18/01/2023
Selamat datang ke Ayer Molek Book Cafe. Menu kami menampilkan pelbagai hidangan lazat, snek dan minuman yang boleh anda nikmati semasa menyemak imbas pilihan buku kami . Sama ada anda sedang mencari tempat yang tenang untuk membaca, atau tempat untuk bertemu dengan rakan-rakan, kafe kami ialah tempat yang amat sesuai untuk menjamu selera
Kami telah beroperasi semenjak 11 Januari 2023. Chef kami yang telah berkhidmat di Hotel hotel 4/5 bintang menyediakan sarapan seperti nasi lemak, beehoon, mee kari dan roti bakar kitap. Nasi campur berbagai lauk menanti waktu tengahari. Waktu petang bubur dan pisang goreng atau cucur disediakan.
Silakan menjamu berbagai juadah di kafe kami