Nasi Lemak Berlauk Kak Chah N24 UTM

Nasi Lemak Berlauk Kak Chah N24 UTM Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Nasi Lemak Berlauk Kak Chah N24 UTM, Restaurant, N24 Streetcafe UTM, Johor Bahru.

Kerja sendiri ni..Yang orang nampak ✅ masa fleksibel✅ senang cuti✅ jadi bos✅ banyak masa lapang✅ tak perlu hadap kesesak...
25/10/2023

Kerja sendiri ni..

Yang orang nampak

✅ masa fleksibel
✅ senang cuti
✅ jadi bos
✅ banyak masa lapang
✅ tak perlu hadap kesesakan lalu lintas pagi dan petang
✅hari- hari boleh "healing" sampai pagi tabalek
✅ income sebulan kalah gaji jurutera

Yang orang tak nampak

✅ Jam 3, 4 pagi dah bangun. kadang jam 11 ,12 malam belum tidur.
✅ senang cuti .tapi kalau cuti tak ada duit masuk langsung. sifar.
✅ dialah bos, dialah kuli, dialah pemandu, dialah tukang beli barang, dialah tukang masak, dialah akauntan kira-kira, dialah tukang hantar ambik barang.
✅nama saja masa lapang. tapi kepala dia ligat dok memikir cara nak bertahan, cara nak naikkan jualan, cara nak bayar gaji pekerja, cara nak hadap kenaikan harga barang, belum masuk tengah fikir pasal isteri/suami, anak, rumah, bil bil, pinjaman yang perlu di bayar. Jadi kalau nampak peniaga ni dok cakap seorang diri jangan la anggap dia gila p**ak. itu dia tengah mesyuarat dengan akauntan, jurutera, tukang masak dia la tu😂.
✅ini sajalah kelebihan orang berniaga dan bekerja sendiri ni. tapi kalau yang perlu keluar berniaga pagi pagi macam saya ni, ayat ni tak terpakai ya. sama saja kena hadap kesesakan lalu lintas macam CEO Mengah Holding nak masuk pejabat.😆
✅hari berniaga untuk niaga. hari cuti masa untuk anak anak , suami/isteri di rumah p**a. celah masa mana nak "healing" sampai pagi tabalek tu?
✅orang nampak macam banyak bila tengok kedai kita beratur panjang orang setiap hari. tapi yang orang taktau lepas tolak barang, sewa, gaji pekerja, itu ini..silap silap not biru seringgit seringgit tu la baki habuan untuk peniaga🤣

Makluman untuk semua pelanggan Nasi Lemak Berlauk Kak Chah N24 UTM .mohon maaf atas kesulitan. cuma sebab semester ni Ka...
07/10/2023

Makluman untuk semua pelanggan Nasi Lemak Berlauk Kak Chah N24 UTM .

mohon maaf atas kesulitan. cuma sebab semester ni Kak Chah terpaksa lepaskan urusan di gerai 100% pada pekerja, jadi penggunaan Qr Pay dan TNG sepenuhnya terpaksa di lakukan. (segala lauk nasi masih kak chah sendiri masak).

terima kasih.🙇

21/09/2023

Insya Allah gerai Nasi Lemak Berlauk Kak Chah N24 UTM akan beroperasi semula pada 8 Oktober 2023 di waktu pembukaan semester baru.

Ada mesej di messenger tanya adakah infak akan berterusan untuk semester baru ni?. insya Allah dengan atau tanpa sumbangan kita masih akan teruskan untuk tahun ke dua ini. cuma ikut kemampuan. kembali pada asal sebelum viral dulu.

saya segan nak meminta minta untuk infak. biasanya kalau ada permintaan dan saya tak mampu nak tampung jumlah nya saya akan minta pada kawan kawan atau keluarga saja. Yang saya tau dah kenal saya dan percaya kerja saya. Nak minta pada orang ramai ni agak segan melainkan kalau ada yang mesej sendiri.

Jadi adik adik dan keluarga pelajar yang susah kalau lapar dan kurang duit, nanti datang je la ya bagitau dan minta. insya Allah ada rezeki kita sama sama nanti . tak perlu malu. kalau saya tak ada, pekerja saya ada. cuma kita bagitau siap siap mungkin ada kekurangan sedikit sebanyak dari segi peruntukan harian. kita cuba buat walaupun sikit.

mohon doa.

Siti Aishah,
peniaga nasi lemak merangkap pengumpul lemak.

09/09/2023

Insya Allah harga di gerai belum ada tanda nak dinaikkan ya. semua pelanggan diharapkan tidak bimbang😁

kita jumpa semula bulan 10 nanti.

17/07/2023

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pelanggan Nasi Lemak Berlauk Kak Chah N24 UTM .

Mohon maaf atas penutupan gerai sejak 2 minggu lalu. Selepas aidiladha, anak Kak Chah tak sihat on off. Bermula dari demam panas, asma batuk selsema dan semalam dikhabarkan Dr mungkin menghidap virus baru.

Dalam keadaan Kak Chah sendiri sekarang berulang alik ke klinik untuk pemeriksaan kandungan anak kedua.

jadi bersilih ganti temujanji mak dan anak, maka Kak Chah putuskan untuk tutup sementara waktu operasi gerai sehinggalah anak Kak Chah betul betul sihat . Makluman akan di berikan masa ke semasa.

Mohon maaf kepada semua pelanggan yang setiap hari tanpa jemu WhatsApp dan mesej bertanyakan tentang pembukaan gerai.

-Kak Chah-

01/05/2023

assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dengan izin Allah esok Nasi Lemak Berlauk Kak Chah N24 UTM akan kembali beroperasi seperti biasa selepas cuti raya.

Untuk tempahan di galakkan menempah awal. sebab bulan mei sudah banyak tarikh yang di block untuk tempahan.

Selain nasi lemak, Kak Chah juga menerima tempahan makanan lain lain termasuk hidangan rumah terbuka seperti ketupat, rendang, nasi impit, kuah kacang, masak lodeh.

Harga boleh di bincang ikut bajet. Penghantaran sekitar Kulai, Skudai, BBU,Taman Tun, Banda, Pulai, Taman Universiti.

boleh whatsapp di nombor 012-443 2128 .

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin daripada Kak Chah dan Keluarga.

Assalamualaikum .kepada semua peniaga , jom ambik peluang ini untuk berniaga secara sah di sisi undang-undang dan dapatk...
10/03/2023

Assalamualaikum .kepada semua peniaga , jom ambik peluang ini untuk berniaga secara sah di sisi undang-undang dan dapatkan sebanyak mungkin maklumat untuk kelangsungan perniagaan kita.

Kak Chah

Selain nasi lemak, karipap pun ada di Nasi Lemak Berlauk Kak Chah N24 UTM . Harga 3 biji rm2. Kenapa mahal? Sebab orang ...
15/02/2023

Selain nasi lemak, karipap pun ada di Nasi Lemak Berlauk Kak Chah N24 UTM . Harga 3 biji rm2. Kenapa mahal? Sebab orang punya. Memang dia tolak harga tu..tolong jual je... Tapi ni pun sold out setiap hari tau..sebab orang dah tau kualiti dan rasa.

Inti penuh, campur ayam.

Nak order pun boleh... 1 pek 10 biji rm7.

Insya Allah bihun/mee/teow sup utara lepas raya kita jalan. Sebab ada permintaan staff staff

Makluman.
29/10/2022

Makluman.

09/10/2022

Assalamualaikum dan selamat sejahtera .

Pertama sekali, Kak Chah nak ucapkan selamat datang kepada adik -adik yang akan mendaftar esok di UTM. Tahniah dapat masuk antara university berprestij di Malaysia.

Di kesempatan ini, Kak Chah ingin menjemput adik adik until datang ke gerai nasi lemak berlauk kak Chah N24, depan bangunan pusat digital UTM. Insya Allah walaupun harga barang makin menaik tapi sehingga oktober ini harga nasi lemak di gerai masih sama. Bahkan harga lebih rendah khas untuk adik adik pelajar .

Buat ibu bapa,
Pesan pada anak -anak ya jangan berlapar di kampus. Tak cukup duit, ikat perut datang saja ke gerai Kak Chah. Alhamdulillah, lebihan baki infak semester lalu masih ada dan akan diteruskan untuk semester ini. Sikit, kita bagi sikit. Banyak kita bagi banyak. Asalkan dapat membantu kenyang untuk separuh hari, kak chah dah cukup gembira.

Moga pengajian adik adik di permudahkan selama berada di kampus.

Amin ya rabbal alamin.

-Kak chah-
Peniaga Nasi Lemak Berlauk Kak Chah N24 UTM Skudai.

Address

N24 Streetcafe UTM
Johor Bahru
81300

Telephone

+60124432128

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Nasi Lemak Berlauk Kak Chah N24 UTM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category