10/09/2026
Cerita R-Space
R-Space bukan sekadar menjual minuman dan makanan semata-mata. Ianya diwujudkan untuk memenuhi kehendak pasaran dan minat yg sama iaitu 'kopi'. Ianya bermula dgn secebis minat terhadap kopi dan seterusnya memberi ilham kpd kami untuk buat sesuatu yg lain dari kebanyakan pemilik lakukan.
Bagi penggemar minuman berasaskan kopi yg merasakan sukar untuk dapatkan minuman yg berkualiti tapi pada tanda harga yg berpatutan, korang boleh mencuba menu-menu dari kami. Bahkan, menu yg tidak di pamerkan turut dijual. Kami akan cuba 'custom' mengikut kehendak pelanggan.
Eh, takkan minuman shj? Makanan macam mana p**a?
Untuk makanan, kami di sini mengetengahkan makanan ringkas seperti chicken fillet, roti bakar, oden dan lain-lainnya. Ada juga makanan berat yg korang boleh dapatkan di satu-satunya vendor di tempat kami iaitu 'Tavola' yg menyediakan pasta yg tak kurang hebat dari segi rasa dan berbaloi untuk di cuba. Mana lagi nak dapat pasta dgn harga sedemikian pada zaman yg penuh dgn ketidaktentuan global masa kini.
Bagi para peniaga p**a, kami skrg dlm proses untuk menjadi pembekal kpd barang mentah yg digunakan. Kerana di sini kami juga ada menjual beberapa produk yg mungkin dapat memudahkan lagi untuk korang mendapatkan bekalan. Antaranya adalah biji kopi, serbuk matcha & coklat, pelbagai pilihan sirap berperisa yg sesuai digunakan untuk menu kopi & bukan kopi. Walaupun tidak lah semewah kedai atau gudang yg besar, mungkin ini akan menjadi titik permulaan kpd misi yg akan kami rangka kan dalam tempoh beberapa tahun mendatang.
Kami harap sokongan dari pelanggan tetap mahupun yg baharu serta kawan-kawan seperjuangan dalam bidang yg sama dapat memberi kami peluang untuk terus berkembang dgn lebih jaya. InshaAllah.
Kekal positif dan KENA KOPI!!!!