10/05/2026
Hai semua ๐ค
Sejujurnya, sambutan yang diterima sepanjang soft opening ini benar-benar di luar jangkaan kami.
Kami sangat bersyukur dan terharu kerana begitu ramai yang sanggup hadir, beratur, menunggu dan memberi sokongan kepada 95 MUSE + sejak hari pertama ๐๐ป
Namun dalam masa yang sama, kami juga sedar masih terdapat banyak kekurangan dari segi operasi, servis dan masa menunggu makanan serta minuman.
Ada pelanggan yang terpaksa menunggu terlalu lama, ada juga yang pulang dengan pengalaman yang kurang menyenangkan. Untuk semua itu, kami ingin memohon maaf dengan seikhlas hati ๐
Disebabkan jumlah pelanggan yang terlalu ramai dan melebihi kemampuan kami buat masa ini, team kami masih belum dapat mengendalikan semuanya dengan baik.
Oleh itu, kami akan menutup operasi selama 2 hari untuk melakukan penambahbaikan dan penyusunan semula secara dalaman agar kami dapat memberikan servis yang lebih baik kepada semua pelanggan.
Terima kasih kerana terus memahami, bersabar dan menyokong kami walaupun kami masih dalam proses belajar ๐ค
Jumpa anda semula pada 13 May ๐๐ป
๐95 MUSE + Betong