CMP Melting Cheese Cafe

CMP Melting Cheese Cafe KOREAN FOOD • WESTERN FOOD • LOCAL FOOD
CMP MELTING CHEESE SDN BHD
SSM (1596613-T)

17/09/2026

LAST DAY CHALLENGE - PART 2

16 September 2026.
Sempena Hari Malaysia 🇲🇾❤️

Hari ni menjadi hari terakhir untuk Challenge Set Dulang A… dan inilah 2 peserta terakhir yang mencuba cabaran kami!

Lebih 2 bulan challenge ni berlangsung, macam-macam ragam, macam-macam gaya… ada yang laju, ada yang steady, ada yang hampir give up… dan ada juga yang berjaya buat kami ternganga! 😂

Terima kasih kepada SEMUA yang pernah join, support dan jadi sebahagian daripada perjalanan Challenge Set Dulang A di CMP…

KORANG NAK KAMI SAMBUNG LAGI?

Kalau nak challenge ni diteruskan, komen “SAMBUNG!”

Kalau ramai yang request… mana tahu kita buka semula!

16/09/2026

LAST DAY CHALLENGE - PART 1

Hari ni macam-macam ragam yang sempat kami rakam…
Simpan di sini sebagai kenangan untuk Challenge Set Dulang A yang telah berlangsung selama lebih 2 bulan..

Terima kasih buat semua yang sudi join, yang datang mencuba, yang support dan yang mencipta kenangan bersama CMP. ❤️

Korang bukan sekadar peserta…
korang dah jadi sebahagian daripada kenangan CMP. 🫶🏻

Challenge mungkin berakhir hari ni,
tapi kenangan ni kami simpan sampai bila-bila. ❤️

Terima kasih semua! 🥹

Alhamdulillah selesai PENGUKURAN ARAH KIBLAT oleh Jab Mufti Johor..Tiba2 dapat call dari Ustaz lagi setengah jam nak sam...
15/09/2026

Alhamdulillah selesai PENGUKURAN ARAH KIBLAT oleh Jab Mufti Johor..

Tiba2 dapat call dari Ustaz lagi setengah jam nak sampai kedai.. kelam kabut dibuatnya.. maklumlah harini kan cuti.. berdesup terus gi kedai.. Alhamdulillah settle pasang arah kiblat yg betul kat dua2 surau lelaki & surau perempuan.. fyi surau kami kat tingkat atas tau.. next time kalau korang datang jgn risau nak cari tempat solat.. naik je tingkat atas utk solat ya.. 🥰

14/09/2026

HARINI KAMI TERPAKSA CUTI DISEBABKAN GANGGUAN BEKALAN AIR..

Berat rasa nak tutup kedai walaupun sehari.. Tapi disebabkan kami sangat banyak menggunakan air.. kalau simpan pun mungkin tak mencukupi.. so terpaksalah cuti harini.. kita jumpa semula hari Rabu ni ya..

Janji tau save the date utk datang ke CMP..!

Pekerja Full Time / Part Time diperlukan SEGERA❗️👉🏻 Pelayan Restoran / Waiter / Waitress 👉🏻Kitchen Crew Lokasi : No 39&4...
13/09/2026

Pekerja Full Time / Part Time diperlukan SEGERA❗️

👉🏻 Pelayan Restoran / Waiter / Waitress
👉🏻Kitchen Crew

Lokasi : No 39&41 Jalan Bakti 1, Mutiara Rini, 81300 Skudai Johor.

Waktu Bekerja : Setiap hari kecuali Selasa (Cuti)

💪🏼 Syarat dan Kelayakan:
✅ Lelaki @ Perempuan
✅ BERSIH, AMANAH, JUJUR, TAK BERKIRA KERJA.
✅ Sihat tubuh badan.
✅ Perwatakan Menarik.
✅ Boleh terima teguran.
✅ Warganegara Malaysia

✨ BENEFITS & KELEBIHAN
✅ KWSP & SOCSO
✅ Staff Meal disediakan
✅ OT disediakan
✅ Kenaikan gaji berdasarkan prestasi kerja
✅ Suasana kerja yang baik & supportive

Jika berminat tekan link dibawah :
wasap.my/60179232265/JAWATANKOSONG
wasap.my/60177288381/JAWATANKOSONG

12/09/2026

MEMANG HEBAT ER ADIK NI.. UMUR 16TAHUN BERJAYA HABISKAN SET DULANG A dalam masa 38minit..

Mengalahkan berpuluh challenger yg hadir.. Rezeki adik ni xdapat main futsal sebab hujan.. rupanya rezeki dia makan kat CMP & menang RM300.. Tahniah adik.. awak memang hebat..
Challenge berlangsung sehingga 16hb ni shj ya.. jumpa di CMP nanti..

Korang dah pernah cuba set dulang A ni? Set Dulang ni sepatutnya boleh makan 3-4orang.. Ada ceritanya sebelum dijadikan ...
12/09/2026

Korang dah pernah cuba set dulang A ni? Set Dulang ni sepatutnya boleh makan 3-4orang.. Ada ceritanya sebelum dijadikan chellenge.. dulu setiap kali saya upload video di soc media biasanya ramai akan komen..

“kak saya pun boleh habiskan sorang”..
“easy je tu 10minit boleh habiskan”
“takat sedulang ni saya makan sorang pun boleh”
“kalau saya makan sorang 15minit pun boleh habis kak”

maka dengan itu tercabarnya saya bila ramai yg komen cakap ianya mudah dihabiskan.. haishhh sebabtulah saya wujudkan challenge tu.. hahahaha

so seperti yg dijangkakan.. berpuluh orang yg sertai cuma 5orang shj yg mampu habiskan sedulang dlm masa yg ditetapkan.. korang tengok pic tu korang rasa korang boleh habiskan makan sedulang seorang?? cer komen..

11/09/2026

PEMENANG KE 4 CHALLENGE SET DULANG A..

Challenger paling muda setakat ni yg menang challenge Set Dulang A.. Dalam masa 38minit 56saat boleh habiskan 1 dulang A… Power dik..! Tak sangka rezeki adik ni menang challenge harini..!

Jutaan Tahniah dik..! Ada lagi ke pencabar adik ni??? Cepat share kat kawan2 korang yg selalu cakap besar tu.. contact kami sekarang..

10/09/2026

ORANG KULAI TURUN SKUDAI JOINT CHALLENGE SET DULANG A..

Bukan org JB je yg joint Challenge ni.. tapi makin ramai org yg luar dari JB datang untuk mencuba nasib habiskan 1dulang A tu.. kalau habis bonus utk diorang kan.. kalau tak habis Alhamdulillah kenyang..

Challenge ni untuk siapa yg mampu habiskan set dulang A selama 40minit.. Challenge sehingga 16hb ni shj.. yg berani shj di galakkan joint.. kalau tak sebaiknya makan bersama2 kawan atau family 3-4 org sedulang..

09/09/2026

CHALLENGE SEDANG BERLANGSUNG.. Malu nak datang sorang.. ajak kawan pun boleh.. kalau kawan x joint challenge boleh je temankan korang sambil bg sokongan..

Korang yg nak joint challenge masih ada masa lagi sehingga 16hb September ni.. contact kami segera utk booking tarikh & masa..

Jangan lupa tag kawan2 korang yg hebat tu.. mana tahu rezeki diorg kan..

Address

No 39 & 41 Jalan Bakti 1, Taman Mutiara Rini, Skudai
Johor Bahru
81300

Opening Hours

Monday 12:00 - 22:30
Wednesday 12:00 - 22:30
Thursday 12:00 - 22:30
Friday 12:00 - 22:30
Saturday 12:00 - 22:30
Sunday 12:00 - 22:30

Telephone

+60187637174

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when CMP Melting Cheese Cafe posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category