28/06/2022
PERINGATAN BUAT PESERTA QURBAN
PESERTA QURBAN DILARANG MEMOTONG KUKU, RAMBUT, BULU-BULU DIBADAN BERMULA HARI JUMAAT
Ya, kepada yang ada menyertai ibadah qurban samada ditempat sendiri, atau ditempat lain, maka bermula hari Jumaat kalian dilarang untuk memotong @ mencabut kuku, rambut atau bulu2 dibadan sehingga haiwan qurban disembelih.
Hal ini berdasarkan drpd hadith daripada Ummu Salamah R.anha bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda:
مَنْ كَانَ لَهُ ذِبْحٌ يَذْبَحُهُ فَإِذَا أُهِلَّ هِلَالُ ذِي الْحِجَّةِ، فَلَا يَأْخُذَنَّ مِنْ شَعْرِهِ، وَلَا مِنْ أَظْفَارِهِ شَيْئًا حَتَّى يُضَحِّيَ
Maksudnya: Barangsiapa yang mempunyai binatang korban untuk disembelih, maka apabila terlihatnya anak bulan Zulhijjah, janganlah dia mengambil satu apa pun (yakni memotong) daripada rambutnya, mahupun daripada kukunya sehingga dia selesai berkorban.
Hadis riwayat Imam Muslim (1977)
PERLAKSAAN INI HANYA KEPADA WAKIL KETUA KERUMAH YG MELAKUKAN QURBAN. MAKSUDNYA... Cukup suami sahaja yg perlu menahan diri dari memotong yg bekenaan. Isteri dan anak2 tidak perlu
~MRJ