CORM

CORM one stop indie store offers clothing, tshirts, books, music and f&b. located in jasin, melaka, malay Kami berusaha untuk disayangi semua orang.
(2)

CORM ialah sebuah perniagaan yang memfokuskan kelompok yang merayakan indie dan aktivisme termasuklah pakaian, buku, muzik dan juga kopi. Mula beroperasi secara "offline" di Jasin setelah lebih dua tahun beroperasi "online" yang sebelum ini hanya memfokuskan pada pakaian, muzik dan buku sahaja. Penambahan seksyen makanan (di bawah seliaan 77000kafe; cari di www.facebook.com/77000kafe) hanya bermul

a setelah CORM beroperasi pada 05 September 2014 atas minat kami pada kopi.

77000kafe merupakan kafe indie yang berorientasikan kopi dan kek juga snek dan serta pelbagai pilihan pasta. Setakat ini CORM bukan sahaja menyediakan ruang untuk bersosial dan menjalani aktiviti seni (cari hashtag di media sosial untuk kefahaman yang lebih lanjut) seperti puisi, muzik dan diskusi malah berusaha memberikan peluang kepada pemangkin budaya anak muda ke arah hidup yang lebih positif, sihat dan dalam pada masa yang sama cuba mengisi bakti kepada masyarakat setempat amnya. Untuk makluman / hubung media sosial sila ke

email: [email protected]
facebook: www.facebook.com/cormisme
twitter: www.twitter.com/cormisme
instagram: www.instagram.com/cormisme
website: www.cormisme.onuniverse.com

  datang lagi dengan pilihan kurator filem kita Fazrullah M dengan Paris, Texas bertemakan kehilangan yang tidak pernah ...
06/07/2026

datang lagi dengan pilihan kurator filem kita Fazrullah M dengan Paris, Texas bertemakan kehilangan yang tidak pernah selesai dengan masa. Seorang lelaki bernama Travis memilih untuk pergi sejauh mungkin, meninggalkan segala yang pernah dipanggil rumah. Dari kegagalan yang menghantui hidupnya bersama Jane, langkahnya akhirnya membawanya ke pergunungan Texas nyata sebuah perjalanan yang mungkin bukan tentang mencari damai, tetapi memahami apa yang telah lama hilang.

Pastikan temujanji kita pada Khamis, 9 Julai 2026
jam 9.00 malam. Urusi masa kalian kerana adalah terhad.

Terbaharu di CORM, Pasta Marinara Udang. Sepinggan rasa nostalgik yang terhasil dari renehan sos tomato yang dimasak per...
11/05/2026

Terbaharu di CORM, Pasta Marinara Udang. Sepinggan rasa nostalgik yang terhasil dari renehan sos tomato yang dimasak perlahan, sedikit masam, sedikit manis, dengan aroma bawang putih yang tinggal lebih lama daripada perbualan. Sekali suap pastinya ada manis udang yang takkan meninggalkan dirimu. RM12 sahaja.

Kali ini tayangan percuma   kurator kita Farullah M membawakan cerita di New York yang tidak pernah diam, di mana Valeri...
15/04/2026

Kali ini tayangan percuma kurator kita Farullah M membawakan cerita di New York yang tidak pernah diam, di mana Valerie hidup dengan suara yang lantang memperjuangkan hak wanita sambil mencari tempat untuk dirinya di dunia seni. Namun apabila hasratnya untuk melihat karyanya diterbitkan bertembung dengan penolakan, lahirlah konflik yang lebih dalam antara pengiktirafan dan kehancuran.

I Shot Andy Warhol (1996), arahan Mary Harron — 103 minit tentang obsesi, suara yang terpinggir, dan harga yang perlu dibayar untuk didengar. 16 April 2026 Khamis jam 8:30 malam. Urus masa kalian, tempat terhad.

Makluman untuk saudara-saudari berkenaan waktu operasi kami sepanjang Ramadhan ialah bermula jam 8 malam sehingga 12 ten...
24/02/2026

Makluman untuk saudara-saudari berkenaan waktu operasi kami sepanjang Ramadhan ialah bermula jam 8 malam sehingga 12 tengah malam. Moreh time lets go.

Pastinya akan ada hari untuk   sesi tayangan filem terpilih yang kali ini membawakan “The Perfect Days”. Mengisahkan seo...
04/02/2026

Pastinya akan ada hari untuk sesi tayangan filem terpilih yang kali ini membawakan “The Perfect Days”. Mengisahkan seorang lelaki pencuci tandas yang hidup betul-betul di tengah kota sibuk, Tokyo. Menjalani rutin hidup yang hampir sama saban hari, Hirayami (Koji Yakusho) tidak jemu menjalaninya.

Mengetengahkan rasa sunyi dan tanpa konflik yang dramatik, filem ini pernah memenangi beberapa anugerah besar di Cannes pada tahun 2023.

Khamis (5.2.2026) jam 9.00 malam. Urus masa kalian kerana tempat adalah terhad

Address

JC1111, Tingkat 1, Jalan Bestari 1, Seksyen 02, Bandar Jasin Bestari
Jasin
77200

Opening Hours

Monday 18:00 - 00:00
Tuesday 18:00 - 00:00
Wednesday 18:00 - 00:00
Thursday 18:00 - 00:00
Saturday 18:00 - 00:00
Sunday 18:00 - 00:00

Telephone

+60102253582

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when CORM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to CORM:

Shortcuts

Share