18/05/2021
PERBEZAAN NEW ZEALAND LAMB & AUS LAMB
Kambing Perap Nangis (KPN) jenama yang telah mula mendapat tempat di hati penggemar grill lamb. KPN merupakan produk keluaran syarikat NANGIS KITCHEN dan dimiliki sepenuhnya oleh pengasasnya Puan Noryusriati Yusof dan dibantu
oleh suami dan anak-anak dalam pengeluaran produk Kambing Perap Nangis.
Tahukah anda bahawa KPN hanya menggunakan Premium New Zealand Lamb Shoulder yang bermutu tinggi dan dijamin Halal.
New Zealand has the best lamb in the world. Lamb dari New Zealand diternak lepas bebas di persekitaran asli semula jadi dengan padang rumput hijau yang subur, udara segar dan cahaya matahari yang pastinya menawarkan keadaan yang sempurna untuk kambing yang diberi makan rumput khas yang sihat, secara semulajadi dan bebas dari bahan tambahan tiruan atau bebas dari hormon pembesaran. Sebab itulah rasanya lembut dan enak.
Bagi pelanggan setia kami pasti sudah maklum mengenai produk kami, dan peminat Kambing of coz lebih arif dalam perbezaan antara lamb dan mutton serta perbezaan antara Lamb New Zealand dan Lamb Australia.
PERBEZAAN RASA, BAU & TEKSTUR
- New Zealand Lamb mostly diberi makan Grass Fed (Rumput Khas) dan diternak bebas lepas. So daging dan lemak pada Lamb New Zealand agak balance, tidak hamis, lemaknya smell sweet gitu, dari segi rasa Lamb New Zealand of coz lebih sedap dan lembut. Harganya agak mahal atas faktor currency, demand, usia dan berat lamb.
- Diet Lamb Australia mostly adalah diberi makan dedak proses. So daging dan lemak pada lamb Australia tidak balance kekadang lemak banyak, sometime lemak sikit based pada jenis dedak dan cara permakanan lamb tersebut, bau sedikit hamis, lemak smell agak strong milky, dari segi rasa Lamb Australia juga lembut dan sedap. Harga murah sedikit dari lamb NZ, tapi produk AUS agak limited due demand all over the world, ianya merupakan major economy australia yang berasaskan protein, the biggest exporter utk daging.
PERBEZAAN MUTTON & LAMB
- Perbezaan yg paling jelas adalah dari segi saiz. Lamb lebih kecil & timbangannya lebih ringan berbanding mutton kerana lamb kambing muda yang berusia di bawah 1 tahun.
- Manakala mutton adalah kambing yg lebih dewasa. Mutton ibarat seperti kambing kampung, teksture dagingnya lebih liat, jika masak kari sesuai mutton, lamb p**a untuk grill or masak nasi arab gitu.
- Lamb tak sesuai untuk masak kari sebab terlalu lembut, senang terurai, kalau mutton lagi lama lagi sedap sebab rasa meresap dalam daging, harga jauh lebih murah. So kalau nak buat grill tu amat tak sesuai kerana anda akan makan macam ular sawa menelan sebab tekturnya liat dan macam kunyah chewing gum je nanti. Sebab tu beza kalau makan kat eksklusif restaurant dgn normal restaurant, jangan comparekan, if nak rasa puas pergi steakhouse, if nak budget pergi kedai biasa. Dari segi harga paham2 le bezanya....
So kesimp**annya, Kambing Perap Nangis menyediakan Kambing Perap yang bertaraf 5 bintang ke rumah anda dengan harga mampu milik. Dikala seluruh dunia dilanda pandemic Covid 19 ini, anak-anak kecil tidak sesuai berada di luar jadi inilah pilihan untuk anak-anak dapat bersama-sama keluarga menikmati keenakan kambing bakar bersama ibu dan ayahnya di rumah.
Produk KPN sudah setahun berada di pasaran dan untuk memberi saingan kepada produk yang telah lama maka KPN memutuskan mengekalkan harga mampu milik ini selagi dapat menampung kos operasi pengeluaran. Bukannya keuntungan semata-mata, yang pentingnya Kualiti Lamb dapat disajikan kepada semua penggemar grill lamb. Mana ada berniaga tidak mencari keuntungan, jika berniaga tiada untung itu amal jariah namanya....tetapi biarlah keuntungan itu diberkati. Kita tidak mencari keuntungan bak kata orang boleh pergi haji balik hari... kita cari volume dan loyal customers dengan menjanjikan produk KPN adalah dari Premium New Zealand Lamb Shoulder. Terima kasih daun keladi.
Hubungi No. Agen di bawah bagi Kawasan Penang (Pulau):-
017-4311123 (Pn. Hanida)
012-4611563 (En. Anas)
(Phone/ Whatapps)