01/10/2025
MINI PESTA KOPI TEMPATAN 3.0 akan diadakan di Stadium Indera Mulia, Ipoh pada 4 Oktober 2025.
Acara ini merupakan anjuran Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dan akan menampilkan pelbagai aktiviti seperti jualan produk kopi tempatan dan kraf tangan, bertujuan untuk mempromosikan industri kopi dan kraftangan tempatan di Ipoh.
Apa yang Menanti Anda ?
Jualan pelbagai produk kopi tempatan dari Ipoh dan Perak.
Peluang untuk membeli kraf tangan dan produk seni tempatan.
Aktiviti menarik dan kemeriahan suasana yang sesuai untuk semua peringkat umur.
Moh Kome, Ngopi Jom !!