18/02/2023
Asal-usul kopi
1. Menurut Antoine Fastus Nairon, biji kopi pertama kali ditemui pada abad ke-8 oleh Kaldi atau Khalid, seorang gembala kambing Arab di Ethiopia. Kaldi menjadi hiperaktif selepas mengunyah biji kopi menyebabkan seorang Sheikh marah dan membakar biji kopi tersebut. Kopi yang dibakar mengeluarkan bau harum. Apabila dicairkan dalam air, Sheikh tersebut mendapati minuman kopi boleh membantu untuk beribadat di waktu malam.
2. Dari Ethiopia, biji kopi dikatakan telah dibawa ke Yaman melalui pelabuhan Aden pada abad ke-8 oleh Muhammad ibnu Saad, seorang gabernor kerajaan Abassiyah. Menurut Al-Shardi, p**a pada abad ke-14, Sheikh Ali bin Omar, seorang Sheikh sufi aliran As-Shadili telah membawa biji kopi ke Yaman selepas pertemuannya dengan Sultan Saaduddin II dari Kesultanan Ifat yang memerintah Somalia, Djibouti dan Somaliland.
4. Menurut Abdul Kadir, seorang tabib bernama Omar, murid kepada Sheikh Abul Hassan juga dari aliran As-Shadili telah memperkenalkan penghasilan minuman kopi sewaktu beliau dibuang negeri dari Mokka (Mocha), Yaman. Apabila beliau kembali ke Mokka, beliau mempop**arkan minuman kopi ke madrasah-madrasah sufi untuk membantu para sufi beribadat di waktu malam. Ahmad al-Ghaffar mencatatkan kemahiran membuat minuman kopi telah meluas di Yaman. Ulama Islam, Ibnu Hajar Al-Haythami, pada abad ke-16 mencatatkan tentang minuman kopi dari pokok dari desa Zaylah, Somaliland.
5. Pada abad ke 16 juga, seorang sufi dari India, Baba Budan telah menyeludup kopi ke India dan menanamnya di Hyderabad. Dari India, kopi diperkenalkan ke Nusantara melalui perdagangan di Acheh, Portugis Melaka dan Siak.