GP Beriyani by Tok Azeez

GP Beriyani by Tok Azeez Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from GP Beriyani by Tok Azeez, Restaurant, Lot 1886, Kampung Ulu Pulai, Gelang Patah.

30/08/2021
30/08/2021
24/07/2021
19/07/2021

BAGAIMANA TEKNIK SEBENAR SEDIAKAN JUS KUNYIT UNTUK MANFAAT KESIHATAN? (Bahagian 2)
1. Kunyit sebaiknya di 'blend', dimasak atas dapur sebelum diminum.

Kajian menunjukkan memasak kunyit yang di’blend’ dapat tingkatkan bahan berkhasiat (kurkumin) di dalam air rebusan.

Ia juga tingkatkan kemampuan bahan berkhasiat untuk melawan sel-sel kanser selain bertindak sebagai antioksidan.

Memasak kunyit dalam masa singkat (kurang 10 minit) TIDAK memusnahkan bahan khasiat kurkumin, sebaliknya akan tingkatkan keboleh-serapan bahan berkhasiat dalam darah.
2. Merebus kunyit lama (lebih 15 minit) p**a akan kurangkan khasiat kunyit sehingga 50%. Memanggang akan turunkan khasiat sehingga 75% manakala menggoreng @ menumis akan kurangkan khasiatnya sehingga 98%

3. Menurut Saintis dari Institut Penyelidikan Teknologi Makanan, Mysore, India, memasak kunyit untuk tempoh lama akan menyebabkan kehilangan bahan berkhasiat sehingga 53%. Walau bagaimanapun, kehilangannya dapat diturunkan kepada 30% jika kunyit dimasak @ rebus BERSAMA ASAM JAWA.
3. Bahan berkhasiat kurkumin bersifat lipofilik (s**a pada minyak) jadi, untuk tingkatkan penyerapan bahan khasiat dalam darah, kunyit sebaiknya diambil bersama sedikit minyak zaitun atau susu. Penggunaan santan pada kadar sederhana juga dibolehkan.
4. Meminum jus kunyit bersama serbuk lada hitam juga dapat meningkatkan penyerapan bahan berkhasiat dalam kunyit. Kajian menunjukkan bahan piperine (bahan berkhasiat dalam lada hitam) dapat tingkatkan penyerapan bahan berkhasiat kunyit (kurkumin) sehingga 2000%. Kajian yang dilakukan oleh Saintis China pada tahun 2015 juga mendapati gabungan kunyit dengan lada hitam DAPAT TINGKATKAN penyerapan bahan khasiat kunyit dengan ketara, DAPAT ELAKKAN PEMBESARAN BATU HEMPEDU dan DAPATKAN TURUNKAN LEMAK dan KOLESTEROL DARAH

5. Cadangan dos: 1 kunyit sebesar ibu jari dengan 1 mug air + sedikit lada hitam atau asam jawa dan diminum 2x sehari. Boleh juga diambil bersama susu segar
BOLEHKAH KITA MEMINUM JUS KUNYIT BERSAMA UBATAN MODEN @ MEMINUMNYA PADA KADAR TINGGI?
1. Elakkan pengambilan jus kunyit bersama ubat-ubatan moden dan suplemen cair darah, suplemen antiplatelet dan ubat antikencing manis.
2. Penggambilan jus kunyit semata (100% kunyit) yang terlalu banyak boleh meningkatkan risiko batu karang. Ini kerana kunyit tinggi bahan oksalat, bahan ini dapat mengikat kalsium dan membentuk kalsium oksalat (batu karang) dalam ginjal atau pundi kencing.

Jangan lupa d a patkan p r 0 d u k f 0 r m u l a s i saya (Dr Vee F0R M U L A) d a r i a g e n yang s ah di r u angan k0men

Selamat mencuba dan dapatkan nasihat Dr anda

Mohon jasa baik anda agar tidak iklankan produk kunyit anda di sini

Terima kasih


Ph. D KMN
Principal Scientist
Dr Vee Formula Solution

18/07/2021

KACANG BENDI INI DIPERCAYAI MEMPUNYAI KHASIAT DAN KEBAIKAN SEPERTI BERIKUT :

✔Mencuci hati
✔Menstabilkan kandungan gula dalam darah
✔Membantu melicinkan bahagian dalam usus besar
✔Membantu mengelakkan sembelit atau mengurangkan masalah sembelit, terutama dalam kalangan warga tua
✔Membantu pertumbuhan bakteria baik dalam saluran usus
✔Sejenis sayuran yang amat baik untuk mereka yang murung, keletihan dan rasa tidak selesa
✔Membantu merawat ulser dan mengurangkan kekejangan pada sendi
✔Sifat yang beralkali membantu meneutralkan asid dalam badan, sekali gus membantu mengurangkan masalah penghadaman
✔Membantu mengurangkan radang paru-paru, sakit kerongkong dan kesakitan pada dubur
✔Air rebusan bendi boleh mengenyahkan toksik, di samping menstabilkan paras gula dan mencegah diabetes. Rendam dua batang bendi yang dihiris besar-besar ke dalam segelas air selama semalam. Pastikan gelas ditutup. Amalkan minum air rendaman tersebut selama 2 minggu sebelum sarapan kerana dikatakan mampu memberikan hasil yang sangat baik untuk kesihatan badan.
✔Buah bendi dikatakan elok untuk perkembangan otak, iaitu menguatkan daya ingatan dan kecergasan.
✔Dalam bidang perubatan traditional, biji, akar dan bunga bendi yang direbus dan diminum, mampu untuk melawaskan pembuangan air kecil, mengurangkan bengkak atau radang, mengurangkan masalah susah bersalin, mengubati penyakit kornea dan sifilis.
✔Air rebusannya juga sesuai untuk disapu pada pelbagai jenis kudis dan bisul. Air rebusan yang dicampur gula boleh dibuat sirap ubat untuk merawat sakit kerongkong.
✔Lendir kacang bendi p**a boleh digunakan sebagai ubat untuk menyejukkan dan melembutkan kulit.
✔Biji bendi yang matang juga berpotensi untuk diproses bagi mendapatkan minyak sayuran yang bermutu tinggi dan juga boleh diproses untuk dijadikan bahan minuman seperti kopi.
✔Daun muda bendi boleh dimakan sebagai ulam-ulaman, manakala daun yang tua boleh dijadikan sebagai bahan kraf tangan yang cantik.

17/07/2021

KUNYIT, SUMBER ALAMI YANG BANYAK KHASIAT. Adakah kita benar-benar dapat manfaatnya? (Bahagian 1)
1. Kunyit digunakan untuk bantu cegah penyakit jantung, artritis, pedih ulu hati, sakit sendi, sakit perut, pendarahan, cirit-birit, kembung perut, kehilangan selera makan, masalah hati, jangkitan kuman, ulcer perut, ‘irritable bowel syndrome’ (IBS), kolesterol dan keletihan.
2. Ia juga digunakan untuk membantu masalah sakit kepala, bronkitis, selsema, jangkitan paru-paru, demam, masalah haid, kulit gatal, pemulihan selepas pembedahan dan barah. Ia turut digunakan untuk membantu masalah Alzheimer, ‘sistemic lupus erythematosis’ (SLE), radang pundi kencing dan masalah buah pinggang.
3. Kurkumin adalah bahan aktif utama dalam kunyit. Ia mempunyai sifat anti-radang yang kuat dan merupakan antioksidan kuat
4. Terdapat 1 hingga 6% bahan berkhasiat kurkumin dalam serbuk kunyit
ADAKAH PENGAMBILAN JUS KUNYIT BAIK UNTUK KESIHATAN?
1. Kajian ke atas 121 individu yang telah menjalani pembedahan pintasan jantung menunjukkan pemberian 4 g kunyit selama beberapa hari kurangkan risiko serangan jantung sehingga 65%.
2. Kajian lain menunjukkan pemberian 4 g kunyit selama 30 hari kepada 44 lelaki mengurangkan risiko kanser usus sehingga 40%
3. Artritis adalah masalah biasa di negara-negara Barat yang kebanyakannya melibatkan keradangan pada sendi. Kajian menunjukkan kunyit bertindak sebagai anti-radang yang kuat dan dapat membantu mengatasi arthritis.
BAGAIMANA CARA PENYEDIAAN JUS KUNYIT UNTUK MANFAAT KESIHATAN? Ikuti dalam Bahagian ke 2

Moho jasa baik anda agar tidak i k l a n k a n pr0duk kunyit anda di sini

Ph.D KMN
Principal Scientist

14/07/2021

PESAKIT DIABETIS PERLU MAKAN SAYUR @ ULAM DULU SEBELUM NASI

Diabetis berlaku bila pankreas tidak boleh menghasilkan insulin yang cukup atau tubuh tidak dapat menggunakan insulin yang dihasilkan secara effisien

Kajian pada tahun 2014 menunjukkan hampir 422 juta penduduk dunia atau 1 dalam 11 orang menghidap diabetis

Sayur sayuran kaya sumber khasiat bersifat antidiabetis

Di antara contoh sayur- sayuran dan ulam-ulaman yang bertindak sebagai antidiabetis adalah:

a. Kacang bendi
b. Pucuk kaduk
c. Temu lawak
d. Bebawang dan daun bawang (bawang merah atau bawang putih)
e. Pegaga
f. Taugeh
g. Timun

Kajian oleh saintis Portugal dan Jepun pada 2017 menunjukkan makan sayur dahulu sebelum makan karbohidrat contohnya nasi boleh turunkan gula dalam darah di kalangan pesakit diabetis type 2 dan orang sihat

Ia lebih baik berbanding makan nasi bersama sayur

Justeru ubah teknik pemakanan anda sekarang!

MAKAN SAYUR DULU SEBELUM NASI.

Jangan lupa juga rujuk kepada posting saya sebelum ini tentang jenis-jenis nasi yang sesuai untuk pesakit diabetis.

Rujukan: Journal of Nutrition Therapeutics. 2017 6:1-10

Ph.D KMN
Principal Scientist

Address

Lot 1886, Kampung Ulu Pulai
Gelang Patah
81550

Opening Hours

Monday 07:00 - 11:00
Tuesday 07:00 - 11:00
Wednesday 07:00 - 11:00
Thursday 07:00 - 11:00
Friday 07:00 - 11:00
Saturday 07:00 - 11:00
Sunday 07:00 - 11:00

Telephone

+601113000014

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when GP Beriyani by Tok Azeez posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to GP Beriyani by Tok Azeez:

Share

Category