08/11/2022
RAFIZI RAMLI LAYAK DIGELAR RAJA PENIPU : SERANGAN KEPADA MENTERI KASA TIDAK BERASAS
1. Saya mengambil maklum tentang tuduhan yang telah dilemparkan kepada Menteri KASA, Dato' Sri Tuan Ibrahim Tuan Man berhubung kelulusan projek oleh Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) yang dibuat selepas pembubaran parlimen.
2. Selepas beberapa siri penipuan yang telah dilontarkan sebelum ini, Rafizi Ramli tidak serik untuk mengulangi skrip dan senario yang sama untuk meraih sokongan pengundi. Lebih jijik apabila dia menggunakan fasa kempen yang singkat untuk membunuh karakter berpengaruh daripada parti pihak lawan. Sejak tahun 2014, tiada satupun tuduhan-tuduhannya berjaya dikemukakan bukti ke mahkamah. Apa yang berlaku hanyalah dia perlu meminta maaf, membayar pampasan ataupun menarik balik tuduhan.
https://www.facebook.com/photo/?fbid=504506861716587&set=a.225733702927239
Hanafi Zulkapli
Naib Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Malaysia