ROTI JALA KAK NISA

ROTI JALA KAK NISA wasap.my/601126602830/RotiJala

Tempahan boleh dibuat dari sekarang ye.. Untk oder terus wasap.my/601126602830/RotiJala
03/01/2025

Tempahan boleh dibuat dari sekarang ye..
Untk oder terus wasap.my/601126602830/RotiJala

Alhamdulillah.. jamuan raya paling meriah dgn jala.. terima kasih semua customer kak nisa YG sentiase supportUntk tempah...
15/05/2024

Alhamdulillah.. jamuan raya paling meriah dgn jala.. terima kasih semua customer kak nisa YG sentiase support

Untk tempahan terus wasap.my/601126602830/RotiJala

Lame tak update sini.. sekarang Ni ramai YG oder jala klasik.. jarang2 timbul YG jelita.. Jadi kak nisa up GAMBAR YG Ni ...
17/04/2024

Lame tak update sini.. sekarang Ni ramai YG oder jala klasik.. jarang2 timbul YG jelita.. Jadi kak nisa up GAMBAR YG Ni je lah ye.. YG klasik Masih lagi same.

Untk tempahan terus je wasap.my/601126602830/RotiJala

Kak Nisa back up area dungun Terengganu deh

Islam itu indah.... Kak nisa tertarik dgn satu cerita..CPDulu saya kerja di sebuah kedai orang Cina beragama Buddha. Bos...
17/02/2024

Islam itu indah.... Kak nisa tertarik dgn satu cerita..

CP

Dulu saya kerja di sebuah kedai orang Cina beragama Buddha. Bos saya ni agak kurang s**a kepada Islam.

Tapi, gaji diberi kepada saya berbaloi. Urus kedai dia, dapat dua ribu lebih sebulan. Pergi dan pulang, dia ambil dan hantar. Peruntukan makan untuk saya sehari RM5. Elaun kehadiran penuh bulanan RM100.

Duit raya Aidilfitri, Aidiladha, CNY dan hadiah hari jadi. Dia juga tidak lokek berkongsi apa saja dengan saya. Dia beli baju, dia beli untuk saya sehelai. Dia beli buah, untuk saya pun mesti ada. Dia makan ais krim, dia beli untuk saya sekali.

Malah, pernah beberapa kali dia hantar saya ke destinasi kerana masa tu saya tak ada kenderaan.

Dia cuma tidak s**a Islam. Dia pun sama macam orang lain, fobia dengan Islam hasil putar belit media.

Dia seboleh-bolehnya tidak mahu saya solat di kedainya. Tapi, saya tetap kena solat dan makan di situ sebab saya yang jaga kedai dia.

Mula, saya cari satu ruang yang muat-muat sejadah saya. Dia tak s**a. Tapi, dia tak tegur. Masa saya sujud, dia lalu betul-betul depan saya.

Satu hari, dia tanya, "awak tadah tangan tu kenapa?"

"Doa." Balas saya.

"Doa apa?" Tanya dia.

"Macam-macam. Saya doa bos punya kedai ramai pelanggan supaya saya dapat gaji besar." Jawab saya.

"Awak pun doa untuk bisnes saya?" Dia seolah sinis.

"Ya. Sebab dalam bisnes bos ada gaji saya. Gaji saya tu rezeki saya." Kata saya lagi.

Saya tahu, kita boleh je buat aduan jika majikan tak bagi solat. Tapi, mungkin ada juga cara lain yang lebih berhikmah.

Lama-lama, hubungan kami jadi sangat baik. Masa kerja, dia bos saya. Lepas kerja, dia layan saya macam kawan. Kerap kami pergi pasar malam sama-sama. Saya jalan belakang dia sebab hormat dia majikan saya. Tapi, dia tak s**a. Dia kata, saya bukan maid dia.

Sampai la satu fasa, doa saya diterima. Dia bersihkan stor. Belikan selipar baru. Itu ruang solat saya. Dia kata, dia buat bukan sebab nak sokong saya solat. Dia cuma hargai sebab saya jujur dan rajin. Itupun dah berbaloi untuk saya.

Seterusnya, dia hormati ketika Ramadan. Saya ingat, dia buat carian di internet apa yang patut saya makan bila puasa. Sepanjang puasa, dia sediakan susu kotak, barli dan kurma. Saya kerja sampai 8 malam. Dia akan ingatkan waktu berbuka saya.

Sampai masa, saya berhenti. Tetapi, kami tetap berhubungan.

Satu hari, dia jumpa saya dan kata, "saya sudah percaya tentang doa awak."

"Percaya bagaimana?" Tanya saya.

"Masa awak kerja dengan saya, pelanggan saya semakin ramai. Bila awak berhenti, pelanggan yang awak bawa dulu masih ada tapi dah tak tambah. Tak jadi semakin ramai." Kata dia.

Saya senyum. Dulu saya pernah cakap kepada dia, seseorang yang datang dalam hidup kita, dia ada bawa rezeki dia sekali. Bila dia pergi, ada rezeki yang dia tinggalkan untuk kita. Sebab tu kita tak boleh sombong dengan orang. Antara rezeki tu termasuklah ilmu yang diajarkan, circle dia yang akhirnya jadi networking kita atau apa saja.

"Sekarang saya tak kisah kalau anak saya nak kahwin dengan orang Islam. Dia tetap akan jadi anak saya. Lepas kenal awak, saya rasa Islam bukan agama jenayah."

Saya angguk. Teringat dulu dia pernah cakap jika anak perempuan dia nak kahwin dengan lelaki Muslim, baik tak payah panggil dia mak.

Kita cuma perlu sedikit kesabaran bila dihina oleh orang jahil lalu membimbing juga dengan sabar dan teladan.

Kita perlu muhasabah untuk sedar diri status darjat kita di sisi manusia lain. Jika kita pekerja, rendahkan sedikit diri kita di hadapan majikan demi mewujudkan harmoni.

Kita perlu berdakwah menyebarkan kebaikan Islam.

Wallahu A'lam.

Simpan kat wall fb masing-masing ya

CP:Dulu masa zaman belajar saya pergi ke Masjid Al Khalil di Woodville North, Australia Selatan, ada beberapa kenalan da...
27/01/2024

CP:

Dulu masa zaman belajar saya pergi ke Masjid Al Khalil di Woodville North, Australia Selatan, ada beberapa kenalan dari Bangladesh yang selalu singgah solat. Kami tak rapat tetapi pernahlah saya beberapa kali berbual sekadar berkenalan dan bertanya khabar dalam keadaan janggal. Janggal sebab saya ni jenis tak banyak cakap sebab malu, dan mereka mungkin segan nak bercakap disebabkan limitasi berbahasa Inggeris.

Namun disebabkan kenal, saya pernah bersolat di tepi mereka. Salah seorang yang saya kenali itu bernama Abu Bakr Siddiq. Dia memang sebut nama dia Abu Bakrrrr gitu. Bukan Abu Bakar tetapi Abu Bakr.

Suatu ketika tu waktu Zuhur/Zohor, saya solat sunat 2 rakaat sebelum Zuhur. Saya ingatkan mereka solat 2 rakaat juga tetapi rupa-rupanya mereka solat 4 rakaat. Kemudian imam datang, kami solat Zuhur 4 rakaat bersama-sama.

Usai solat Zuhur, saya buka telefon sebab nak baca quran. Tak bangun solat sunat. Abu Bakr mencuit bahu saya.

"Tak solat selepas Zuhurkah?" tanya Abu Bakr.

Saya jawab tak mahu.

Dia meneruskan solat.

Usai dia solat, dia datang menghampiri saya.

"Kenapa saya lihat ramai orang di sini tak solat selepas solat Zuhur?" soalnya kepada saya.

Saya jawab, "Solat yang fardhu itu Zuhur saja, kan? Jadi biasalah tak semua orang nak solat sunat selepas solat fardhu."

Jelas Abu Bakr, "Kami lain. Solat fardhu itu Zuhur 4 rakaat. Solat wajib itu 4 rakaat sebelum Zuhur dan 4 rakaat selepas Zuhur."

Teruslah saya tanya, "Wajib tu apa? Fardhu tu bukan sama dengan wajib ke?"

Ini jawapan Abu Bakr, "Apa yang menjadi amalan kami sejak dulu, solat fardhu itu fardhu wajib. Tetapi wajib itu bukan fardhu. Jadi 4 rakaat sebelum itu wajib tetapi bukan fardhu, 4 rakaat zuhur itu fardhu, dan 4 rakaat selepas itu wajib tetapi bukan fardhu..."

Pening saya.

"Sunat 4 rakaat atau 2 rakaat tu solat wajib bagi kamu ye?" soal saya mahukan kepastian.

"Betul. Kami mazhab Hanafi," jawabnya, sambil senyum.

Dari situlah saya tahu, kalau mazhab Hanafi, solat sunat tu wajib tetapi bukan fardhu. Jadi waktu Zuhur, mereka solat 4 + 4 + 4 iaitu 12 rakaat.

Teruslah saya tanya, "Kalau 2 rakat sebelum Subuh dan 2 rakaat fardhu Subuh, jadi kamu solat 4 rakaatlah?"

"Tepat," jawabnya.

Malu rasa, kita ni solat 2 rakaat pun ada masa culas tetapi mereka kena solat 4 rakaat waktu Subuh.

Bagi Subuh, 2 rakaat sebelum fardhu Subuh dan 2 rakaat fardhu subuh. Jadi semua 4 rakaat waktu Subuh.

Bagi Zuhur, 4 rakaat sebelum fardhu Zuhur, 4 rakaat fardhu Zuhur dan 4 selepas fardhu Zuhur menjadikan 12 rakaat.

Asar, saya tak tanya.

Bagi Maghrib, 3 rakaat fardhu maghrib dan 2 rakaat selepas Maghrib. Jumlah jadi 5 rakaat, ni saya tak tanya tapi tengok je mereka solat macam saja je dengan kita (sebab kita pun solat sunat rawatib baadiah 2 rakaat kan).

Isyak, saya tak tanya.

Selepas video kritikan (sebenarnya sindiran atau hinaan) ini viral saya baca di komen, rupa-rupanya Isyak lebih banyakkkkk lagi.

Bagi Isyak, 4 rakaat sebelum fardhu Isyak, 4 rakaat fardhu Isyak, 4 rakaat selepas fardhu Isyak, tambah lagi 2 rakaat solat sunat nafilah selepas fardhu Isyak dan mereka solat sunat witir 3 rakaat, menjadikan waktu Isyak itu 17 rakaat.

Ya Allah kita ni nak solat Isyak 4 rakaat pun berat, mereka solat 17 rakaat, banyak tu kalah solat sunat tarawih. Ya Allah bagusnya mereka.

Teringat Abu Bakr yang saya kenali tu, warna kulit, saiz badan dan iras-iras rupa tu seakan sama dengan brother dalam screenshot video yang diviralkan ni.

Dan orang kita yang tak tahu apa ni, mengutuk orang Bangladesh yang jawab Subuh 4 rakaat, Zuhur 12 rakaat dan lain-lain tu. Video tersebar beratus-ratus views siap dengan ribuan komen mencaci lagi. Ya Allah.... 😭😭😭

Kena ingat, dalam dunia banyakkkkk benda kita tak tahu. Janganlah kerana berbeza, kita kutuk terus sedangkan sebenarnya kita tak tahu.... Ya Allah. Ampunkan kami....

Cc owner

Alhamdulillah.. walaupun take Banyak.. tapi tetap ade..Untuk tempahan terus wasap.my/601126602830/RotiJalaDelevery sekit...
15/01/2024

Alhamdulillah.. walaupun take Banyak.. tapi tetap ade..

Untuk tempahan terus wasap.my/601126602830/RotiJala

Delevery sekitar daerah dungun

Merialisasikan impuan customer.. menjadi kegembiraan kak Nisa.. Alhamdulillah.. terima kasih pade customer kak nisa YG s...
07/01/2024

Merialisasikan impuan customer.. menjadi kegembiraan kak Nisa.. Alhamdulillah.. terima kasih pade customer kak nisa YG sentiase Beri kepercayaan pd kak nisa..

Untk oder terus wasap.my/601126602830/RotiJala

Delevery sekitar daerah dungun..
Pick up Balai Besar

Penutup 2023 dan pembukaan 2024.. Alhamdulillah.. Untk oder terus wasap.my/601126602830/RotiJala
04/01/2024

Penutup 2023 dan pembukaan 2024.. Alhamdulillah..

Untk oder terus wasap.my/601126602830/RotiJala

Star cuti SEK doh ni.. Alhamdulillah oder xputus masuk.. kak nisa update YG deco je lah . YG klasic dah biase jekan🫢Jom ...
19/12/2023

Star cuti SEK doh ni.. Alhamdulillah oder xputus masuk.. kak nisa update YG deco je lah . YG klasic dah biase jekan🫢

Jom oder untk penuhkan slot santai2 bersama family.. untk oder terus wasap.my/601126602830/RotiJala

Free for Palestine.. Alhamdulillah..Untk oder terus wasap.my/601126602830/RotiJalaBooking date awal deh . Kak nisa xambi...
04/12/2023

Free for Palestine.. Alhamdulillah..

Untk oder terus wasap.my/601126602830/RotiJala

Booking date awal deh . Kak nisa xambik oder last minit.. untk delevery hanya sekitar Dungun sahaja.

Sepanjang meyepikan diri... bukan xdok permintaan.. tapi memang BZ dgn menjala dan urusan keluarga.. ramai YG mitok klas...
05/10/2023

Sepanjang meyepikan diri... bukan xdok permintaan.. tapi memang BZ dgn menjala dan urusan keluarga.. ramai YG mitok klasik je Kali ni.. namun YG jelita tetap ade permintaan walaupun jarang2 timbul..

Untk oder terus wasap.my/601126602830/RotiJala

Address

Dungun
23000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when ROTI JALA KAK NISA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share