22/08/2026
๐ธ MAJLIS MAKAN MALAM โ SEKALUNG BUDI, SERIBU KENANGAN ๐ธ
Alhamdulillah, selesai sudah sebuah majlis yang penuh bermakna bagi meraikan Guru Besar, En. Ruzaini bin Mansor. โค๏ธ
๐
14 Ogos 2026
โฐ 7.30 malam
๐ Sweet Peony, Jerantut
๐ท Tema: Pinky Candy
โSekalung Budi, Seribu Kenanganโ โ setiap pertemuan pasti ada perpisahan, namun segala jasa, pengorbanan dan kenangan yang tercipta akan terus terpahat dalam ingatan.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada En. Ruzaini bin Mansor atas segala khidmat bakti, kepimpinan, tunjuk ajar dan sumbangan yang telah dicurahkan sepanjang menjalankan amanah sebagai seorang pendidik dan Guru Besar. ๐
Terima kasih juga kepada semua AJK dan seluruh warga yang terlibat dalam menjayakan majlis ini. Kerjasama dan komitmen semua telah menjadikan malam ini begitu istimewa dan penuh kenangan.
Pihak Sweet Peony turut mengucapkan jutaan terima kasih atas kepercayaan memilih tempat kami untuk meraikan detik yang cukup bermakna ini. Kami amat berbesar hati dapat menjadi sebahagian daripada kenangan indah anda. ๐ฉท
Semoga En. Ruzaini sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kebahagiaan, ketenangan dan keberkatan dalam setiap langkah yang mendatang. ๐คฒ
Terima kasih atas segala jasa dan bakti.
Semoga kenangan ini kekal selamanya. ๐น