14/11/2023
Muizzudin Remle, 30 tahun
Founder Muiz Hot Chicken
Encik Muizzudin memulakan perniagaan menjual ayam goreng di tepi Jalan Temenggong Ahmad, Parit Raja, Johor ketika usianya baru mencecah 20 tahun.
Pemuda ini mula berminat untuk mulakan bisnes ayam goreng selepas bekerja dengan ibu saudaranya sebagai pembancuh air dan tukang goreng ayam.
Bermodalkan RM800, beliau pada mulanya hanya menggunakan periuk nasi untuk menggoreng ayam. Namun, Muiz mendapat banyak aduan daripada pelanggan kerana ayam tidak masak sepenuhnya.
Pada mulanya, ibu bapa Muiz tidak menyokong bisnes ini namun selepas melihat kesungguhan dan perubahan pada diri Muiz, mereka pun memberi restu dan menyokong perniagaan Muiz.
Dengan kelengkapan yang lebih baik dan bantuan pinjaman daripada bapa saudaranya, Muiz berjaya membuka cawangan kedua pada penghujung tahun 2014.
Menyedari ilmu perniagaan masih kurang di dada, Muiz mula pelajari selok-belok bisnes dan pemasaran yang betul daripada Dato Wira Dr Hj Azizan Osman. Beliau juga banyak bergaul dengan pakar perniagaan untuk mendapatkan inspirasi dan khidmat nasihat bagi mengembangkan bisnes.
Ternyata, keputusannya itu berbaloi serta membuahkan p**angan yang lumayan kepada perniagaannya.
Daripada situ, Muiz semakin mahir dan berani untuk bawa jenama Muiz Hot Chicken ke tahap yang lebih tinggi.
Bermula dengan gerai kecil di tepi jalan, kini Muiz memiliki 110 kios di serata Malaysia. Pada hujung tahun 2021, beliau juga berjaya mencapai hasil jualan sebanyak RM10 juta.
Kredit:
https://dailyniaga.com/kisah-usahawan-dari-johor/1083