21/05/2025
Bismillah.
Assalamualaikum buat pelanggan muslim.. Selamat petang buat yg non-muslim🤗
Saya minta maaf kalau ada salah silap sebelum ni. Kami tak pernah nak ambil kesempatan.
Cuma sekarang ni, saya dan team tengah diuji… dan kami cuma nak teruskan rezeki halal ni.
Kalau sudi, saya mohon sangat kawan-kawan dan pelanggan yang pernah cuba WAB, bantu komen positif dekat video TikTok kaki review ni:
https://vt.tiktok.com/ZShsQfE84/
Komen anda sangat bermakna untuk kami terus bertahan.
Terima kasih banyak… semoga Allah permudahkan urusan kita semua.
Selain dari itu. Saya sebagai owner Wan Alif Burger (WAB) nak ucap terima kasih atas sokongan semua selama ni. Mulai 1 Mei 2025, kami ubah banyak benda demi berikan yang terbaik untuk pelanggan.
Sekarang kami guna:
✅ Roti premium setaraf Mekdi
✅ Mayonis Nallie (RM72 satu tub)
✅ Patty homemade 100% daging sebenar
Kami kurangkan menu supaya boleh fokus jaga kualiti setiap satu produk.
Harga p**a kami kekalkan mampu milik, walaupun kos bahan naik sebab kami percaya rezeki datang bila kita jujur.
Link Menu & Info: https://bio.link/wanalifburger