15/10/2024
Pada era kegemilangan rock , Dato sendiri adalah salah seorang penyumbang utama lagu lagu popular dalam album album rock , tetapi kini tiada lagi lagu lagu hits rock yg terhasil oleh Dato sendiri .... Kenapa agak nyer ?? Kemewahan sekarang ?? Tiada lagi lagi karya karya baik yg boleh dibeli ?? Mungkin pada era itu, band sendiri terlalu mengharapkan karya dari orang lain hingga tidak dapat menghasilkan lagu lagu sendiri ??
Secara menyeluruh ini pandangan aku sebagai peminat muzik tidak kira apa genre sekalipun di tanah air kita sekarang ini...tidak kira apa genre sekali pun kita semakin ketinggalan disebabkan sosial ekonomi & kehidupan yg semakin tertekan...golongan baru tidak nampak jalan yg cerah atau selamat jika memilih kerjaya didalam bidang industri muzik tanah air sepenuh masa...ia lebih kepada hobi & secara partime...disebabkan itu penghasilan karya karya yg baik amatlah sedikit..hasil hasil mungkin juga tidak mendapat imbuhan yg setimpal...untuk memulihkan kembali industri kita,nama nama besar seperti Dato sendiri perlu bergabung idea untuk memberi impak atau kesan pada masa akan datang...kita ni x habis habis dengan pertandingan menyanyi , sikit sikit pertandingan menyanyi semua siaran yg ada mesti ada pertandingan menyanyi x dapat yg muda yg tua pun boleh π«£π«£ lepas menang nak nyanyi lagu gubahan siapa ?? Harapakan single je ke ??
Pendengar sekarang banyak yg beralih meminati karya negara lain. Indonesia contoh nyer ... bukan sahaja album dapat dijual dengan baik tetapi tiket konsert juga sold out dalam waktu yg amat singkat...artis tempatan jual tiket siap buat promosi early bird lagi untuk meraih penonton..lagu lagu mereka pun tidaklah dipromosi sangat di siaran radio radio mainstream tempatan.. disebabkan karya karya yg best & fresh membuatkan mereka amat popular disini....
Ok lah guys, nak sambung masak kuah pasembor untuk esok pulak , udah la asyik cuti panjang je vintage cafe ni π
π