Sudu Kecil

Sudu Kecil Ready to Drink & Sachet - Untuk generasi yang sentiasa bergerak �

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.Di kesempatan yang penuh bermakna ini, kami dari Sudu Kecil ingin mer...
20/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

Di kesempatan yang penuh bermakna ini, kami dari Sudu Kecil ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada anda semua — pelanggan setia yang sentiasa menyokong kami dari awal sehingga hari ini.

Setiap pembelian, setiap sokongan, dan setiap kepercayaan yang diberikan bukan sekadar angka dalam jualan, tetapi menjadi kekuatan untuk kami terus bertahan, memperbaiki, dan melangkah lebih jauh. Dalam perjalanan kecil ini, anda adalah antara sebab utama kenapa Sudu Kecil terus hidup dan berkembang.

Hari Raya bukan sekadar tentang kemenangan selepas sebulan berpuasa, tetapi juga tentang menghargai hubungan — hubungan antara manusia, antara peniaga dan pelanggan, dan antara usaha dan rezeki yang dikurniakan.

Jika sepanjang kami berniaga ada kekurangan, kesilapan, atau layanan yang tidak sempurna, kami dengan rendah hati memohon ampun dan maaf. Kami sentiasa berusaha untuk menjadi lebih baik, demi anda semua yang sentiasa setia bersama kami.

Semoga Aidilfitri kali ini membawa kebahagiaan, ketenangan, dan keberkatan buat anda dan keluarga tercinta. Terima kasih kerana terus memilih Sudu Kecil sebagai sebahagian kecil dari hari-hari anda.

Salam Aidilfitri,
Ikhlas daripada kami di Sudu Kecil 🌙✨

Produk yang paling laju habis di kedai setakat ini.Setiap kali stok dimasukkan ke dalam chiller, biasanya tak sempat tun...
10/03/2026

Produk yang paling laju habis di kedai setakat ini.

Setiap kali stok dimasukkan ke dalam chiller, biasanya tak sempat tunggu lama — esoknya sudah sold out.

Ice Lemon Tea 350ML ini memang jadi pilihan ramai, terutamanya waktu berbuka puasa. Selepas seharian berpuasa, tegukan pertama yang sejuk dan segar itu memang terasa lain. Ringkas, menyegarkan dan cukup untuk menghilangkan dahaga.
Kadang-kadang perkara yang paling simple itulah yang orang paling cari.

Kalau nampak stok masih ada dalam chiller, memang boleh terus grab. Biasanya tak lama.

Memperkenalkan produk terbaharu daripada Sudu Kecil — Pati Kopi 1 Liter, direka khas untuk mereka yang menghargai rasa k...
01/03/2026

Memperkenalkan produk terbaharu daripada Sudu Kecil — Pati Kopi 1 Liter, direka khas untuk mereka yang menghargai rasa kopi sebenar dengan cara yang lebih praktikal dan moden.

Didatangkan dengan empat pilihan perisa istimewa iaitu Vietnam, Cappuccino, Latte dan Hazelnut, setiap satu diformulasikan dengan keseimbangan rasa yang tepat. Profil rasanya lebih “kow”, beraroma dan menepati citarasa masyarakat Malaysia yang gemarkan kopi yang padu, berlemak dan memuaskan.

Setiap botol bersaiz 1 liter memudahkan penyediaan di rumah, pejabat mahupun untuk sebarang majlis kecil bersama keluarga. Cara penyediaannya ringkas — hanya letakkan ais ke dalam cawan, tuangkan pati mengikut kepekatan yang diingini, dan sedia untuk dinikmati. Tidak perlu mesin, tidak perlu bancuhan yang rumit.

Produk ini bukan sekadar memudahkan, malah menjimatkan masa tanpa mengorbankan kualiti rasa. Sesuai untuk hidangan santai petang, jamuan keluarga, atau sebagai stok minuman premium di rumah.

Sudu Kecil membawakan pengalaman kopi yang lebih praktikal, lebih konsisten, dan tetap mengekalkan identiti rasa kopi yang sebenar.

Lama sebenarnya ayat ni tersimpan.Tertangguh bukan sebab tak mahu berkongsi, tapi sebab hal teknikal — phone rosak, kemu...
06/02/2026

Lama sebenarnya ayat ni tersimpan.
Tertangguh bukan sebab tak mahu berkongsi, tapi sebab hal teknikal — phone rosak, kemudian terlupa p**a kata laluan akaun FB asal yang mengawal page. Hari ni, Alhamdulillah… semuanya selesai.

Tak pasti sama ada masih ada yang ingat atau tidak,
Kopi Vietnam by Kopi Goyang di Taman Wawasan satu ketika dulu.
Kiosk itu sudah lama ditutup, dan kini pun sudah ada pemilik baharu.

Penutupan tersebut bukan pengakhiran.
Ia satu langkah untuk kami berhenti seketika, bernafas, dan menyusun semula struktur perniagaan kopi dengan lebih kemas dan jelas.
Daripada proses itu, lahirlah satu nama baharu:
Kopi by Sudu Kecil.
Insya-Allah, fasa seterusnya kami akan beroperasi di Arked MARA Jerantut.
Belum mula beroperasi buat masa ini, dan kami akan maklumkan secara rasmi bila semuanya sudah sedia.

Dari segi produk p**a, struktur jualan kami akan fokus kepada tiga kategori utama:

Ready to Drink 350ml
Pati 1 Liter
Cup 22oz (masih dikekalkan)

Selain itu, satu lagi perkara penting yang sedang dalam proses ialah perbincangan dengan pihak kilang dan beberapa pihak lain — bagi membuka peluang kepada orang ramai yang berminat untuk berniaga kopi di bawah jenama Sudu Kecil.
Sama ada melalui car booth, kiosk, atau dari rumah.
Ini projek jangka panjang kami, dan semuanya masih dalam fasa pembinaan.
Perlahan-lahan, satu demi satu.

Kami percaya perniagaan yang tahan lama perlu dibina dengan asas yang betul.

Semoga dipermudahkan segala urusan,
dan semoga kami diberi peluang untuk kembali memberi kesegaran dan citarasa kepada orang Jerantut.

Terima kasih kepada yang masih menunggu, dan yang sudi menyokong dari awal hingga sekarang.

✨ Sudu Kecil di Sambutan 1 Abad SK Kg Baharu (SKKB) ✨Alhamdulillah… hujung minggu lalu, Sudu Kecil berpeluang menyertai ...
20/10/2025

✨ Sudu Kecil di Sambutan 1 Abad SK Kg Baharu (SKKB) ✨

Alhamdulillah… hujung minggu lalu, Sudu Kecil berpeluang menyertai program 1 Abad / 100 Tahun Sekolah Kebangsaan Kg Baharu (SKKB). Suasana meriah dengan kehadiran orang ramai yang bukan saja datang meraikan ulang tahun sekolah, tapi juga mencuba pelbagai pilihan minuman kami 🫶🏼☕🍃

Tujuan utama kami menyertai program ini adalah untuk memperkenalkan jenama Sudu Kecil — minuman ready to drink yang mudah dinikmati di mana sahaja.

Kami bawakan kesemua perisa kami:
• 🖤 Kopi Vietnam (Hot Seller)
• 🤎 Cappuccino
• 🤍 Latte
• 🌰 Hazelnut
• 🍋 Ice Lemon Tea
• 🪶 Kopi O
• 🍵 Green Tea (Perisa terbaru!)

Terima kasih kepada semua yang singgah ke booth kami — setiap tegukan anda beri semangat untuk kami terus berkembang. 🙌🏼

🥶🍋Pernah tak waktu petang yang panas gila tu, tekak rasa nak cari sesuatu yang betul-betul lega?Bukan air kosong.Bukan a...
10/10/2025

🥶🍋
Pernah tak waktu petang yang panas gila tu, tekak rasa nak cari sesuatu yang betul-betul lega?

Bukan air kosong.
Bukan air manis berlebihan.
Tapi rasa masam manis lemon yang kena dengan teh — sejuk, masuk tekak terus “ahhh…” 🧊

Itu la sebab Ice Lemon Tea ni wujud.
Bukan sekadar minuman, tapi rasa puas bila hirup.
Dalam botol kecil ni, kami simpan kesejukan yang cukup buat kau lupa sekejap betapa panasnya hari ni.

Tak perlu fancy, tak perlu mahal.
Cukup rasa segar yang jujur — dari hirupan pertama sampai titisan terakhir.

🌤️
ICE LEMON TEA by Sudu Kecil
Segar. Puas. Real.

✨ Kopi O dalam botol — citarasa orang Malaysia ✨Dulu kita hirup sambil duduk kat warung,Sekarang boleh nikmati bila-bila...
08/10/2025

✨ Kopi O dalam botol — citarasa orang Malaysia ✨

Dulu kita hirup sambil duduk kat warung,
Sekarang boleh nikmati bila-bila masa — dalam botol.

🌿 Rasa lama, cara baru.
Seteguk je dah boleh rasa aroma kopi O yang ‘kow’ dan menyegarkan,
macam pagi-pagi dulu masa orang kampung borak tepi jalan sambil hirup kopi panas.

Sekarang, kami bawa balik rasa tu untuk anda — lebih mudah, lebih moden, tapi tetap asli.

☕ Produk terbaru dari Sudu Kecil
Rasa klasik… dalam gaya baru.

26/09/2025

4 perisa

Vietnam
Cappuccino
Latte
Hazelnutt

Mana satu pilihan?mana satu yg anda nak cuba?

Ada satu jenis kopi yang selalu jadi pilihan bila orang tak nak terlalu kuat macam espresso, tapi juga tak nak terlalu m...
19/09/2025

Ada satu jenis kopi yang selalu jadi pilihan bila orang tak nak terlalu kuat macam espresso, tapi juga tak nak terlalu manis macam minuman biasa.

Namanya Latte. 🤎

Latte ni ada kisahnya sendiri. Campuran kopi dan susu yang seimbang, rasa lembut, creamy, dan cukup buat orang rasa tenang setiap kali hirup. Kalau Vietnam Coffee itu ‘power’ dan Cappuccino itu ‘manja’, Latte p**a adalah keseimbangan.

Ramai yang beli botol latte kami kata, “ni kopi untuk santai… kerja jalan, tapi hati pun rasa rileks.”

Bayangkan waktu petang, penat kerja, buka penutup botol latte sejuk ni… teguk pertama tu memang macam reward untuk diri sendiri.

Sekarang Latte ni dah ada dalam versi botol kami — senang nak bawa, senang nak minum bila-bila.

Soalan kami — kalau bagi pilihan, korang jenis yang cari kopi untuk kejutkan diri atau untuk tenangkan diri? 😏


📍 Free COD sekitar Jerantut
RM8 sebotol | RM15 (2 botol) | RM20 (3 botol)

Perisa: Vietnam • Cappuccino • Latte • Hazelnutt

Pernah tak rasa macam nak cari kopi yang betul-betul boleh “layan tekak” lepas seharian penat kerja?Ramai pelanggan kami...
18/09/2025

Pernah tak rasa macam nak cari kopi yang betul-betul boleh “layan tekak” lepas seharian penat kerja?
Ramai pelanggan kami cakap, mula-mula cuba Kopi Vietnam ni sebab nak try-try saja… sekali terus jatuh hati. ❤️

Katanya, rasa dia kow, pekat tapi smooth, dan yang paling best – manis dia memang ngam dengan citarasa orang Malaysia. Tak peliklah kenapa setiap kali restock, perisa Vietnam ni lah yang paling cepat habis.

Ada seorang abang yang kerja malam siap cerita, kopi ni lah jadi peneman dia untuk tahan mata. Ada juga student yang selalu order banyak botol sekali, katanya nak simpan stok sebab takut habis cepat.

Mungkin sebab tu jugak Kopi Vietnam ni jadi best seller kami. Sekali cuba, memang susah nak cari alasan untuk tak repeat. ☕✨

Address

No 18 Arked MARA Jerantut
Jerantut
27000

Opening Hours

Monday 11:00 - 18:00
Tuesday 11:00 - 18:00
Wednesday 11:00 - 18:00
Thursday 11:00 - 18:00
Friday 11:00 - 18:00
Saturday 11:00 - 18:00

Telephone

+60122907038

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sudu Kecil posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category