Century Burger Holiday Plaza JB

Century Burger Holiday Plaza JB The Burger of the Century

24/07/2024

No 50 Jln Harimau Taman ABAD JB

18/07/2023

Atas permintaan ramai, kita buat class Karipap Pusing & Rangup sampai esok!

๐ŸฅŸ Karipap Pusing
๐ŸฅŸ Karipap Segi Tiga
๐ŸฅŸ Karipap Bulat

Tarikh
๐ŸšจSabtu, 22 Julai 2023
๐ŸšจSabtu , 5 Ogos 2023

Masa : 10 am - 2 pm atau hingga selesai

Fees : RM250

Tempat : Cikgu Garang Academy. Seksyen 28, Shah Alam

๐Ÿšจ Resipi inti kentang yang memang cg guna buat jual & FREE 2 resepi inti lain

๐Ÿšจ Teknik mencanai dan membentuk karipap pusar yang halus penuh di permukaan karipap sampai berpinar biji mata nengok ๐Ÿคญ

๐Ÿšจ Tips dapatkan hasil karipap yang kekal ranggup walaupun dah lama goreng

๐Ÿšจ Karipap kekal buncit lepas goreng. Cara goreng pun main peranan untuk dapatkan hasil yang cantik

๐Ÿšจ Akan diajar cara simpan untuk frozen dan packaging yang sesuai

Yang paling penting, cg akan kongsikan cara dan teknik nak buat dengan cepat tanpa ada satu pun yang reject! Banyak lagi tips penting sampai penuh muka surat untuk korang pelajari ๐Ÿ˜ป

Whatsapp for details : 019 664 7769
http://cikgugarang.wasap.my

17/07/2023

Mee Kari Special

Bahan:
Mee kuning (celur sekejap)
Fishball (goreng dan hiris)
Fishcake (goreng dan hiris)
Tauge
Daun sup (hiris)
Lada merah/hijau (hiris)
bawang goreng
Limau kasturi
Telur rebus belah dua
Nak tambah kerang/udang pun boleh

Bahan kuah:
Ayam @ daging
Tauhu pelampung (goreng sekejap)
2 biji bawang merah besar *
3 biji bawang putih*
2 sudu besar udang kering*
10 tangkai cili kering*
1 batang serai (ketuk)
4 sudu besar serbuk kari (dibancuh dengan sedikit air)
1 kotak kecil santan
1 cawan air
1 kiub pati ayam

Cara:
1. Kisar bahan bertanda *.
2. Panaskan minyak. Masukkan serai, bahan kisar * dan serbuk kari yang dibancuh. Tumis hingga pecah minyak.
3. Masukkan ayam / daging. Biar masak sekejap.
4. Masukkan santan dan air serta kiub pati ayam, kepekatan kuah agakยฒ je ya. Jangan cair atau pekat sangat.
5. Perasakan dengan garam, gula dan perasa.Biar mendidih. Kemudian masukkan tauhu tadi. Siap.

Sumber : Bunga Jua

17/07/2023

Ni hakak sedekahkan balik resepi yg dah hakak sedekahkan dulu..pasni komer salin dlm buku resepi komer..simpan elok2..

RESEPI KEK BUAH KUKUS

Bahan A
1 1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan air panas
250g (1buku) butter
3 cawan mix fruit

- panaskn gula dlm kuali hingga berwarna perang gelap (guna api kecil)
- masukkn air panas perlahan2 dan masak semula hingga gula larut.
- masukkn butter dan kacau hingga butter cair.
- masuk p**a mix fruit,masak hingga mendidih
angkat dan biarkan sejuk.

Bahan B
300g tepung gandum (anggaran 2 1/2 cawan)
2 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
1/2 sudu teh serbuk kayu manis (jika s**a)

- ayak bahan2 3 kali
- masukkn ke dlm adunan A sikit2 sambil dikacau hingga rata.

Bahan C
3 biji telur gred A (kalau telur kecik guna 4 biji)
1 sudu teh esen vanilla

- pukul telur hingga kembang berbuih,masuk dlm adunan tadi dan kacau hingga rata.
- boleh tambah 2 sb sunquick jika s**a.
- tuang adunan dlm loyang yg telah disapu minyak dan dialas baking paper. (jika guna acuan plastik,sapu minyak shj)
- tutup loyang dgn plastik supaya wap dr penutup kukusan tak jatuh atas kek,boleh juga balut penutup kukusan dgn kain.
- pastikan air kukusan sudah mendidih baru kukus kek.
- kukus kek selama 2 jam.

Sejam yg pertama kukus guna api sederhana dan sejam lagi guna api kecil.

- bila kek dah masak,tutup api,buka penutup dan biarkn kek atas kukusan hingga kek suam baru diangkat. (Supaya buah dlm kek x turun ke bawah)
-tunggu sejuk baru potong.

SELAMAT MENCUBA

Credit : Maz Abdul

17/07/2023

1 menu je la arini .. Gini2 ni pun dh rasa sedap sgt hirup kuah...semua ada..semua benda main campak2 je..udang, sotong, daging, ayam, fishball, fishcakes...janji kenyang.. Alhamdulillah โ˜บ๏ธ

Resepi mee rebus utara/mee sup selatan

6 ulas bwg putih
1 inci. Halia
( Dicincang)
Lada hitam - tumbuk kasar
Lada sulah
Minyak utk menumis
2 Kiub ayam knorr
sedikit gula
Garam jika perlu (sbb kiub dh masin so rasa dulu sblm letak garam ya)
Mee kuning ( dicelur)
Daging
Air rebusan daging
Ayam
Sotong
Udang
Fishball
Fishcake
Sawi
Carrot
Kobis bunga
Lada merah + lada hijau (hiris)
Daun sup + daun bwg
Bawang goreng

Cara:
Panaskan minyak tumis bahan yg dicincang.
Dah naik bau masukkan air rebusan daging, dah mendidih masukkan ayam dan daging.
Ayam dah masak, masukkan mee yg dh dicelur, udang, sotong, fishball,fishcake, kiub ayam.
Masukkan sayur2an, perasakan dgn lada hitam, lada sulah, garam dan gula.
Last tabur daun sup+ daun bawang & bwg goreng...siap!!!

kuning dicelur terlebih dahulu supaya bila masuk di dalam kuah mee x menyerap kuah ya
direbus dahulu sehingga empuk.. air rebusan digunakan semula ya

kredit: faizah sharip

17/07/2023

Kek Butter Cheese
๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹

Bye bye Diet ๐Ÿ™„

Antara Banyak resepi yang saya jumpa Di Google saya tertarik dengan resepi ini. Alhamdulillah hasilnya sangat sedap dan cara membuatnya sangat mudah.

Bahan Bahan

๐Ÿ’“250gram butter (saya guna anchor)
๐Ÿ’“150gram cream cheese (saya letak 200g)
๐Ÿ’“200g gula castor
๐Ÿ’“5biji telur gredA(saya guna 6bji telur gredB)
๐Ÿ’“1sudu kecik esen vanilla
๐Ÿ’“250g tepung gandum
๐Ÿ’“11/2 sudu kecil baking powder

Cara membuat

๐Ÿ’š satukan tepung dan baking powder, ayak dan ketepikan
๐Ÿ’špukul butter, gula dan cream cheese sampai kembang dan putih.
๐Ÿ’šmasukkan telur satu persatu dan esen vanilla
๐Ÿ’šmasukkan bahan ayak, kaup balik ringan sahaja sampai sebati
๐Ÿ’šsediakan loyang 9x9,griskan atau lapik dengan kertas minyak, masukkan adunan, hentak hentak manja.
๐Ÿ’šPanas kan oven selama 10minit dulu kemudian bakar kek menggunakan suhu 160ยฐ selama 50minit (bergantung pada suhu oven masing masing)




Kredit : Azlin Citarasa Abadi

17/07/2023

Sexy ciken grill is doneeee ๐Ÿ˜‹

Ayam seksi tumpang lalu kejap. Tayah p kenny rogers dh kome.. Jimatt poket๐Ÿ˜‹

Resepi

Ayam sekor2 atau potong 4. Nk seksi biarkan dia sekor2.

Bahan A
biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 kiub ayam knorr
2 sudu serbuk lada hitam
1 senduk kecil sos black pepper (dalam botol)- brand apa-apa je.
1 sudu teh garam
1 sudu makan gula
100ml air
Semua bahan di atas kita kisarkan dia

Bahan B

1 sudu madu
3 sudu butter
2 sudu besar mixed herbs @ daun oregano

Perap sejam atau lebih. Kemudian bakar suhu 200 selama sejam.

Selamat mencuba

Kredit : Nurul Aini Mohamed Ali

16/07/2023

Pau kg inti kari ayam

periuk kukus: https://shope.ee/1LBxem9M2u

Resepi
3 cwn tpg gndum
1 pkt yis
1 sdu kcl baking powder
2 sdu bsr susu pekat
1sdu bsr gula
cara-
Gaul smua bhn di atas
letak air suam 1 cwn.. Klau x cukup tmbh sikit lg air.
Uli jdi doh.. Uli lama sikit.. Tu yg buat dia gebu tu biarkan 10 min.tumbuk2 doh.ambil doh
buat bulat2 bg abih.. Letak inti kes**aan,samada kelapa,kacang hijau/merah ,ayam,daging dan lain2.. lapik kan doh dgn daun pisang.Perap 1 jam sebelum kukus..panaskan kukusan dulu,dan balut penutup kukus dgn tuala supaya air tidak menitik atas pau. dan kukus 7 ke 8 minit.jgn lebih.kalau lebih masa kukus pau ada berkedut2.

Bhn inti-
1 mangkuk isi ayam.Fillet atau dada potong kecik2
2 biji ubi kentang potong dadi
1 biji bawang merah
2 ulas bwg putih
halia 3 sudu makan rempah adabi
daun sup
minyak,garam,aji
cara-sediakan kuali
sedikit minyak.
minyak dh pns,tumis bwg merah,putih,halia,bila dh layu
,masukkan kentang,letak rempah,,air.masukkan ayam..biarkan sampai kentang empuk dan kering.perasakan garam,aji.
bila dh padam api tabur daun sup.

Airtangan dan gambar:Eniza M. Salim

16/07/2023
16/07/2023

Dua kali masak menu ni DAGING MASAK KETUMBAR, memang sedap. Cara masa masak dia pun senang gilerrr! Aku tiru google jurr.

frying pan: https://shope.ee/2fhN9w51QP

Bahan2 ๐Ÿ‘‡๐Ÿป(pandai2 la korang agak ya, sebab aku pun main tibai je berapa banyak aku nak letak)

Daging lembu 1 kilo (korang nak masak berapa banyak s**a hati)

* Bawang besar
* Bawang putih
* Cili merah
* Kunyit hidup
* Halia
* Biji ketumbar 2 sudu
Serai 2 batang di ketuk
Asam jawa 1 sudu
Gula 1 sudu

Bawang Holland potong2 kasar, cili padi hijau, cili padi merah masukkan last sekali untuk garnish.

Blend semua bahan2 yang bertanda * diatas lepas tu perap kan dengan daging dan asam jawa dan gula dalam satu jam.

Panaskan minyak, tumis serai dan semua daging yang korang dah perap tadi, daging ni akan keluarkan air yang banyak korang tutup kuali tunggu kering sikit pastu tambah lagi air paras daging tadi pastu tutup balik api sederhana. Kerap kacau2 ya jangan sampai hangus.

Bila air daging dah kering dan dah pecah minyak, masukkan garam dan serbuk perasa (s**ahati korang la nak letak serbuk perasa brand apa), masukkan bawang holland dan cili padi sebiji2 kacaukan sekejap patut tutup api. Siap!

Makan ngan telur dadar, ulam2 nasi panas2, pergh mantap!

kredit: aziah nima

Address

Johor Bahru
79### TO 81###

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Century Burger Holiday Plaza JB posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share