17/09/2025
Kenapa pilih nama Ayam Musing Ayoh Shor?
1. Ayoh Shor ialah nama manja arwah ayah saya dalam kalangan anak saudara serta keluarga yang besar. Nama ini saya kekalkan sebagai tanda kasih dan kenangan buat arwah.
2. Ayam Musing merujuk kepada ayam golek yang dipanggil ayam musing dalam slang Terengganu.
3. Bisnes ini juga merupakan salah satu impian arwah ayah yang beliau mahu saya teruskan.
✨ Semoga perniagaan ini maju, berkembang, memberi manfaat kepada orang lain dan menjadi saham sedekah untuk arwah.