04/11/2022
بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani"
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera bagi semua warga facebook☺️✨..
Alhamdulillah kerana dengan limpah izin kurniaNya dapat lagi kita menghirup udara yang segar pada harini🍃
Pada cuaca yang cerah ini saya dengan berbesar hati ingin berkongsi kepada rakan facebook saya suatu tips untuk menguatkan daya ingatan dengan cara yang ringkas dan mudah untuk diamalkan untuk sahabat diluar sana☺️👍🏻
Haa apa tu tips yang akan saya kongsikan??
Pasti saudara-saudari ternanti apa itu tips untuk menguatkan daya ingatan tanpa perlu membeli vitamin mahal😎…
Antara tips untuk menguatkan daya ingatan kita ialah:
1.Kurangkan Tekanan Fikiran (Stress)
-Bagi mengurangkan tekanan stress ini adalah dengan melakukan senaman dan juga melakukan aktiviti yang boleh memberikan anda senyuman seperti bersiar-siar,menonton wayang bersama rakan serta menikmati makanan kegemaran anda.
2.Gunakan Kaedah Mnemonic
-Contoh kaedah mnemonic seperti mencipta satu akronim untuk memudahkan hafalan.
Misalnya:
•Michael-Merah
•Jackson-Jingga
•Kena-Kuning
•Hantar-Hijau
•Balik-Biru
•India-Indigo
•Utara-Ungu
3.Membaca dengan kuat
Apabila anda membaca dengan kuat secara automatik otak kita akan memproses 3 benda iaitu:
1.Melalui pembacaan
2.Melalui Pertuturan
3.Melalui Pendengaran
Kesimpulannya,seperti perkara lain,daya ingatan akan meningkat lebih baik jika kita mempraktikkannya sepanjang masa😁👍🏻
Sekian itu sahaja perkongsian saya untuk harini,semoga dapat dimanfaatkan💖🌻