Restoran Pakcik Wong

Restoran Pakcik Wong Est 2019 in Ipoh, Adam Wong bin Abdullah opened his 1st outlet offering variety of Chinese cuisine. PAKCIK WONG F&B SDN BHD (1468434 - M)

PAKCIK WONG F&B SDN BHD (1468434-M)

"Kami percaya kebenaran tidak memerlukan cerita separuh jalan."Kami mengambil maklum mengenai tuduhan yang dibuat terhad...
27/04/2026

"Kami percaya kebenaran tidak memerlukan cerita separuh jalan."

Kami mengambil maklum mengenai tuduhan yang dibuat terhadap pihak pengurusan Pakcik Wong yang kini tular di media sosial Threads oleh individu atas akaun yang bernama sisly_na.

Untuk penjelasan, pihak kami sentiasa mematuhi prosedur pekerjaan yang sah termasuk penyediaan offer letter serta caruman EPF dan SOCSO kepada semua pekerja yang mempunyai dokumen lengkap seperti yang ditetapkan undang-undang.

Dalam kes yang diperkatakan, individu tersebut tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah. Pihak kami telah mendapatkan nasihat daripada akauntan syarikat serta institusi berkaitan, dan dimaklumkan bahawa pembukaan akaun bank serta caruman EPF/SOCSO tidak dapat dilakukan tanpa dokumen tersebut. Ini adalah keperluan wajib undang-undang, bukan keputusan sesuka hati pihak majikan.

Sepanjang tempoh bekerja, individu ini tetap menerima gaji seperti dipersetujui dan turut diberikan kenaikan gaji berdasarkan prestasi. Malah, isu disiplin seperti kelewatan dan ketidakhadiran juga telah ditangani secara bertolak ansur tanpa tindakan keras daripada pihak pengurusan.

Untuk makluman juga, terdapat kes sebelum ini di mana pekerja berhenti dalam tempoh 24 jam selepas menerima gaji dan bonus tanpa notis seperti yang dipersetujui. Surat tuntutan telah dikeluarkan, namun tidak diendahkan.

Justeru, adalah tidak wajar untuk menuding jari sepenuhnya kepada majikan tanpa mengambil kira keseluruhan fakta dan tanggungjawab kedua-dua pihak.

Sekiranya individu yang membuat tuduhan ini benar-benar yakin dengan kenyataan yang diberikan, kami dengan terbuka menjemput untuk hadir bersemuka dengan pihak pengurusan bagi membincangkan perkara ini secara profesional dan berfakta.

Pihak kami sentiasa terbuka untuk perbincangan melalui saluran yang betul, namun kami juga tidak akan berdiam diri terhadap kenyataan yang mengelirukan dan menjejaskan reputasi perniagaan kami.

P/S: Beberapa surat tuntutan telah pun dikeluarkan dalam kes pelanggaran syarat pekerjaan sebelum ini, namun sehingga kini tiada sebarang respon atau penyelesaian daripada pihak terlibat.

Pihak pengurusan telah berulang kali berusaha mendapatkan penyelesaian termasuk berurusan dengan akauntan dan institusi berkaitan bagi membantu pekerja ini, walaupun perkara tersebut sebenarnya di luar tanggungjawab asas majikan.

Namun apabila usaha tersebut tidak diambil kira dan hanya tuduhan yang diketengahkan, ia jelas memberikan gambaran yang tidak adil terhadap pihak kami.

Kami serahkan kepada penilaian umum - dalam situasi seperti ini, di manakah letak tanggungjawab sebenar? Hak dan tanggungjawab sepatutnya berjalan seiring - bukan hanya dituntut apabila menguntungkan sebelah pihak sahaja.

Terima Kasih.

Ipoh Roots, Bangsar Heart ❤️The secret is finally out! We’ve been busy behind the scenes, and we are absolutely thrilled...
09/04/2026

Ipoh Roots, Bangsar Heart ❤️

The secret is finally out! We’ve been busy behind the scenes, and we are absolutely thrilled to announce that our brand new outlet in Bangsar will be opening its doors tomorrow, Friday, 10th April 2026.

📍 Where to find us: 𝟵 𝗝𝗮𝗹𝗮𝗻 𝗧𝗲𝗹𝗮𝘄𝗶 𝟱, 𝗕𝗮𝗻𝗴𝘀𝗮𝗿 𝗕𝗮𝗿𝘂, 𝟱𝟵𝟭𝟬𝟬 𝗞𝘂𝗮𝗹𝗮 𝗟𝘂𝗺𝗽𝘂𝗿
🕙 Opening Day: 𝟭𝟬𝘁𝗵 𝗔𝗽𝗿𝗶𝗹, 𝟮𝟬𝟮𝟲. 𝟭𝟮𝗽𝗺 𝘂𝗻𝘁𝗶𝗹 𝟵.𝟯𝟬𝗽𝗺

Same recipe, now right in the middle of KL’s busiest suburb. If you’re an Ipoh Mali living in KL, this one’s for you. If you've never tried us before, get ready to understand what the fuss is about.

Also shoutout to our Ipoh Crew holding the fort back home—we see you. This new chapter exists because of your hard work. This one’s for you 🫶🏻

Bangsar, please be gentle with us. Ipoh, thank you for making this possible ❤️

🧧 Tutup Cuti Tahun Baru CinaAssalamualaikum dan salam sejahtera! Sila ambil maklum jadual operasi kami sempena cuti Tahu...
15/02/2026

🧧 Tutup Cuti Tahun Baru Cina

Assalamualaikum dan salam sejahtera! Sila ambil maklum jadual operasi kami sempena cuti Tahun Baru Cina dan juga bulan Ramadan yang bakal tiba.

Kami akan tutup untuk meraikan cuti perayaan pada 17hb & 18hb Februari 2026.

🇲🇾 Waktu Operasi Ramadan bermula 19hb Februari 2026
Kami buka seperti biasa dari 12:00 tengah hari hingga 9:30 malam.

Maklumat Penting Tempahan untuk Ramadan:

📞 Tempahan Wajib: Kami TIDAK menerima pelanggan walk in, melainkan jika tempahan tidak penuh. Keutamaan tempahan untuk slot berbuka puasa diberikan kepada pelanggan Muslim untuk memastikan mereka dapat berbuka dengan selesa.

⏰ Tarikh Akhir Tempahan: Semua tempahan mesti dibuat setiap hari sebelum jam 6:00 petang.

🍽️ Pre-Order Makanan: Untuk memastikan makanan segar dan sedia untuk dihidang tepat pada waktu berbuka, pre-order makanan dan minuman adalah WAJIB untuk semua tempahan.

Sila tempah meja anda lebih awal untuk mengelakkan kekecewaan. Ini untuk menjamin meja anda dan makanan siap tepat pada waktu berbuka.

Sila DM kami atau whatsapp nombor di bawah untuk tempah. 🌙✨

Pakcik Wong Greentown
12 & 12-1 Persiaran Greentown 10,
Greentown Business Centre,
30450 Ipoh Perak
010-527 6212

Pakcik Wong Station 18
20 Medan Stesen 18/7,
Station 18,
31650 Ipoh Perak
+6016 3546212

We are OFFICIALLY Halal Certified! Alhamdullilah! Tahun Baru, Rezeki pun bertambah! Dengan sukacitanya kami umumkan baha...
15/02/2026

We are OFFICIALLY Halal Certified!

Alhamdullilah! Tahun Baru, Rezeki pun bertambah! Dengan sukacitanya kami umumkan bahawa Restoran Pakcik Wong, Greentown kini telah pun mendapat Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang rasmi! Terima kasih yang tidak terhingga kepada komuniti dan pelanggan setia yang sentiasa menyokong kami. Kini semua boleh menikmati makanan kami dengan lebih yakin dan selesa.

Alhamdulillah! We are thrilled to announce that Restoran Pakcik Wong, Greentown has officially received our Halal Certification!
This has been a long-time dream for our team, and we are so grateful to finally share this milestone with our wonderful community. We remain committed to serving you delicious, authentic Chinese cuisine that you can trust. Thank you for being part of our journey.

Same great taste, now with official recognition!

12/02/2026

❗️❗️NOTIS GANGGUAN TIDAK BERHENTI❗️❗️

Kami, pihak pengurusan Restoran Pakcik Wong, ingin membuat pengumuman penting.

Kami telah menjadi mangsa penipuan oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Mereka menyamar dan cuba memeras ugut menggunakan taktik yang menakutkan.

Hari ini, kami dimaklumkan oleh kawan/pelanggan kami yang individu ini bertindak menyebar gambar dan maklumat peribadi keluarga mangsa di media sosial.

KAMI TEGASKAN:
❌ Kami TIDAK ada kaitan dengan mereka.
❌ Kami TIDAK berhutang dengan mereka.
❌ Kami TIDAK pernah menggunakan khidmat pinjaman wang tidak berlesen.

✔️ Laporan polis TELAH dibuat tahun lepas.
✔️ Laporan baharu juga TELAH dibuat hari ini beserta kan bukti screenshot FB page dan gambar yang disebar bagi memudahkan siasatan lanjut.
✔️ Blok dan repot profile yang menyebarkan gambar-gambar kami.

We want to share a couple of thoughts that are very close to our heart at Pakcik Wong. It's about the culture we want to...
10/11/2025

We want to share a couple of thoughts that are very close to our heart at Pakcik Wong. It's about the culture we want to build, not just the food we serve.

1. On Good Intentions and Mutual Respect:
We had an incident where a customer's order was remade with a fresh, hot batch because we felt the original had gone cold. Our intention was pure: to ensure quality. However, it led to a misunderstanding and our staff were shouted at, with the customer insisting, "the customer is always right."

Makcik Wong was there and shared a simple truth: "Everyone deserves equal respect. We don't have a 'customer is always right' policy."

Our team works incredibly hard. They deserve to be treated with dignity, even when there's a disagreement.

2. On Our "No Outside Food & Drinks" Policy:
This leads to another point where our team sometimes faces challenges. We have a no outside food and drinks policy.

We know this can sometimes feel strict, but we want to explain why it's important for everyone:

· Food Safety & Hygiene: It helps us maintain a clean environment and prevents any cross-contamination or allergen risks from outside sources.
· Fairness to All: It ensures that all customers are enjoying the food and drinks they've purchased from our establishment in a dedicated space.
· Supporting Our Business: This policy allows us to maintain our standards and, quite simply, stay in business to serve you.

When our staff gently remind you of this rule, they are just doing their job to uphold these standards for everyone. Scolding or yelling at them for this is unfair and deeply disrespectful.

Our team is empowered to uphold these rules. They are not your enemy; they are ensuring a fair and safe experience for every single person who walks in.

We will always go the extra mile to fix a mistake or ensure your food is perfect. But we will also always protect our team's right to a respectful work environment.

Thank you to the vast majority of our wonderful customers who treat our staff with kindness. We see you, and we appreciate you.

To everyone in the service industry: You deserve respect. 🫡 Full stop.

The barista could be heard telling the customer to leave and was pelted with a cup of drink.

At Pakcik Wong, we believe that when our team thrives, our business thrives. Moments like this are why we do what we do....
27/10/2025

At Pakcik Wong, we believe that when our team thrives, our business thrives. Moments like this are why we do what we do. We are incredibly moved by Aleeya’s heartfelt message. To know that we’ve been able to play a part in her journey —helping her achieve milestones like buying a motorbike and a car—is the greatest reward we could ask for. The real rezeki is having dedicated and hardworking team members like you. From all of us at Pakcik Wong, we are so honored to be a part of your success story.

When our team wins, we all win 🏆

Cara terbaik sambut Hari Malaysia? Makan sedap dengan harga merdeka! 🇲🇾Hanya RM91.60!🔥 Pakej Hebat Ini Termasuk:✔️ 1 hid...
11/09/2025

Cara terbaik sambut Hari Malaysia? Makan sedap dengan harga merdeka! 🇲🇾

Hanya RM91.60!

🔥 Pakej Hebat Ini Termasuk:
✔️ 1 hidangan utama (pilih satu):
Indonesian Curry Prawn with Mantao
ATAU Portugis Sizzling

✔️ 4 lauk pilihan bebas (dari menu lauk bernilai RM12.80 setiap satu!)
✔️ 4 nasi
✔️ 4 minuman (pilihan: Sirap, Herbal Tea, atau Chinese Tea)

📅 Promo bermula 12 September!
⏳ Sementara stok masih ada!

Terdapat di semua cawangan kami di:

PAKCIK WONG GREENTOWN
12 & 12-1 Persiaran Greentown 10
Greentown Business Centre
30450 Ipoh Perak
010-527 6212

PAKCIK WONG BERCHAM RAYA
8 Persiaran Perpaduan Utara 1
Taman Bercham Raya
31150 Ulu Kinta
+60105476212

PAKCIK WONG STATION 18
20 Medan Stesen 18/7
Station 18
31650 Ipoh Perak
+60163546212

Jom ajak semua sekali—kawan, keluarga, dan kampung halaman—untuk makan bersama! Jangan lepas peluang ini!

RAYAKAN MERDEKA DENGAN RASA! 🇲🇾Ia kembali! Sempena menyambut Hari Kebangsaan ke-68, kami bawakan kepada anda promo istim...
19/08/2025

RAYAKAN MERDEKA DENGAN RASA! 🇲🇾

Ia kembali! Sempena menyambut Hari Kebangsaan ke-68, kami bawakan kepada anda promo istimewa MERDEKA DEAL pada harga RM68.00 sahaja! 🎉

Nikmati 5 hidangan istimewa pilihan dari menu BESERTA minuman untuk santapan anda bersama keluarga dan rakan-rakan!

🍽️ 5 HIDANGAN + 4 NASI + 4 MINUMAN
💰 HANYA RM68!

Tawaran hebat ini SAH untuk makan di tempat (dine-in) dan bungkus (takeaway).

TEMPOH PROMOSI:
📅 29 Ogos - 1 September 2025
Jangan lepaskan peluang ini!

Valid di semua 3 cawangan kami:

Pakcik Wong Greentown
12 & 12-1 Persiaran Greentown 10,
Greentown Business Centre,
30450 Ipoh Perak
010-527 6212

Pakcik Wong Bercham Raya
8 Persiaran Perpaduan Utara 1,
Taman Bercham Raya,
31150 Ulu Kinta Perak
+0105476212

Pakcik Wong Station 18
20 Medan Stesen 18/7,
Station 18,
31650 Ipoh Perak
+0163546212

IDOLA ZAMAN KECIL HADIR DI DEPAN MATA! ✨Dulu, kami baca komik Keluarga Sidek dan tengok aksi hebat Dato’ Rashid Sidek de...
12/08/2025

IDOLA ZAMAN KECIL HADIR DI DEPAN MATA! ✨

Dulu, kami baca komik Keluarga Sidek dan tengok aksi hebat Dato’ Rashid Sidek dekat TV.

Sungguh berbesar hati dan bertuah dapat bersua dengan jaguh negara yang mengangkat nama Malaysia di persada dunia. Teruja giler 😍

01/08/2025

Kami jaga sumber & dapur, anda jaga selera! 😉

SPEND & STAMP REWARD!
Belanja RM20, dapat 1 stamp! Kumpul 10 stamp, rebate RM20! 💰 Jom jimat & makan kenyang!

Kongsikan video ini dengan rakan & keluarga! Tak support tak mengapa, tapi setiap share sangat bermakna buat kami ❤️

Address

No 12 & 12-1 Persiaran Greentown 10
Ipoh
30450

Opening Hours

Monday 12:00 - 21:30
Tuesday 12:00 - 21:30
Wednesday 12:00 - 21:30
Thursday 12:00 - 21:30
Friday 12:00 - 21:30
Saturday 12:00 - 21:30
Sunday 12:00 - 21:00

Telephone

+60105276212

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Restoran Pakcik Wong posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Restoran Pakcik Wong:

Share