13/08/2025
Tempat makan unik dalam Bas lama Menggamit Nostalgia zaman 70-80 an dekat Banting, Selangor
Kalau nak merasai suasana klasik dan nostalgia dalam bas lama boleh ke sini NightBus 127! Masuk je dalam NightBus 127, akan rasa vibe retro yang bawak korang kembali ke zaman dulu-dula time ke sekolah naik bas awam tu. Kerusi bas bewarna coklat merah yang memang sinonim dengan bas awam zaman tu & lampu disko neon menambah suasana nostalgia yang akan buat buatkan tersenyum terfikirkan zaman lalu.
Bab makanan pulak, NightBus 127 menghidangkan makanan barat macam pasta, burger & grilled steak. Menu yang wajib dicuba adalah menu signature mereka iaitu burger kambing & lembu yang semuanya dari kepingan burger, roti & sosnya dibuat sendiri dari dapur mereka tau.
Memang best sini, sebab makanan western dan moden tapi suasana vintage gitu. Fuh !
๐Lot 389, 13, Jalan Klang Banting, Kampung Sungai Rambai, 42600 Jenjarom, Selangor.
๐Use Waze to drive to NightBus 127:
https://waze.com/ul/hw280mq3nk
โ๏ธ Call / WhatsApp : 011-2626 4127
โฐ Cuti setiap Selasa
โฐ 5:30 PM - 11:00 PM
Kredit: