧑‍🍳Dalam pan glis sikit majerin nk bg lagi sodap sudipknlh nk saiz besar mana ..api kecil sederhana jer..bab buat saiz mini ..biarkan timbul bubble kecik2 tu baru tetbalikkn ..syiappp monlh dgn coklat ke,jem ke,madu ke..

Kredit : Reisha Liena

Pestime try buat apam coklat..pestime jgklh merasanya🤭😁..alhamdulillah dgn izinNYA🤲..saya share resepinya sape yg nk men...
03/09/2026

Pestime try buat apam coklat..pestime jgklh merasanya🤭😁..alhamdulillah dgn izinNYA🤲..saya share resepinya sape yg nk mencuba..sama2 kita kongsi rezeki & ilmu..

Apam coklat moist (s**atan cawan )
🍫1 cwn tepung gandum (ayak) =125g
🍫3/4cwn gula halus =150g
🍫1/2cwn minyak masak=125ml
🍫1/2cwn air suam=125ml
🍫1/2cwn susu cair=125ml
🍫1/4cwn serbuk koko+ 1sk nescafe (ayak)=30g
🍫1/4cwn susu pekat=75g
🍫1/2 sk garam
🍫1/2sb yis mauripan

Cara buat
*Satukan tepung+gula+minyak masak+susu cair+garam kacau sehingga sebati..
*Dah sebati masukkn tepung+ serbuk koko& nescafe kacau sebati..masukkn air suam & yis..kacau sehingga semuanya sebati..
*Peram selama 2jam
*Selepas 2 jam adunan meme nmpk mcm pekat sikit yer
*Bancuhan pun x berbuih sgt mcm apam biasa tu..
*Sapu sikit jer minyak pada acuan..
* Kukus selama 20 minit
*Air kukusan jgn bnyk..paras ruas jari jer..
* Dah siap kukus masa apam tengah panas lg lau nk buh coklat rise buleh bubuh..dia melekat sb wap panas ada lg...

Kredit: Reisha Liena

Ptg td punya cerita kalini pau ovalate pulok..pau mini jer ni 25g..kalau nk tip & cara buat pau saya dh pernah share dlm...
03/09/2026

Ptg td punya cerita kalini pau ovalate pulok..pau mini jer ni 25g..kalau nk tip & cara buat pau saya dh pernah share dlm ni scroll jer kt profil ni..

Pau ovalate versi saya sendiri..alhamdulillah dgn izinNYA🤲🫰...
3 1/2 cwn tpg gandum (ayak)
1sk baking powder
1sk garam halus
1sb shortening
2sb gula halus
2sb susu pekat
2sk rata ovalate
2sk rata yis mauripan
1 1/2 cwn air ( guna 1 cwn dulu)

Kredit: Riesha Liena

Assalamualaikum. Pagi uols. 🤗Buat jualan hari2. 😍Mini choc moist. 😋Ada ke geng yang sama duk buat mini choc ni? 😘Resepi ...
03/09/2026

Assalamualaikum. Pagi uols. 🤗

Buat jualan hari2. 😍

Mini choc moist. 😋
Ada ke geng yang sama duk buat mini choc ni? 😘

Resepi guna yang kek coklat moist.
Cuma nya kukus dalam acuan lompang, jadi lah mini ball choc moist. 😆

1 cwn gula
1 cawan air panas
1 cawan minyak
1 cawan susu pekat
1 cawan Serbuk koko
(kacau atas dapur Sekej*p bagi Gula larut)
Cara Pijah satu kan Gula + air panas kacau dulu baru letak yang lain Jimat xyah panas2 atas dapur. 😁

2 biji telur gred A (kacau bagi pecah telur kuning)

2 cawan tepung gandum
1 sdk soda bikarbonat
1 sdk baking powder
(ayakkan)

Cara dia :

Masuk kan tepung dalam adunan koko tadi selang seli dengan telur sampai habis tepung, kacau rata.

Nak senang tuang boleh masuk dalam jug air.

Sapu acuan lompang dengan Minyak, kukus dalam 7 minit camtu sampai masak. Sekej*p sangat je ni.

Tuang adunan lebih sikit dari tengah2 bekas acuan, kalau lebih sangat jadi naik senget sebelah xcomel. 😆

Selamat mencuba yer. 🤗😘

Credit : Fifi Fizah

Mini Brownies 🌸Crunchy di luar,Moist di dalam 😋Bahan-bahan :Bahan A110 g tepung kek (mira pakai tepung superfine)3 sudu ...
03/09/2026

Mini Brownies 🌸
Crunchy di luar,
Moist di dalam 😋

Bahan-bahan :

Bahan A
110 g tepung kek (mira pakai tepung superfine)
3 sudu serbuk dark koko

Bahan B
3 biji telur
150g gula perang
1 sudu esen vanilla

Bahan C
450g coklat masakan (mira guna coklat beryls)
150g butter (mira pkai buttercup)

Cara-cara :
1)Ayak bahan A, ketepikan.

2)Di dalam bekas lain, pukul bahan B sehingga kembang.

3)cairkan bahan C dengan menggunakan teknik double boil.

4)campurkan bahan C ke dlm bahan B, dan gaul secara perlahan-lahan.
Tips : pastikan bahan C tuu dlm keadaan panas semasa dicampurkan ke dalam bahan B. Tujuannya adalah untuk menghasilkan kedutan yang cantik🌸

5) masukkan bahan A ke dalam campuran tadi. Masuk sikit-sikit, pastu gaul-gaul sampai sebati.

6) oven tuu panaskn dulu 190 celcius dlm 5 minit.

Nak bakar pon kene ade cara.

Guna paper cup,
Bukan size kuih raya tau!
Size besar sikit dari cup kuih raya tp kecik sikit dari cupcake, ngam2 tapak tangan tuuu.

Tuang brownies tuu dalam paper cup, jangan penuh2, tinggalkan suku dari paper cup tuuu.

Lepas oven da panas, kite masak brownies tuu dengan suhu 190 celcius selama 10 minit.
Bila dah bunyii ting,
Kite turunkan suhu kepada 160 celcius selama 30 minit.

Tujuan nyaa adalah, suhu yang pertama tuu untuk menghasilkan kedutan yang cantikkkk merekah-rekah.

Bila brownies dah masak,
Matikan oven dan biarkan dulu brownies tuu duduk dlm oven dlm 10-15 minit.
Bagi die rileks dan menghasilkan kedut-kedut cantikk!

Pastuuu, hiaslaa brownies tuu mengikut kreativiti masing-masing ❤️

Semoga memberi manfaat untuk semuaaa 🌸

Kredit resepi ini kepada nurul amirah

Salam semua.Sis s**a sgt beli apam balik mini inti kacang merah yg biasa jual di pasar malam tu. Tapi tak tau apa nama s...
03/09/2026

Salam semua.

Sis s**a sgt beli apam balik mini inti kacang merah yg biasa jual di pasar malam tu. Tapi tak tau apa nama sebenar kuih ni. Ada yang kata apam jepun.

APAM JEPUN

Bahan A :
2 biji telur gred C
3 sudu bsr gula

Bahan B :
2 cwn tpg gandum
1 cwn air
1/2 cwn santan
1 camca teh yis kering
1/2 camca teh soda bikarbonat
2 sudu bsr marjerin dicairkan
1 camca teh esen vanila
Sedikit pewarna kuning

Inti kacg merah (beli je yg dah siap kat Kedai bahan Kek)

Cara Masak :
1. Blender bahan A hingga berbuih & gula sampai hancur. Ketepikan
2. Dalam bekas lain bancuh semua bahan B. Kemudian masukkan bahan A. Kacau sebati
3. Perap dlmm bekas bertutup selama lebih kurang 1 jam (hingga adunan kembang)
3. Panaskan kuali l***r, sapu minyak. Sapu Minyak juga pd keliling acuan. Tuangkan adunan 1/2 acuan. Sudukan inti. Kemudian tutup dgn adunan lagi. Tutup kuali.
4. Biar hingga bahagian ats dah mula mengeras boleh la balikkan.
Bila kedua2 bahagian dah berwarna kecoklatan boleh la angkat.

Kredit : RahmahRosmin

Kek dalam gambar tersebut ialah kek span mini atau mini apam gebu bakar kukus tanpa pewarna – sangat popular sebagai kud...
03/09/2026

Kek dalam gambar tersebut ialah kek span mini atau mini apam gebu bakar kukus tanpa pewarna – sangat popular sebagai kudapan atau jualan bazar.

Berikut adalah resepi Mini Apam Gebu (versi bakar atau kukus):

---

🧁 Resepi Mini Apam Gebu / Kek Span Mini

Bahan-bahan:

4 biji telur (gred B)

1 cawan gula halus

1 sudu kecil ovalette

1 cawan susu cair

2 cawan tepung gandum (diayak)

1 sudu kecil baking powder

1 sudu kecil esen vanila

Cara Penyediaan:

1. Pukul telur, gula dan ovalette hingga kembang dan gebu (putih pucat).

2. Masukkan susu cair dan esen vanila, kacau rata.

3. Masukkan tepung gandum dan baking powder sedikit demi sedikit.

4. Kacau rata sehingga adunan licin dan tidak berketul.

5. Tuangkan adunan ke dalam cawan kertas kecil (pastikan ¾ penuh).

6. Pilihan 1: Kukus selama 10-12 minit dengan api sederhana (tutup tudung pengukus dengan kain). Pilihan 2: Bakar pada suhu 160°C selama 12-15 minit sehingga masak.

7. Sejukkan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

Kredit empunya resepi

Address

Johor Bahru

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Resepi Masakan Ibu Ibu Comel posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share