Rose kitchen's

Rose kitchen's Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Rose kitchen's, Restaurant, Bandar Mahkota Cheras, Cheras.

01/06/2023

TAUHU BERGEDIL & SAMBAL KICAP BERAPI

Bahan inti :
Kentang - potong nipis
Bawang merah - hiris
Bawang putih - hiris
Daging cincang secukupnya - ditumis berasingan hingga masak
Tauhu pok
Garam dan perasa secukupnya
Daun bawang/daun sup
Lada sulah secukupnya
Minyak masak
3-4 biji telur

1. Panaskan minyak dan goreng kentang, bawang merah dan bawang putih hingga layu kekuningan. Angkat dan toskan minyak.

2. Masukkan bahan2 yang digoreng tadi ke dalam bekas kemudian tumbuk halus.

3. Tumis daging cincang yang telah ditumis, garam, sedikit perasa, lada sulah, daun sup @ daun bawang. Tumbuk sekali lagi sehingga sedikit lumat.

4. Ambil tauhu pok, potong sedikit permukaan atas dan sumbat inti tadi ke dalam tauhu sehingga padat.

5. Pecahkan telur (ikut berapa banyak tauhu yang mahu digoreng) pukul dengan sedikit garam ketepikan.

6. Celup tauhu pok ke dalam bancuhan telur. Gaul mesra dan goreng dalam minyak panas sehingga kekuningan.

7. Angkat dan toskan, siap untuk dihidangkan bersama sambal kicap.

Bahan sambal kicap :
Cili padi hijau
Cili padi merah
Bawang putih
Kicap manis
Garam dan gula secukup rasa

1. Satukan semua bahan dan kisar halus.

2. Masukkan ke dalam kuali dan masak seketika.

3. Angkat dan sedia dihidangkan bersama tauhu bergedil.

Resepi & foto : Naddy's Kitchen

01/06/2023

kari ikan merah...

(Bahan bahan)

Ikan merah
Rempah kari ikan saya pakai rempah babas
Rempah empat beradik
Rempah kari ikan
Rempah kari ayam dan daging
Serbuk ketumbar
Serbuk cili
Bawang merah
Bawang putih
Daun kari jika ada x letak pun xpe..
Halia sedikit
Lengkuas sedikit
Halba campur
Cili giling
Garam
Gula
Serbuk perasa
Sedikit serbuk cili/cili kisar - jika s**a pedas
Air asam jawa@asam keping
santan
kuantiti bergantung pada ikan ya..kat ctu saya x tulis..

Bahan lain:
Kacang bendi
Terung
Tomato buah
Cili hijau - belah 2

Cara cara:
Panaskan minyak,masukkan empat beradik,tumis bawang merah bawang putih dan halba campur serta daun kari.masukkan cili boh@cili giling,masukkan lengkuas dan halia.
Goreng sehingga naik bau

Masukkan rempah kari ikan,serbuk ketumbar,serbuk cili,rempah kari ayam dan daging saya campur baru sedap..cili boh dan sedikit air. saya tumis serbuk kari kering sebelum dimasukkan sedikit air. Masak sehingga pecah minyak dan tambahkan sedikit air...

Tumis sehingga rempah garing.

Bila mendidih, masukkan ikan,air ,masukkan santan..
tunggu sehingga mendidih..
Kemudian masukkan bendi, terung ,tomato dan cili hijau.

Biarkan mendidih seketika kemudian dikecilkan api sehingga ianya pecah minyak.

Masukkan garam ,sedikit gula dan serbuk perasa. Sesuaikan rasa dan sedia utk di hidang...

kredit: zira

01/06/2023

Resepi Nasi Air Kelantan

A) Sup ayam

Ayam separuh
Bawang putih 2 ulas
Bawang merah 3 ulas
Halia (besar ibu jari)
(Hiris nipis)
Tumis sekali dengan sup bunjut
👆🏻
Goreng sampai masak baru masukkan ayam dan air .
Masukkan garam ,ajinomoto, kiub sup ayam. Bila masak , angkat ayam ke dalam bekas lain . Dan carikan ayam kecil-kecil.

B)Nasi air

1) Basuh beras sehingga bersih
2) goreng hingga kering air
3) blender beras hingga hancur
4) masak dalam periuk electrik pun boleh
Tapi kena sentiasa kacau beras tu. 3 minit sekali kacau sampai bubur nasi masak .
5) kalau nak guna bihun, mee kuning , kue tia pun boleh .

C) sambal tambahan

1) lada , cuka , garam , gula , air sedikit (blender semua )
2) potong lada kecil-kecil, masukkan cuka dan kicap manis.
3) Lada jeruk just potong lada besar rendam dengan cuka.
4) Serbuk lada kering boleh beli dekat kedai.

D) lauk

1)goreng ikan bilis sampai garing
2)Ayam carik tadi
3) nak tambah daging, perut lembu boleh je .

E) Sayur

1) tauge
2) kubis
3) Kankung

F) daun sup , daun bawang dan bawang goreng .

Dah siap .. terima kasih semua ..

Kredit: Nor darwinq che ismail

SEDAP NIE GU NGN IKAN MASIN
01/06/2023

SEDAP NIE GU NGN IKAN MASIN

Pajeri terung 🍆🍆🍆🍆

mkn dgn nasi panas dan ikan masin...

Terung 7 biji di belah hujung.. jgn putus
Sebiji kelapa dan ambik sedikit buat kerisik

*Bawang besar 2 biji
* Bawang putih 3 ulas
* Halia seinci
* Udang kering rm2
* Blend kasar

Cili kering 2 senduk ikut kepedasan masing
Rempah Kari daging 4 sudu besar
Daun Kari
4 sekawan
Garam
Gula kabung

Tumis daun kari dan 4 sekawan dah naik bau.. masuk bahan yang diblend dah naik minyak masuk cili kering tumis. Dah naik bau masuk rempah Kari dah garing masuk santan dan terung. Dah nak kering masuk kerisik. Masuk garam Dan gula.
Dah siappp.

kredit: siti rohana abd jalil

Agreed 💯
01/06/2023

Agreed 💯

Terpaling buat perangai... 😅

01/06/2023

SPAGGETI AGLIO OLIO
Bahan-bahan
▪️1 paket spaggeti
▪️10-15 ekor udang
▪️5-6 ekor sotong
▪️2 batang sosej
▪️bawang putih 4 ulas
▪️1 sudu chili flakes
▪️1 sudu lada hitam
▪️3 sudu srbuk oregano
▪️5 biji cili kering
▪️1 kiub ayam
▪️2 keping cheese
▪️Tomato
▪️Lada benggala
1) Mula-mula, rebuskan spaghetti bersama 1 sudu minyak masak. Rebus selama 7-8 minit dan tapiskan. Simpan sikit tau air rebusan tu untuk digunakan kemudian.
2) Dalam kuali yang yg lain, masukkan olive oil (saya guna minyak masak biasa) dan tumis bawang putih yang telah dihiris. Agak dah naik bau tu, baru saya letak cili kering yg telah dipotong. Saya letak lambat sikit takut hangit.
3) Kemudian,masukkan udang, sotong dan sosej. Masak selama 1 minit. Lepastu masukkan p**a sedikit air rebusan spaghetti tadi.
4) Seterusnya, masukkan 1 sudu serbuk cili flakes, 1 sudu serbuk lada hitam, 2 sudu serbuk oregano, 2 keping cheese dan 1 kiub ayam. Masak seketika.
5) Lepastu bolehlah masukkan spaggeti, tomato ceri dan lada benggala. Gaul sehingga rata. Okay dah siappp!! Pinggan mana pinggan 😛
Kredit : Nafsiah Rahim

01/06/2023
01/06/2023

APAM KAMPUNG GULA MERAH🧡

Bhn2-:
1 cawan gula merah/gula perang/gula melaka (apam ni x berapa manis..bg yg nk manis blh + sedikit gula pasir)
2 cawan air panas
3 cawan tepung gandum
1 peket yis segera (11g)

Cara2-;-
Air pns dan gula merah disatukan dan dikacau hingga gula larut-tapis dan biarkan seketika hingga suam..kalau nk dimasak terus pn boleh...

Pastikan larutan gula merah masih SUAM ketika di campurkan dgn tepung dan yis supaya adunan dpt mengembang dgn jayanya
perap lbh krg selama 1 jam...bila dah kmbg...adunan x perlu dikacau...

Setelah kmbg...kukus adunan dlm loyang atau dlm acuan kecil² sehingga msk.(dlm acuan kecil ni..dlm 15min)
***kukusan pnskn hingga mendidih.. dulu ya ..
***acuan sapu dgn sedikit minyak

Satu adunan ni...saya dpt dlm 30bj guna acuan kecil ikut banyak mn isian dlm acuan..tu..

Kredit : sabariah mehat

01/06/2023

Address

Bandar Mahkota Cheras
Cheras
43200

Opening Hours

Tuesday 11:00 - 17:00
Wednesday 11:00 - 17:00
Thursday 11:00 - 17:00
Friday 11:00 - 17:00
Saturday 11:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Rose kitchen's posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category