31/07/2025
31 JULAI 2025 | HARI HOL JOHOR
Hari ini, kita memperingati pemergian Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail – seorang raja berjiwa rakyat, berdaulat dan disanjung tinggi oleh seluruh rakyat Johor.
🕊️ Semoga roh Baginda dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.
Sebagai rakyat Johor yang menjunjung institusi Kesultanan Johor, kami di:
Kumpulan Gerbang Nusajaya
(Savanna Hill Resort, White Hall Event Space, Kelab Kopi Lama, Rumah Kelab Arang, Kopitiam Dapur Arang, Gerbang Nusajaya & Gerbang Nusajaya Development)
Menjunjung kasih dan menzahirkan sembah takzim setulus ikhlas sempena Hari Hol ini.
“Daulat Tuanku.”