15/10/2025
Jenama restoran perkhidmatan pantas ikonik dari Malaysia Timur, SugarBun, menandatangani perjanjian kerjasama serantau dengan Sedaplycious Sdn Bhd bagi memperkukuh kehadirannya di Semenanjung Malaysia serta meluaskan potensi ke pasaran luar negara.
Majlis berkenaan turut mempekenalkan produk terbaharu Sabacco, iaitu Sos Cili Halia Liar Tuhau Borneo, yang diinspirasikan daripada warisan Kadazan-Dusun di Sabah. Sos berperisa pedas dan masam itu mencerminkan keunikan biodiversiti Borneo.
Ditubuhkan di Sarawak lebih 40 tahun lalu, SugarBun berkembang daripada perniagaan kecil kepada salah satu jenama restoran paling dikenali di Malaysia dengan lebih 104 cawangan di Sabah, Sarawak, Brunei dan Semanjung Malaysia.
SugarBun Express telah buka di Jerantut, Pahang yang merupakan cawangan perintis pertama di negeri Pahang.
Jom bersama nikmati keunikan Broasted Chicken, Savoury Rice, dan menu istimewa dari Borneo termasuk Tuhau.
Jom datang dan rasai sendiri keaslian cita rasa Borneo hanya di SugarBun Express Jerantut.